Seramai 50 individu yang dipercayai terlibat dengan aktiviti penipuan 'Macau Scam' ditahan dalam serbuan berasingan di enam banglo mewah di sekitar Johor pada Rabu.
Dalam serbuan oleh sepasukan anggota daripada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman dan Ibu Pejabat Polis Daerah Iskandar Puteri itu, polis menahan 27 lelaki dan 16 wanita China, lima warga Taiwan serta seorang lelaki dan wanita tempatan yang kesemuanya berusia antara 20 dan 35 tahun.
Timbalan Pengarah (Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia) JSJK Datuk Mohd Kamaruddin Md Din berkata dua warga tempatan yang ditahan disyaki berperanan mengurus operasi sindiket seperti membuat sewaan rumah, pemandu dan sebagainya.
Beliau berkata individu lain yang ditahan pula bertindak menghubungi dan memperdayakan mangsa.
"Polis turut merampas sebuah kereta jenis Toyota Vellfire, 46 telefon bimbit pelbagai jenama, 10 iPad, lima modem, enam router dan barangan lain," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Khamis.
Beliau berkata siasatan awal mendapati sindiket itu memperdaya mangsa yang terdiri daripada rakyat Taiwan dengan menghubungi mereka dan menyamar sebagai pegawai syarikat telekomunikasi negara tersebut.
"Mangsa akan dimaklumkan mempunyai hutang internet yang besar dan diminta menyelesaikannya segera dengan cara membuat pemindahan wang ke dalam akaun yang ditetapkan di Taiwan," katanya.
Mohd Kamaruddin berkata modus operandi sindiket itu ialah menggunakan kemudahan VoIP (Voice Over Internet Protocol) untuk menipu mangsa dan dikesan menjadikan negara ini sebagai pangkalan menipu rakyat asing.
"Penggunaan negara ini sebagai pangkalan untuk kegiatan penipuan merupakan perkara yang serius kerana ia secara tidak langsung mencemarkan nama baik Malaysia," katanya.
Beliau berkata kesemua mereka ditahan reman empat hari bermula semalam untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam laman Twitternya mengucapkan tahniah kepada JSJK di atas kejayaan tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 25 2017
![50 individu ditahan di Johor dipercayai terlibat 'Macau Scam' 50 individu ditahan di Johor dipercayai terlibat 'Macau Scam'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-03/71490713044_WOMENHANDCUFF.jpg)
Sindiket itu memperdaya mangsa yang terdiri daripada rakyat Taiwan dengan menghubungi mereka dan menyamar sebagai pegawai syarikat telekomunikasi negara tersebut. - Gambar hiasan
![MINDEF kaji semula SOP penugasan anggota tentera - Adly MINDEF kaji semula SOP penugasan anggota tentera - Adly](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720354148_AdlyZahari.jpg)
MINDEF kaji semula SOP penugasan anggota tentera - Adly
Kementerian Pertahanan akan mengkaji semula prosedur operasi standard (SOP) dan menambah baik aspek keselamatan serta komunikasi anggota tentera semasa melaksanakan penugasan di lapangan.
![MAD terima RM50,000 menerusi peruntukan menteri - Hannah MAD terima RM50,000 menerusi peruntukan menteri - Hannah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720357063_HannahYeohVRadh.jpg)
MAD terima RM50,000 menerusi peruntukan menteri - Hannah
MAD menerima RM50,000 menerusi peruntukan menteri bagi terus memupuk minat dan penglibatan sukan berkenaan di peringkat akar umbi.
![Kehadiran ATM di Timur Sabah tingkat keyakinan, rancak ekonomi Kehadiran ATM di Timur Sabah tingkat keyakinan, rancak ekonomi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720354218_ATMSandakan.jpg)
Kehadiran ATM di Timur Sabah tingkat keyakinan, rancak ekonomi
Kehadiran pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Timur Sabah meningkatkan keyakinan masyarakat setempat serta merancakkan lagi pembangunan sektor pelancongan, ekonomi dan sosial di kawasan itu.
![Teater Hikayat Hang Tuah antara tarikan Melaka Heritage Festival Teater Hikayat Hang Tuah antara tarikan Melaka Heritage Festival](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720353476_ZaidiAttan.jpg)
Teater Hikayat Hang Tuah antara tarikan Melaka Heritage Festival
Persembahan Teater Hikayat Hang Tuah di Encore Melaka antara tarikan Melaka Heritage Festival 2024 yang dijadual diadakan di sekitar Banda Hilir pada 12 hingga 14 Julai ini.
Tumpuan Isnin – 08 Julai 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
'Jeff' dinobat siput terpantas dunia, menang Kejohanan Dunia Lumba Siput
Tahun ini, siput bernama Jeff dinobatkan sebagai pemenang, menang saingan akhir dengan masa 4 minit dan 3 saat. Begitupun, kepantasan Jeff tidak dapat memadam rekod yang dibuat pada tahun 1995 oleh seekor siput bernama Archie.
![Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720368598_TBPrabowo.jpg)
Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia
Kerajaan baharu yang akan dipimpin oleh Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming Raka dijangka memperkukuh daya saing produk minyak sawit sebagai komoditi strategik untuk pasaran domestik dan antarabangsa.
![Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61706067730_TBgarisanpolis.jpg)
Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik
Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut selepas terjatuh ke dalam tasik dipercayai ketika sedang mencari lokan di Taman Tasik Teratai Fasa 2 Serendah, Hulu Selangor.
Ribuan umat Islam zahir solidariti kepada Palestin di Shah Alam
Bertemakan Gaza Bangkit, program pada Ahad malam itu turut mengundang pendakwah dari Indonesia, Ustaz Abdul Somad Batubara untuk menyampaikan ceramah.
NGO, belia perlu ambil iktibar peristiwa hijrah - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pertubuhan bukan kerajaan dan gerakan belia mengambil iktibar daripada peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW untuk mengembalikan kegemilangan negara.
![Polis serbu 10 premis urut tawar khidmat seks, tahan 39 wanita warga asing Polis serbu 10 premis urut tawar khidmat seks, tahan 39 wanita warga asing](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720349985_TBmassage.jpg)
Polis serbu 10 premis urut tawar khidmat seks, tahan 39 wanita warga asing
Polis menahan 39 wanita warga asing yang disyaki bekerja sebagai pekerja seks dan tukang urut dalam serbuan di 10 premis urut sekitar Lembah Klang, Jumaat lepas.
![Penyebaran gambar kecederaan didakwa Zayn Rayyan disiasat Bukit Aman Penyebaran gambar kecederaan didakwa Zayn Rayyan disiasat Bukit Aman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718188384_tbCPOSelangorDatu.jpg)
Penyebaran gambar kecederaan didakwa Zayn Rayyan disiasat Bukit Aman
Siasatan berkaitan penyebaran gambar memaparkan keadaan kecederaan pada mayat didakwa adalah Zayn Rayyan dijalankan USJT Bukit Aman.
![73 mangsa diselamatkan, 113 ahli sindiket pemerdagangan manusia ditahan 73 mangsa diselamatkan, 113 ahli sindiket pemerdagangan manusia ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718878635_tbpemerdaganganmanu.jpg)
73 mangsa diselamatkan, 113 ahli sindiket pemerdagangan manusia ditahan
Tujuh puluh tiga individu termasuk tiga orang kurang upaya (OKU) diselamatkan daripada menjadi mangsa pemerdagangan manusia yang dieksploitasi menjadi buruh paksa.
![Polis tahan dalang sindiket kes wang dalam akaun hilang libatkan RM24.2 juta Polis tahan dalang sindiket kes wang dalam akaun hilang libatkan RM24.2 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51711552949_JSJKBukitAmanDat.jpg)
Polis tahan dalang sindiket kes wang dalam akaun hilang libatkan RM24.2 juta
Polis menahan seorang lelaki disyaki dalang sindiket yang terbabit dalam kes mengeluarkan wang daripada beberapa akaun simpanan tetap melibatkan kerugian sebanyak RM24.2 juta.
![Polis tumpas sindiket berselindung di sebalik syarikat keselamatan, rampas dadah RM7.5 juta Polis tumpas sindiket berselindung di sebalik syarikat keselamatan, rampas dadah RM7.5 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718016206_TBdadahrampas.jpg)
Polis tumpas sindiket berselindung di sebalik syarikat keselamatan, rampas dadah RM7.5 juta
Polis berjaya menumpaskan satu sindiket pemprosesan dan pengedaran dadah yang dipercayai berselindung di sebalik syarikat pengawal keselamatan.
!['Mat rempit' beri alasan 'cuma suka-suka' lumba, buat aksi bahaya 'Mat rempit' beri alasan 'cuma suka-suka' lumba, buat aksi bahaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71717818403_TBsuperman.jpg)
'Mat rempit' beri alasan 'cuma suka-suka' lumba, buat aksi bahaya
Cuma sekadar suka-suka. Itu alasan diberi dua penunggang motosikal selepas ditahan pada Sabtu kerana melakukan aksi berbahaya di Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban.
![JIPS siasat anggota pengiring pukul pemandu e-hailing OKU JIPS siasat anggota pengiring pukul pemandu e-hailing OKU](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61704081667_pintumasukpdrmbu.jpg)
JIPS siasat anggota pengiring pukul pemandu e-hailing OKU
Anggota polis pengiring yang memukul seorang pemandu e-hailing di lobi hotel baru-baru ini sedang disiasat oleh JIPS dari sudut tatatertib
![Pukul OKU: PDRM akan panggil pegawai terlibat ke Bukit Aman - KPN Pukul OKU: PDRM akan panggil pegawai terlibat ke Bukit Aman - KPN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51716596370_KetuaPolisNegara.jpg)
Pukul OKU: PDRM akan panggil pegawai terlibat ke Bukit Aman - KPN
Razarudin berkata, langkah itu diambil bagi memastikan siasatan menyeluruh dilakukan dan semua pihak terlibat dapat memberi keterangan.
![Kertas siasatan kes bagasi RM500,000 dirujuk kepada Bukit Aman Kertas siasatan kes bagasi RM500,000 dirujuk kepada Bukit Aman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715762163_tbHusseinOmar.jpg)
Kertas siasatan kes bagasi RM500,000 dirujuk kepada Bukit Aman
Polis Selangor akan merujuk kertas siasatan kes penemuan bagasi berisi wang tunai RM500,000 pada Mac lepas kepada Bukit Aman.
![Menyamar pegawai NSRC, nilai kerugian lebih RM6.8 juta Menyamar pegawai NSRC, nilai kerugian lebih RM6.8 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713531534_TBRamliMohamedYoosu.jpg)
Menyamar pegawai NSRC, nilai kerugian lebih RM6.8 juta
Lebih RM6.8 juta nilai kerugian dicatatkan melibatkan kes penyamaran sebagai pegawai Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) sejak 1 Januari lalu.