PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan enam individu termasuk seorang presiden sebuah badan bukan kerajaan (NGO), yang disyaki terlibat dalam sindiket penjualan darjah kebesaran pingat persekutuan palsu, yang melibatkan bayaran kira-kira RM2 juta.
Menurut sumber SPRM, empat lelaki termasuk presiden NGO berkenaan serta dua wanita yang berusia 30 hingga 50-an itu ditahan di lokasi berasingan iaitu Ibu Pejabat SPRM di sini dan Melaka antara 30 Nov dan Rabu lepas.
Semua mereka ditahan kerana disyaki terlibat dengan sindiket penjualan darjah kebesaran pingat persekutuan palsu yang membawa gelaran 'Tan Sri' dengan bayaran kira-kira RM2 juta, dan presiden NGO itu disyaki menjadi dalang utama.
"Presiden NGO itu disyaki menetapkan harga bagi calon yang berminat mendapatkan pingat kebesaran dan mengarahkan ahli sindiketnya iaitu seorang lelaki berusia 50-an menyamar sebagai Tengku.
"Ia bagi mendapatkan bayaran untuk menipu kira-kira enam individu lain yang ingin mendapatkan pingat kebesaran tanpa melalui prosedur biasa," katanya.
"Sindiket ini dipercayai mula menjalankan kegiatan sejak 2020 dan telah memperdayakan beberapa mangsa membabitkan kerugian beratus ribu ringgit dengan menunjukkan gambar dan surat dokumen daripada sebuah agensi kerajaan bagi meyakinkan mangsa bahawa gelaran dan pingat yang diatur melalui pintu belakang ini adalah benar-benar tulen," katanya.
Beliau berkata sindiket itu mengenakan bayaran berbeza mengikut darjah kebesaran misalnya gelaran Datuk bernilai kira-kira RM150,000, Datuk Seri RM250,000 manakala Tan Sri bernilai kira-kira RM2 juta.
Menurut sumber berkenaan, seorang mangsa lelaki berusia dalam lingkungan 50-an dipercayai telah membayar kira-kira RM1.2 juta untuk mendapatkan gelaran Tan Sri menerusi beberapa transaksi bank kepada sindiket berkenaan.
Difahamkan SPRM sedang berusaha mengesan lima lagi invididu yang turut menjadi mangsa.
Presiden NGO itu kini direman sehingga 11 Dis, manakala empat lagi individu direman sehingga hari ini manakala seorang telah dibebaskan dengan jaminan SPRM.
Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan berkata siasatan dijalankan di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.
"SPRM sedang berusaha mengesan beberapa lagi suspek yang dipercayai terlibat dengan sindiket ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 08 2023
Presiden NGO itu kini direman sehingga 11 Dis, manakala empat lagi individu direman sehingga hari ini manakala seorang telah dibebaskan dengan jaminan SPRM. - Gambar hiasan
ASEAN akan perkenal Visi Komuniti ASEAN 2045 di Malaysia tahun hadapan
Wawasan itu akan menggariskan hala tuju pembangunan bagi rantau ini untuk dua dekad akan datang.
Aplikasi TikTok jadi 'medan' promosi skim pelaburan palsu - Polis
Sejak 2021 hingga Oktober lepas, kes penipuan pelaburan melalui TikTok mencatatkan kenaikan lebih 90 peratus.
Krisis kemanusiaan semakin meruncing, ribut musim sejuk landa Gaza - UNRWA
Penduduk yang kehilangan tempat tinggal kini berdepan keadaan yang teruk ketika hujan lebat, angin kencang dan ombak besar.
Kerjasama ASEAN-APEC mesti adil, bukan negara besar paksa negara kecil - PM Anwar
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, APEC atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Fasa akhir pembinaan kapal LCS pertama siap akhir tahun ini
Fasa akhir pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) pertama akan disiapkan pada penghujung tahun ini, menurut Kementerian Pertahanan.
Pekerja bank ditipu, jadi 'orang suruhan' sindiket penipuan telefon
Seorang mangsa sindiket membuat laporan polis pada 28 Oktober lalu kerana ditipu hingga kerugian RM138,000.
Kajian New Zealand menunjukkan kesan buruk internet terhadap kanak-kanak 8 tahun
Kanak-kanak yang mengalami masalah tingkah laku atau memiliki lebih banyak peranti peribadi berisiko lebih tinggi terdedah kepada bahaya dalam talian.
Rasuah: Mahkamah Rayuan kekalkan hukuman penjara 30 bulan bekas polis
Bekas inspektor polis berusia 42 tahun itu akan memulakan hukuman penjara hari ini.
IPTA, IPTS diminta pastikan pelajar tidak laksana aktiviti luar ketika MTL
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku membabitkan pelajar.
Festival Idea Putrajaya sasar 25,000 pengunjung, tawar peluang pekerjaan
Karnival Kerjaya MADANI yang diadakan sempena festival itu turut tawarkan 10,000 peluang pekerjaan kepada pencari kerja daripada pelbagai peringkat.
Penjawat awam ditahan SPRM disyaki terima rasuah RM6,000
Menurut sumber lelaki berumur 40-an itu ditahan 2 petang hari ini, ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 22 November 2024.
Siasatan kes perolehan aset di luar negara keluarga Tun Daim diteruskan - SPRM
SPRM ketika ini sedang melakukan penyelidikan kewangan (money trail) di luar negara dengan kerjasama agensi-agensi antarabangsa.
Dakwaan rasuah: Siasatan terhadap ADUN Sabah diteruskan, tiada usaha sekat - PM
SPRM telah memaklumkan bahawa ADUN-ADUN terbabit telah dipanggil bagi membantu siasatan yang dikaitkan dengan mereka.
45 pegawai, anggota polis ditahan SPRM bagi tempoh Januari hingga September lepas
Sebanyak 45 anggota dan pegawai PDRM ditahan SPRM bagi tempoh Januari hingga September tahun ini kerana disyaki menerima suapan dan salah guna kuasa.
SMM dakwa bekas CEO langgar amanah, bakal ambil tindakan undang-undang
Sabah Mineral Management Sdn Bhd (SMM) mengambil tindakan undang-undang susulan penemuan beberapa pelanggaran kuasa oleh bekas Ketua Pegawai Eksekutifnya, Jontih Enggihon.
SPRM tahan pemilik syarikat disyaki subahat tuntutan palsu RM10 juta
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan reman seorang pemilik syarikat disyaki bersubahat dalam tuntutan palsu bernilai kira-kira RM10 juta.
SPRM rakam keterangan lima ADUN Sabah susulan dakwaan skandal rasuah
SPRM telah merakam keterangan lima ADUN Sabah susulan dakwaan skandal rasuah berdasarkan klip video memaparkan perbualan mereka yang disebarkan di sebuah portal berita.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 16 November 2024.
Perbandingan sosial, kehendak berlebihan punca elemen rasuah wujud - KSN
Tabiat membandingkan diri dengan orang lain yang kelihatan lebih berjaya atau memiliki lebih banyak harta, adalah antara elemen mendorong penjawat awam menjurus melakukan perbuatan tidak bermoral.