PORT DICKSON: Seramai 40 warga asing ditahan di sekitar Port Dickson kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan dan tiada pengenalan diri sah, menerusi operasi bersepadu sempena pembukaan sempadan antarabangsa negara semalam.
Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Mohamad Mat Yusop berkata operasi yang dijalankan selama 21 jam bermula 12 tengah malam itu, dijalankan bagi mencegah kemasukan pendatang asing tanpa izin dan aktiviti penyeludupan di sempadan perairan negara dan darat, terutama di sekitar perairan Port Dickson.
"Daripada 40 yang ditahan itu, 18 daripadanya adalah warga Filipina, 17 warga Indonesia termasuk dua kanak-kanak, serta lima dari Myanmar dengan 256 lagi diperiksa di bawah Akta Imegresen 1959/63 atas kesalahan tidak mempunyai dokumen perjalanan dan pengenalan diri yang sah," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media Operasi Bersepadu Agensi Keselamatan Negeri Sembilan Sempena Pembukaan Semula Sempadan Negara, yang turut dihadiri Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun di sini malam tadi.
Dalam operasi sama, Mohamad berkata polis turut merampas 1,373 paket bersamaan dengan 25,332 batang rokok putih dan kretek pelbagai jenama, dalam sebuah kereta jenis Proton Iswara dengan jumlah rampasan bernilai RM16,965.
Dalam pada itu, Mohamad berkata menerusi rondaan dan pemantauan di kawasan perairan mendapati, tidak ada mengesan pendatang asing tanpa izin atau warga asing yang menyeludup masuk ke negeri ini setakat hari ini.
Namun beliau berkata pihaknya akan sentiasa perketatkan pemantauan, memandangkan perairan Port Dickson merupakan kawasan titik panas yang menjadi tumpuan pendaratan pendatang tanpa izin dan penyeludupan.
Mengenai operasi bazar Ramadan, Mohamad berkata polis akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk membuat pemantauan, bagi memastikan peniaga dan pengunjung mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dalam membendung penularan COVID-19.
"Kita mahu pastikan perjalanan di bazar Ramadan itu teratur dan lancar. Kita harap masyarakat patuh SOP selain tidak mahu ambil tindakan sewenang-wenangnya, tidak patuh peraturan baru dikenakan tindakan tertentu," katanya.
Sementara itu, Aminuddin berkata operasi bersepadu seumpama itu akan terus dijalankan secara menyeluruh, termasuk di daerah bagi memastikan keselamatan, ketenteraman dan kesejahteraan rakyat terus kekal terpelihara daripada sebarang ancaman jenayah rentas sempadan.
Beliau turut menasihati rakyat untuk terus berdisiplin mematuhi SOP, meskipun pelbagai kelonggaran diberikan semula termasuk aktiviti solat jemaah di masjid serta surau atau upacara sembahyang di rumah ibadat selain Islam, boleh dilaksanakan tanpa penjarakan fizikal.
"Lebih-lebih lagi kita juga akan menerima kedatangan pelancong dari luar negara, selepas pembukaan sempadan negara dan orang ramai diseru sentiasa berwaspada dan tetap menjaga SOP ditetapkan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 02 2022
Mohamad berkata polis turut merampas 1,373 paket bersamaan dengan 25,332 batang rokok putih dan kretek pelbagai jenama. - Foto BERNAMA
G42, Microsoft akan lancar dua pusat AI di Abu Dhabi
Kedua-dua pusat itu dibina berdasarkan kerja yang dilaksanakan Microsoft dan G42 untuk melaksanakan piawaian dan amalan AI Bertanggungjawab.
Risiko bankrap: Usah mudah percaya sesiapa walau orang terdekat
Walaupun kini bebas, segala derita yang diharungi akibat tindakan individu yang amat dipercayai, masih tersemat dalam ingatannya hingga hari ini.
Penyumbang pembinaan mercu tanda ikonik dunia, Eversendai jadi kebanggaan negara
Nanta berkata Eversendai merupakan satu-satunya syarikat pembinaan Malaysia mencipta rekod dunia dan pencapaian penting dalam industri pembinaan.
Peralihan kerajaan: Badan Parlimen Indonesia lulus perbelanjaan lebih tinggi
Jawatankuasa Bajet Parlimen Indonesia meluluskan peningkatan perbelanjaan untuk kerajaan bakal Presiden Prabowo Subianto, yang akan mula memegang jawatan bulan depan.
Banjir Eropah Tengah: 22 maut, penduduk diarah berpindah
Seramai 22 orang terbunuh selepas banjir besar melanda bandar bersejarah Wroclaw di Poland, pada Selasa.
Seorang maut akibat gigitan ular setiap 4-6 minit di seluruh dunia
Kesan kesihatan awam terbesar gigitan ular berlaku di negara berpendapatan rendah dan sederhana dalam persekitaran tropika dan subtropika.
Pengerusi ASEAN 2025: PM mahu persediaan mantap, menyeluruh
Setiap kementerian perlu melakukan persediaan mantap dan menyeluruh memandangkan hanya berbaki beberapa bulan sebelum Malaysia mengambil alih tugas sebagai Pengerusi ASEAN 2025 daripada Laos.
Letupan Lubnan: A.S sedang kumpul maklumat - Jurucakap
Amerika Syarikat sedang mengumpul maklumat selepas sekurang-kurangnya sembilan orang terbunuh dan kira-kira 2,750 cedera apabila peranti kelui atau pager yang digunakan oleh Pejuang Hizbullah meletup secara serentak di seluruh Lubnan, pada Selasa.
Alat komunikasi meletup: Hizbullah ikrar tindak balas terhadap Israel
Kumpulan Hizbullah berjanji untuk bertindak balas terhadap Israel selepas menuduh rejim Zionis itu meletupkan alat kelui di seluruh Lubnan pada Selasa.
Kekejaman Zionis: Harris gesa tamatkan perang di Gaza
Calon Presiden Demokrat Amerika Syarikat, Kamala Harris menyeru untuk menamatkan perang Israel-Gaza, pada Selasa.
JPJ KL kutip RM428,850 menerusi lelongan 253 kenderaan sita tahun ini
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur mengutip RM428,850 menerusi dua siri lelongan melibatkan 253 kenderaan sita pada tahun ini.
Imigresen tahan 26 warga asing di Pulau Perhentian
Kebanyakan mereka dipercayai menjalankan aktiviti perniagaan manakala yang lain bekerja di lokasi terbabit selama kira-kira sembilan bulan.
Dibuai cinta 'ahli geologi marin', peguam rugi RM1.75 juta
Seorang peguam kerugian RM1.75 juta akibat terperdaya dengan love scam atau penipuan cinta setelah berkenalan dengan seorang lelaki warga asing menerusi aplikasi WhatsApp sejak Julai lepas.
Berdepan cabaran keselamatan, ESSCOM pastikan negara kekal aman, selamat
Pengalaman negara berhadapan detik hitam pencerobohan pengganas bersenjata Sulu lebih 11 tahun lepas mengajar semua pihak betapa pentingnya mempertahankan kedaulatan dan keamanan negara.
Tiga warga tempatan dalang utama sindiket ejen haram Imigresen ditahan
Dua lelaki dan seorang wanita warga tempatan dipercayai dalang utama sindiket ejen haram antara lapan individu ditahan dalam operasi khas JIM.
Mayat lelaki warga asing ditemukan dalam kereta, tiada unsur jenayah - Polis
Polis mengesahkan tiada unsur jenayah dikesan dalam kes penemuan mayat seorang pemuda warga asing berumur 19 tahun dalam sebuah kereta.
Sembilan warga asing ditahan langgar syarat pas pekerja
Sebanyak 13 pekerja diperiksa dan sembilan pekerja warga asing ditahan kerana disyaki melanggar syarat-syarat pas.
Jordan catat kes mpox pertama tahun ini
Kementerian Kesihatan Jordan mengumumkan pada Isnin bahawa negara itu mencatatkan kes pertama mpox pada tahun ini.
Video tular: Polis PJ siasat dakwaan anggota 'paw' duit warga asing
ACP Shahrulnizam Ja'afar dalam kenyataan berkata IPD Petaling Jaya mengesan video berkenaan sekitar pukul 5 petang, hari ini.
Polis selamatkan 137 termasuk kanak-kanak mangsa eksploitasi buruh
Polis menyelamatkan 137 individu termasuk 52 kanak-kanak disyaki menjadi mangsa eksploitasi buruh menerusi Op Pintas Mega yang dilaksanakan pada Januari dan Jun lepas.