KUALA LUMPUR: Seramai 403,637 calon mula menduduki peperiksaan bertulis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hari ini hingga 15 Mac melibatkan 131,318 pengawas peperiksaan di 3,355 pusat peperiksaan di seluruh negara.
Di KUALA LUMPUR, 19,932 orang calon merangkumi 15,500 calon sekolah kerajaan, agensi kerajaan (250), sekolah swasta (2,513) dan persendirian (1,669) menduduki peperiksaan itu di 154 pusat peperiksaan melibatkan 2,011 orang petugas peperiksaan, kata Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Norhayati Ab Wahab di sini.
Di MELAKA, 12,907 orang calon merangkumi 11,037 calon sekolah kerajaan, agensi kerajaan (694), sekolah agama (23), sekolah swasta (211) dan calon persendirian (942) menduduki peperiksaan itu di 102 pusat peperiksaan melibatkan 1,235 orang petugas peperiksaan, kata Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali.
Di PERAK, Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Pengurusan dan Perancangan Jabatan Pendidikan Negeri Perak Rahimah Mohamed selepas melawat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Anderson berkata sejumlah 32,736 calon menduduki SPM di negeri itu dan daripada jumlah tersebut, tiga calon menduduki peperiksaan di hospital kerana sakit manakala 108 orang merupakan Calon Berkeperluan Pendidikan Khas (CBPK).
Di PAHANG, Pengarah Pendidikan Negeri Mohammad Rosli Abdul Rahman ketika menyantuni pelajar SMK Tengku Panglima Perang Tengku Muhammad, Kuantan memaklumkan seramai 20,850 calon SPM termasuk 116 calon CBPK menduduki peperiksaan di 263 pusat disediakan namun lapan daripada jumlah tersebut mengambil peperiksaan di tiga hospital kerana terlibat kemalangan jalan raya.
Di NEGERI SEMBILAN, seramai 16,815 calon menduduki SPM di 144 pusat peperiksaan berbanding 16,758 calon pada 2021 iaitu pertambahan sebanyak 57 calon (0.3 peratus), kata Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Operasi Sekolah Dr Norisah Suhaili.
Beliau berkata ia membabitkan 14,869 calon sekolah kerajaan, swasta (770), persendirian (638), Maktab Rendah Sains Mara (393), sekolah agama rakyat (81) dan sekolah kerajaan negeri (64) dengan keseluruhan 1,335 petugas peperiksaan.
Di SARAWAK, sejumlah 36,523 calon merangkumi 34,268 calon sekolah kerajaan, persendirian (1,107), sekolah swasta (766), sekolah agama (24) dan agensi lain (358) menduduki peperiksaan itu di 259 pusat peperiksaan, kata Penolong Pengarah Sektor Pentaksiran dan Peperiksaan Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak Rizuan Mohd.
Di PULAU PINANG, terdapat 19,501 calon peperiksaan SPM dengan 147 pusat peperiksaan namun daripada jumlah itu 15 calon menduduki peperiksaan di hospital kerana masalah kesihatan manakala lima calon lagi akan menduduki peperiksaan itu pada masa yang lain kerana menjalani kuarantin susulan disahkan positif COVID-19, kata Timbalan Menteri Pendidikan Lim Hui Ying.
Di TERENGGANU, 18,751 pelajar menduduki SPM di 176 pusat peperiksaan yang melibatkan 16,891 calon sekolah kerajaan, Majlis Amanah Rakyat (MARA) (564), sekolah agama (233), sekolah swasta (69), persendirian (904) dan sekolah agama rakyat (90), kata Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan negeri Awi Salleh.
Di KELANTAN, seramai 27,119 calon menduduki peperiksaan itu di 286 pusat peperiksaan dengan melibatkan 2,809 petugas, kata Timbalan Pengarah Sektor Pengurusan Sekolah Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan Mohd Zin Halim selepas melawat SMK Agama Naim Lilbanat.
Di PERLIS, 3,569 calon menduduki peperiksaan SPM di 35 pusat peperiksaan dan daripada jumlah itu, 121 adalah calon persendirian, kata Pengarah Pendidikan Negeri Perlis Naharudeen Othman.
Di KEDAH, Pengarah Pendidikan Negeri Rozaini Ahmad dalam kenyataan berkata seramai 29,745 calon menduduki peperiksaan itu di 264 pusat peperiksaan.
Di JOHOR, 48,759 calon merangkumi 1,796 calon persendirian dan 149 CBPK menduduki peperiksaan SPM di 367 pusat peperiksaan melibatkan 4,823 petugas, kata Timbalan Pengarah Sektor Pengurusan Sekolah Jabatan Pendidikan Negeri Johor Anuar Sukiran.
Sementara itu, di SABAH, Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan negeri Mohd Zaini Yanin berkata seramai 40,148 calon merangkumi 36,026 pelajar sekolah kerajaan, agensi kerajaan (456) dan sekolah agama (257) menduduki peperiksaan itu di 314 pusat peperiksaan melibatkan 15,281 petugas.
Beliau berkata JPN juga akan menggerakkan Op Payung dengan kerjasama agensi berkaitan termasuk badan bukan kerajaan (NGO) sekiranya berlaku bencana banjir untuk membantu calon SPM sampai ke pusat peperiksaan.
"Ibu bapa diminta menghubungi sekolah sekiranya mendapat kesukaran ke pusat peperiksaan agar bantuan segera dapat dihantar. JPN menyediakan Bilik Gerakan beroperasi selama 24 jam sepanjang tempoh peperiksaan berlangsung di talian 088-513583," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 20 2023
Calon-calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 berbaris menunggu kebenaran untuk masuk ke dewan peperiksaan di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Uda hari ini. - Foto BERNAMA
Pengurusan taman tema dipanggil setelah laporan penuh dibentang - Amirudin
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata pertemuan itu juga mungkin melibatkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) setelah maklumat penuh diperoleh.
EU laksana had sekatan penggunaan AI
Keperluan baharu untuk mengawal selia penggunaan kecerdasan buatan (AI) mula dikuatkuasakan di Kesatuan Eropah (EU) pada Ahad dengan pelaksanaan Akta AI EU.
Penggiliran kerja petugas kaunter dilaksana secara berfasa
Pelaksanaan sistem penggiliran kerja bagi penjawat awam yang telah berkhidmat lebih lima tahun di kaunter perkhidmatan telah dilaksanakan bermula Januari 2025 secara berfasa.
ASEAN: Anwar adakan pertemuan dengan Thaksin dan George Yeo
Dalam pertemuan tersebut, pelbagai isu penting serantau dibincangkan termasuk situasi di Myanmar serta pembangunan mata wang kripto.
Tiga ditahan susulan dua kes rogol berasingan
Polis menahan tiga lelaki termasuk warga emas bagi membantu siasatan bersabit dua kes rogol berasingan di Jeram, Kuala Selangor semalam.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 2 Februari 2025.
Ahmad Fadzli dilantik Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor baharu
Pegawai Kewangan Negeri Selangor Datuk Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baharu berkuat kuasa esok.
Ratusan teruja saksi tayangan mempersona di Casa Batllo
Tayangan pemetaan video digital di bangunan Casa Batllo di Barcelona, Sepanyol menarik kehadiran ramai pengunjung pada Ahad. Artis Itali, Quayola mempersembahkan karya dikenali Arborescent itu, sebagai dedikasi kepada keindahan alam semula jadi.
Penerbangan Learjet 55 hanya kurang seminit sebelum menjunam
Penerbangan pesawat perubatan Learjet 55 yang terhempas di kawasan kejiranan di Philadelphia disahkan hanya kurang dari seminit. Perkara itu seperti disahkan penyiasat dari Badan Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan, Rick Hicks dalam sidang media pada Ahad. Katanya, pesawat itu hanya mencapai ketinggian 1,500 kaki sebelum ia menjunam dan terhempas.
R Stromlinienwagen dibida pada harga 51.55 juta euro
Kereta lumba jenis Mercedes (W196 R Stromlinienwagen) berjaya dijual pada harga 51.55 juta euro dalam satu majlis bidaan di Jerman pada Sabtu. Kereta lumba berwarna silver itu, salah satu daripada empat yang ada di dunia.
Khairul Aming risau kecanggihan teknologi buat pelajar generasi kini hilang fokus
"Takut terbiasa main telefon, bila tengok buku otak jadi tidak berfungsi. Attention span dia dah rosak."
403,637 calon duduki peperiksaan bertulis SPM mulai hari ini
Seramai 403,637 calon mula menduduki peperiksaan bertulis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hari ini hingga 15 Mac melibatkan 131,318 pengawas peperiksaan di 3,355 pusat peperiksaan di seluruh negara.
Peperiksaan SPM 2022 bermula 30 Jan, libatkan 403,637 calon
KPM dalam kenyataan hari ini berkata seramai 403,637 calon akan menduduki peperiksaan bertulis yang diadakan antara 20 Feb hingga 15 Mac.