Pesakit merupakan seorang lelaki warga asing berusia 33 tahun dan disahkan menghidap penyakit itu melalui ujian makmal, lapor Xinhua memetik Agensi Berita Petra.
Lelaki itu diasingkan di Hospital Al Basheer di Amman dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
Kementerian Kesihatan Jordan akan terus memantau perkembangan mpox dan bersedia menghadapi sebarang perkembangan berkaitan penyakit itu dan mematuhi pelan nasional yang ditetapkan bersama pihak berkuasa berkaitan.
Jordan pernah mencatat satu kes serupa pada 2022.
-- BERNAMA