KUALA LUMPUR : Polis Diraja Malaysia (PDRM) menumpaskan 55 sindiket dadah dalam tempoh tiga bulan sejak Julai lalu.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Kamarudin Md Din berkata, statistik setakat September itu berjaya menahan 208 ahli sindiket.
"JSJN berjaya membongkar 12 makmal dadah haram membabitkan 37 tangkapan.
"Bagi melumpuhkan sindiket pengedaran dadah di Malaysia, pelbagai aset sindiket yang bernilai RM30.32 juta telah disita, manakala sebanyak RM2.8 juta nilai harta telah dilucut hak," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.
Sepanjang tempoh itu juga, JSJN merekodkan tangkapan seramai 44,147 orang di bawah pelbagai kesalahan yang termaktub di bawah Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, Akta Racun 1952 dan Akta Penagih Dadah 1983.
Kata beliau, daripada jumlah tersebut, 427 individu ditahan di bawah Seksyen 3(1) ADB Langkah-Langkah Pencegahan Khas (LLPK) 1985.
"JSJN telah berjaya merampas sebanyak 7,401.33 kilogram (kg) pelbagai jenis dadah, 11,936.87 liter cecair dadah, daun ketum (19,622.54 kg), air ketum (19,494.69 liter) serta 14 pokok ganja yang membawa nilai rampasan keseluruhan berjumlah RM90.93 juta," ujarnya.
Tambahnya, bagi mempergiat tindakan ke atas penagih dadah tegar, seramai 5,780 pesalah dadah yang mempunyai rekod kesalahan dadah berulang di bawah Seksyen 15(1)(a) ADB 1952 telah dituduh di bawah Seksyen 39C akta yang sama.
"Daripada jumlah tersebut seramai 1,785 individu telah disabitkan kesalahan di bawah seksyen yang sama," katanya.
Mohd Kamarudin berkata, pihaknya turut menahan 173 orang penjawat awam atas pelbagai kesalahan dadah.
Justeru, JSJN menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai aktiviti pengedaran dan penyalahgunaan dadah untuk salurkan ke Hotline JSJN di talian 012-208 7222. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Oct 04 2023

JSJN merampas dadah dalam operasi pada September lalu di sekitar Selangor. - Foto Sinar Harian
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Mana ada negara di dunia masyarakat berbilang kaum hidup aman' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak ada negara di dunia selain Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum dan budaya yang hidup aman damai. Keupayaan Malaysia terdiri daripada seluruh pekerja dan rakyat Malaysia. #AWANInews
'Tanggungjawab kita adalah untuk menyantuni' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa merasmikan Alamanda berwajah baru berkata tanggungjawab kita untuk menyantuni pelbagai kaum dengan menghormati dan kenal perbezaan antara kaum. #AWANInews

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di Desa Seri Ampang ke Masjid An Nur Desa Seri Ampang untuk dimandi dan disolatkan.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

55 sindiket dadah kecundang di tangan polis
JSJN turut berjaya membongkar 12 makmal dadah haram membabitkan 37 tangkapan.