PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan menetapkan 5 Okt untuk mendengar rayuan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonannya bagi penghakiman terus terhadap anak perempuan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Nooryana Najwa mengenai dakwaan cukai pendapatan yang tidak dibayar.
Peguam Wee Yeong Kang yang mewakili Nooryana Najwa, apabila dihubungi mengesahkan tarikh pendengaran itu berikutan pengurusan kes yang diadakan di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan Norshakinah Ahmad Kamarudin, semalam.
Pada 26 Ogos 2020, Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam Datuk Faizah Jamaludin menolak permohonan LHDN untuk penghakiman terus dalam samannya, yang menuntut pembayaran cukai pendapatan berjumlah RM10.3 juta daripada Nooryana Najwa.
Pada 24 Julai 2019, kerajaan Malaysia selaku plaintif memfailkan writ saman dan penyataan tuntutan menerusi LHDN, menamakan Nooryana Najwa, selaku defendan.
Penyataan tuntutan LHDN menyebut bahawa Nooryana Najwa gagal mengemukakan Borang Nyata Orang Perseorangan mengikut Seksyen 77 Akta Cukai Pendapatan 1967 bagi Tahun Taksiran 2011 sehingga 2017.
LHDN mendakwa sehingga kini, defendan masih gagal membayar amaun cukai pendapatan yang masih terhutang termasuk dengan kenaikan yang kesemuanya berjumlah RM10,335,292.36.
Sementara itu, Mahkamah Persekutuan menetapkan 15 Julai ini untuk satu lagi pengurusan kes Najib dan anak lelakinya, Datuk Nazifuddin terhadap rayuan penghakiman terus yang dibuat terhadap mereka berhubung pembayaran cukai pendapatan masing-masing berjumlah RM1.69 bilion dan RM37.6 juta kepada LHDN.
Kedua-duanya diberi kebenaran untuk meneruskan rayuan mereka di Mahkamah Persekutuan pada Mei tahun ini atas sembilan persoalan undang-undang untuk diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan.
Wee yang juga mewakili Najib dan Nazifuddin mengesahkan tarikh itu selepas pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan Norhafizah Zainal Abidin hari ini.
Dua Mahkamah Tinggi telah membenarkan permohonan LHDN untuk mendapatkan penghakiman terus bagi memperoleh semula tunggakan cukai sebanyak RM1.69 bilion daripada Najib dan RM37.6 juta daripada Mohd Nazifuddin, bagi tempoh antara 2011 dan 2017.
Penghakiman terus adalah apabila mahkamah memutuskan kes tertentu melalui hujahan tanpa mendengar keterangan saksi dalam perbicaraan.
Najib dan Mohd Nazifuddin gagal dalam rayuan mereka di Mahkamah Rayuan pada September tahun lepas untuk mengetepikan penghakiman terus itu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 07 2022
Pada 24 Julai 2019, kerajaan Malaysia selaku plaintif memfailkan writ saman dan penyataan tuntutan menerusi LHDN, menamakan Nooryana Najwa, selaku defendan. - Gambar fail/BERNAMA
Kenya seru negara Afrika terima zon ekonomi khas untuk pacu pertumbuhan
Presiden Kenya William Ruto pada Khamis menyeru negara-negara Afrika untuk mengintegrasikan zon ekonomi khas (ZEK) dalam strategi transformasi benua bagi memacu pertumbuhan, lapor Xinhua.
Astro AWANI unggul raih lima anugerah media di MPRA 2024
Astro AWANI unggul selepas berjaya meraih lima anugerah di Malaysia Public Relations Awards 2024 di ibu negara, malam ini.
Tumpuan Sabtu – 30 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
MADA pantau kenaikan paras sungai utama, elak kesan buruk di kawasan MUDA
Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) telah mengambil beberapa tindakan awal berikutan hujan berterusan di kawasan Muda bermula sejak Selasa lepas.
Thailand, Singapura bincang keselamatan makanan dalam perbincangan peringkat tinggi
Keselamatan makanan, keselamatan tenaga dan kesalinghubungan digital antara topik utama yang dibincangkan semasa pertemuan antara Paetongtarn Shinawatra dan Lawrence Wong pada Khamis.
Consider This: The Myanmar Crisis (Part 2) — Malaysia’s Priorities as ASEAN Chair
As Malaysia takes the helm of ASEAN in 2025, the Myanmar crisis will become a defining challenge for Malaysia’s chairmanship. The 5-Point Consensus has seen little success since its inception in 2021. With the humanitarian situation worsening and political dialogue at a standstill, many are questioning whether ASEAN’s traditional approach has run its course. Can Malaysia’s chairmanship deliver new solutions? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Professor Emeritus Johan Saravanamuttu, Adjunct Professor at Universiti Malaya’s Asia Europe Institute.
Kes bunuh pelajar vokasional: Rakan lihat kesan calar, lebam pada badan mangsa
Seorang pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa beliau melihat kesan calar dan lebam pada belakang badan rakannya yang ditemukan mati pada 22 Mac lepas.
Stadium Darul Makmur kembali beroperasi Mac 2025
Stadium Darul Makmur dijangka beroperasi sepenuhnya pada Mac tahun depan selepas mengambil kira tempoh matang rumput Bermuda Tifgrand yang ditanam bagi menggantikan rumput jenis Cow Grass.
AWANI Ringkas: Tanah runtuh | Bencana banjir
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Banjir terburuk | Bantuan kemanusiaan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Anak Najib, Nooryana Najwa dilantik Ahli Lembaga Pengarah Matrade
Anak perempuan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Nooryana Najwa dilantik menjadi salah seorang Ahli Lembaga Pengarah (ALP) Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade).
Kes mahkamah Najib tidak akan selesai dalam masa terdekat - Nooryana
Kes mahkamah yang melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak akan selesai dalam masa terdekat.
'Daddy pesan akan kembali bersama' - Nooryana Najwa
Yana nampak Najib memegang surat berkenaan keputusan Lembaga Pengampunan sewaktu melawat bapanya di Penjara Kajang.
Setahun Najib di penjara: 'Saya akan terus berjuang dapatkan keadilan' - Nooryana Najwa
Sebelum ini media melaporkan Nooryana menegaskan, perjuangan untuk mendapatkan perbicaraan yang adil terhadap Najib akan diteruskan.
Anak Najib, Nooryana Najwa bakal bertanding Exco Puteri UMNO - Puad Zarkashi
Anak Datuk Seri Najib Tun Razak, Nooryana Najwa bakal bertanding jawatan Exco Puteri UMNO pada pemilihan parti kali ini.
Anak Najib mohon Anwar benarkan siaran langsung perbicaraan bapa
Nooryana Najwa Najib memohon Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membenarkan perbicaraan melibatkan bapanya, Datuk Seri Najib Tun Razak disiarkan secara langsung menerusi penstriman dalam talian
PRU15: Pembentukan kerajaan, Najib minta ambil kira kepentingan jangka panjang UMNO, BN - Nooryana
Nooryana mendakwa pesanan itu disampaikan semasa satu pertemuan keluarga bersama Najib pada pagi Ahad
Najib sihat, mahu BN menang PRU15 - Nooryana
Nooryana Najwa berkata, bapanya itu yakin dan percaya hanya BN sahaja sebuah parti yang mampu memperjuangkan nasib rakyat dan boleh transformasi negara lebih maju pada masa depan.
LHDN tarik rayuan berkaitan cukai pendapatan terhadap anak Najib, Nooryana Najwa
LHDN menarik balik rayuannya, yang difailkan di Mahkamah Rayuan, berhubung samannya terhadap anak Datuk Seri Najib Tun Razak, Nooryana Najwa.
'Adam rindu dan sayang atuk' - Cucu Najib hadir di mahkamah
Cucu kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Adam Razak luah rasa rindu terhadap datuknya.