Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata kluster tempat kerja sahaja membabitkan 1,104 kes diikuti 1 kluster komuniti (251 kes) dan masing-masing dua kluster komuniti (36 kes) serta pendidikan (24 kes).
Menurutnya, ia menjadikan sebanyak 4,079 kluster dikesan setakat tengah hari tadi, dengan 2,798 kluster sudah ditamatkan dan 1,281 kluster masih aktif.
Berikut adalah perincian lanjut mengenai kluster yang direkodkan pada hari ini:
1. Lorong IKS Juru Tujuh
- Melibatkan daerah Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang.
- Ketegori tempat kerja.
- Kluster ini dikenal pasti hasil saringan bersasar di tempat kerja melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Lorong IKS Juru 7, Taman Perindustrian Ringan Juru, Seberang Perai Tengah.
2. Kampung Kuau Melawi
- Melibatkan daerah Bachok, Kelantan.
- Kategori Komuniti.
- Hasil saringan bergejala di Kampung Kuau, Melawi, Bachok.
3. Jalan Panchor Muar
- Melibatkan daerah Muar, Johor.
- Kategori Pendidikan Tinggi.
- Kluster ini melibatkan pelajar-pelajar sebuah institusi pendidikan tinggi yang terletak di Jalan Panchor, Pagoh, Muar.
4. Persiaran SILC
- Melibatkan daerah Johor Bahru, Johor.
- Kategori tempat Kerja.
- Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Persiaran SILC, Nusajaya, Johor Bahru.
5. Kampung Pinggir Simpang Renggam
- Melibatkan daerah Kluang, Johor.
- Kategori komuniti.
- Nama kluster ini merujuk kepada lokaliti di mana penularan kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di Kampung Pinggir Jalan Johor, Simpang Renggam, Kluang.
6. Jalan Sutera Sentosa Satu
- Melibatkan daerah Johor Bahru, Johor.
- Kategori tempat kerja.
- Kluster ini melibatkan kakitangan sebuah bank yang terletak di Jalan Sutera 1, Taman Sentosa, Johor Bahru.
7. Simpang Empat Pauh
- Melibatkan daerah Kota Bharu, Kelantan.
- Kategori tempat kerja.
- Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah syarikat perkhidmatan yang terletak di Simpang 4 Pauh Panji, Kota Bharu.
8. Ladang Sindora
- Melibatkan daerah Kluang, Johor.
- Melibatkan tempat kerja.
- Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Ladang Sindora, Jalan Kota Tinggi - Kluang, Kluang.
9. Jalan Stadium Tujuh
- Melibatkan daerah Kota Bharu, Kelantan.
- Melibatkan kumpulan berisiko tinggi.
- Kluster ini melibatkan kakitangan sebuah pusat perubatan yang terletak berhampiran Jalan Stadium 7, Kota Bharu.
- Melibatkan daerah Johor Bahru, Johor.
- Melibatkan kategori tempat kerja.
- Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Tampoi, Taman Perindustrian Gembira, Johor Bahru.
11. Tapak Bina Jalan Maju 13
- Melibatkan daerah Lembah Pantai, Kuala Lumpur.
- Kategori tempat kerja.
- Kluster ini dikenalpasti hasil saringan bersasar di tempat kerja melibatkan pekerja-pekerja sebuah tapak binaan yang terletak di Jalan Maju 13, Kuchai Entrepreneurs Park, Lembah Pantai.
12. Kampung Tambak Banggu
- Melibatkan daerah Kota Bharu dan Bachok, Kelantan.
- Kategori komuniti.
- Nama kluster ini merujuk kepada lokaliti di mana penularan kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di Kampung Tambak Banggu, Kota Bharu.
13. Jalan Sri Cemerlang
- Melibatkan daerah Kota Bharu dan Machang, Kelantan.
- Kategori tempat kerja.
- Kluster ini melibatkan kakitangan sebuah syarikat perkhidmatan yang terletak di Jalan Sri Cemerlang, Kota Bharu.
14. Tapak Bina Jalan Segambut Kuching
- Melibatkan daerah Kepong, Kuala Lumpur.
- Kategori tempat kerja.
- Kluster ini dikenalpasti hasil saringan bersasar di tempat kerja melibatkan pekerja-pekerja sebuah tapak binaan yang terletak berdekatan Jalan Segambut dan Jalan Kuching, Kepong.
15. Kampung Batu Linting
- Melibatkan Kuala Penyu, Sabah.
- Kategori komuniti.
- Kluster ini melibatkan satu majlis sosial yang diadakan di Kampung Batu Linting, Kuala Penyu.
16. Tapak Bina Lebuhraya Setiawangsa
- Melibatkan daerah Titiwangsa dan Lembah Pantai, Kuala Lumpur.
- Kategori tempat kerja.
- Kluster ini dikenalpasti hasil saringan bersasar di tempat kerja melibatkan pekerja-pekerja sebuah tapak binaan yang terletak di Lebuhraya Setiwangsa-Pantai, Titiwangsa.
17. Industri Parit Abdul Rahman
- Melibatkan Pontian, Johor.
- Melibatkan kategori tempat kerja.
- Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Parit Abdul Rahman, Benut, Pontian.
18. Sungai Kluang Empat 2
- Melibatkan daerah Barat Daya dan Timur Laut, Pulau Pinang.
- Kategori tempat kerja.
- Kluster ini merupakan kluster berulang kali kedua melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Hilir Sungai Kluang 4, Bayan Lepas, Barat Daya.
19. Industri Senai PLO 84
Melibatkan daerah Kulai, Johor.
Kategori tempat kerja.
Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di PLO 84 & 85, Jalan Cyber 7, Kulai.
20. Mokek
Melibatkan Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
Kategori komuniti
Kluster ini melibatkan penduduk-penduduk di Kampung Mokek, Langkap, Kuala Pilah.
21. Jalan Kampung Tiong
- Melibatkan daerah Kuala Terengganu dan Marang, Terengganu.
- Kategori tempat kerja.
- Kluster ini melibatkan kakitangan sebuah syarikat perkhidmatan yang terletak di Jalan Kampung Tiong, Kuala Terengganu.
22. Pulau Keladi
- Melibatkan daerah Pekan, Pahang.
- Kategori komuniti.
- Nama kluster ini merujuk kepada lokaliti di mana penularan kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di Kampung Pulau Keladi, Pekan.
23. Jalan Manggis Intan
- Melibatkan daerah Hilir Perak, Perak.
- Kategori kumpulan berisiko tnggi.
- Kluster ini melibatkan kakitangan dan penghuni-penghuni di sebuah pusat jagaan warga emas yang terletak di Taman Retna, Jalan Manggis, Teluk Intan, Hilir Perak.
24. Lorong Perindustrian Bukit Minyak 11
- Melibatkan daerah Seberang Perai Tengah.
- Kategori tempat kerja.
- Kluster ini dikenalpasti hasil saringan bersasar di tempat kerja melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Lorong Perindustrian Bukit Minyak 11, Bukit Mertajam, Seberang Perai Tengah.
25. Dabai Baruh
- Melibatkan daerah Betong, Sarawak.
- Kategori komuniti.
- Nama kluster ini merujuk kepada lokaliti di mana penularan kes-kes dilaporkan berlaku di Dabai Baruh, Roban, Betong.
26. Jalan Kota Bahru
- Melibatkan ndaerah Kampar, Perak.
- Kategori komuniti
- Nama kluster ini merujuk kepada lokaliti di mana penularan kes-kes dilaporkan berlaku di Kampung Tersusun Batu 3 ½, Jalan Kota Bahru, Gopeng, Kampar.
27. Jalan Baru Batu Maung
- Melibatkan daerah Barat Daya, Pulau Pinang.
- Kategori tempat kerja.
- Kluster ini dikenalpasti hasil saringan bersasar di tempat kerja melibatkan pekerja-pekerja beberapa buah kilang yang terletak di Jalan Baru Batu Maung, Bayan Lepas, Barat Daya.
28. Triang Maju
- Melibatkan daerah Bera, Pahang.
- Kategori komuniti
- Nama kluster ini merujuk kepada lokaliti di mana penularan kes-kes dilaporkan berlaku di Taman Triang Maju, Bera.
- Melibatkan daerah Pasir Mas, Kelantan.
- Kategori komuniti
- Kluster ini melibatkan individu-individu yang mengadakan aktiviti ziarah-menziarahi di Kampung Serungga Repek, Pasir Mas.
30. Lubuk Bukut
- Melibatkan daerah Mukah dan Sibu, Sarawak.
- Kategori tempat kerja
- Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah syarikat carigali yang terletak di Lubuk Bukut, Mukah.
31. Tapak Bina Awan Lembah 2
- Melibatkan daerah Titiwangsa, Kuala Lumpur.
- Kategori tempat kerja
- Kluster ini merupakan kluster yang berulang kali kedua melibatkan sebuah tapak binaan yang terletak Jalan Taman Setiawangsa, AU 2, Titiwangsa.
32. Bungey 2
Melibatkan daerah Betong dan Pusa,.
Ketegori komuniti.
Kluster ini merupakan kluster berulang kali kedua melibatkan penduduk-penduduk yang menghadiri sebuah majlis perkahwinan di Kampung Hilir Bungey, Debak, Betong.
33. Jalan Pintu Pong
- Melibatkan daerah Kota Bharu dan Pasir Puteh, Kelantan.
- Kategori tempat kerja.
- Kluster ini melibatkan kakitangan sebuah bank yang terletak di Jalan Pintu Pong, Kota Bharu.
34. Industri Bangi P10/14
- Melibatkan daerah Hulu Langat, Petaling dan Sepang, Selangor.
- Kategori tempat kerjaKluster ini dikenal pasti hasil saringan bersasar di tempat kerja melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan P10/14, Kawasan Perindustrian Bangi, Bandar Baru Bangi, Hulu Langat.
35. Industri Jalan Telipot Empat
- Melibatkan daerah Hulu Selangor, Selangor.
- Kategori tempat kerja.
- Kluster ini dikenalpasti hasil saringan bersasar di tempat kerja melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Telipot Empat, Bukit Sentosa, Hulu Selangor.
36. Blue Valley Kampung Raja
- Melihatkan daerah Cameron Highlands, Pahang.
- Kategori tempat kerja.
- Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Blue Valley - Lojing, Kampung Raja, Cameron Highlands.
- Melibatkan daerah Hulu Selangor, Selamgor.
- Kategori tempat kerja.
- Kluster ini dikenalpasti hasil saringan bersasar di tempat kerja melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Azalea 1/1, Bukit Beruntung, Hulu Selangor.
38. Tapak Bina Jalan Panglima Hitam
- Melibatkan daerah Klang, Selangor.
- Kategori tempat kerja
- Kluster ini dikenalpasti hasil saringan bersasar di tempat kerja melibatkan pekerja-pekerja sebuah tapak binaan yang terletak di Jalan Panglima Hitam, Alam Impian, Shah Alam, Klang
39. Industri Perigi Nanas Tujuh
- Melibatkan daerah Klang, Selangor.
- Kategori tempat kerja
- Kluster ini dikenalpasti hasil saringan bersasar di tempat kerja melibatkan pekerja-pekerja sebuah syarikat perkhidmatan yang terletak di Jalan Perigi Nanas 8/7, Pulau Indah, Klang.
40. Industri Korporat Dua
- Melibatkan daerah Klang, Selangor.
- Kategori tempat kerja.
- Kluster ini dikenalpasti hasil saringan bersasar di tempat kerja melibatkan pekerja-pekerja sebuah syarikat perkhidmatan yang terletak di Jalan Korporat 2/KU9, Persiaran Hamzah Alang, Meru, Klang.
41. Industri Kampung Gumut
- Melibatkan daerah Hulu Selangor, Selangor.
- Kategori tempat kerja
- Kluster ini dikenalpasti hasil saringan bersasar di tempat kerja melibatkan pekerja-pekerja sebuah premis perniagaan yang terletak di Kampung Gumut, Kalumpang, Hulu Selangor.
42. Jalan Sunsuria
- Melibatkan daerah Sepang, Selangor.
- Kategori Pendidikan Tinggi. Kluster ini dikenalpasti hasil saringan bersasar di tempat kerja melibatkan kakitangan dan pelajar-pelajar sebuah institusi pengajian yang terletak di Jalan Sunsuria, Bandar Sunsuria, Sepang.
43. Industri Ulu Tinggi Bestari Jaya
- Melibatkan daerah Kuala Selangor, SElangor.
- Kategori tempat kerja
- Kluster ini dikenalpasti hasil saringan bersasar di tempat kerja melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Mukim Ulu Tinggi, Bestari Jaya, Kuala Selangor.
44. Industri Integrasi Rawang 3/2
- Melibatkan daerah Gombak
- Kategori tempat kerja
- Kluster ini dikenalpasti hasil saringan bersasar di tempat kerja melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Industri 3/2, Rawang Integrated Industrial Park, Rawang, Gombak
45. Bandar Riyal
- Melibatkan daerah Samarahan, Asajaya, Simunjan, Sarawak.
- Kategori tempat kerja
- Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja dan pengunjung di sebuah pasar iaitu Market Bandar Riyal, Jalan Datuk Muhammad Musa, Kota Samarahan.