PETALING JAYA: Seramai 40 individu termasuk pekerja dan pelanggan sebuah pusat hiburan di Sungai Way dikenakan kompaun RM1,500 setiap seorang kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) dalam serbuan awal pagi Jumaat.
Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, serbuan sekitar jam 4 pagi itu mendapati enam lelaki tempatan sedang bekerja sebagai pelayan dan lima wanita warga asing disyaki pegawai perhubungan pelanggan (GRO) sedang berhibur bersama pelanggan dalam empat buah bilik karaoke berasingan.
Menurutnya, kesemua mereka dikompaun sebanyak RM1,500 seorang kerana gagal memastikan penjarakan fizikal dan tidak memakai pelitup muka di tempat sesak.
Seramai 40 individu dikenakan kompaun sebanyak RM1,500 kerana melanggar SOP dalam serbuan di sebuah pusat hiburan.
"Ujian saringan air kencing terhadap kesemua individu berusia dalam lingkungan 19 hingga 70 tahun itu mendapati tiga daripada mereka positif dadah jenis amphetamine, tetrahydrocannabinol dan ketamin," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Ku Mashariman memberitahu, polis turut menahan seorang lelaki tempatan yang merupakan pengurus pusat hiburan tersebut.
"Pengurus premis ditahan kerana disyaki menggaji pekerja warga asing tanpa permit dan disiasat di bawah Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 11(1) Enakmen Hiburan dan Tempat Hiburan Negeri Selangor kerana beroperasi lebih masa.
"Selain itu lima wanita warga asing direman selama 14 hari di bawah Seksyen 51(5)(b) Akta Imigresen 1959/63 dan kes disiasat di bawah Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963," ujar beliau.
Serbuan dilakukan oleh Bahagian Siasatan Jenayah dan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Oct 15 2021
![40 individu dikompaun langgar SOP di pusat hiburan 40 individu dikompaun langgar SOP di pusat hiburan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/61634335765_pusathiburan.jpg)
Ujian saringan air kencing terhadap kesemua individu berusia dalam lingkungan 19 hingga 70 tahun itu mendapati tiga daripada mereka positif dadah jenis amphetamine, tetrahydrocannabinol dan ketamin. -Sinar Harian/PDRM
Tumpuan Isnin – 08 Julai 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
'Jeff' dinobat siput terpantas dunia, menang Kejohanan Dunia Lumba Siput
Tahun ini, siput bernama Jeff dinobatkan sebagai pemenang, menang saingan akhir dengan masa 4 minit dan 3 saat. Begitupun, kepantasan Jeff tidak dapat memadam rekod yang dibuat pada tahun 1995 oleh seekor siput bernama Archie.
![Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720368598_TBPrabowo.jpg)
Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia
Kerajaan baharu yang akan dipimpin oleh Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming Raka dijangka memperkukuh daya saing produk minyak sawit sebagai komoditi strategik untuk pasaran domestik dan antarabangsa.
![Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61706067730_TBgarisanpolis.jpg)
Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik
Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut selepas terjatuh ke dalam tasik dipercayai ketika sedang mencari lokan di Taman Tasik Teratai Fasa 2 Serendah, Hulu Selangor.
Ribuan umat Islam zahir solidariti kepada Palestin di Shah Alam
Bertemakan Gaza Bangkit, program pada Ahad malam itu turut mengundang pendakwah dari Indonesia, Ustaz Abdul Somad Batubara untuk menyampaikan ceramah.
NGO, belia perlu ambil iktibar peristiwa hijrah - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pertubuhan bukan kerajaan dan gerakan belia mengambil iktibar daripada peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW untuk mengembalikan kegemilangan negara.
Kehadiran ATM di Timur Sabah berikan keyakinan masyarakat setempat
Kehadiran pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Timur Sabah meningkatkan keyakinan masyarakat setempat serta merancakkan lagi pembangunan sektor pelancongan, ekonomi dan sosial di kawasan itu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703329565_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
Enam cedera hari pertama Festival Larian Lembu di Sepanyol
Meskipun ada yang cedera, acara tersebut sentiasa mendapat perhatian dan tahun ini, ratusan orang mengejar enam ekor lembu jantan di bandar itu.
![Insiden pergaduhan DIBW: Seorang daripada ditahan didapati positif dadah Insiden pergaduhan DIBW: Seorang daripada ditahan didapati positif dadah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/61677705160_HussinZamora.jpg)
Insiden pergaduhan DIBW: Seorang daripada ditahan didapati positif dadah
Seorang daripada empat lelaki yang direman bagi membantu siasatan insiden pergaduhan ketika acara DIBW 2023 di Kota Tinggi, Sabtu lepas, didapati positif terhadap dadah jenis Methamphetamine.
![Polis tahan tiga lelaki, rampas dadah bernilai RM400,000 Polis tahan tiga lelaki, rampas dadah bernilai RM400,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/61676827282_TBYUSRIHASSAN.jpg)
Polis tahan tiga lelaki, rampas dadah bernilai RM400,000
Kesemua yang berusia antara 40 hingga 61 tahun itu ditahan oleh anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh.
![40 individu dikompaun langgar SOP di pusat hiburan 40 individu dikompaun langgar SOP di pusat hiburan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/61634335765_pusathiburan.jpg)
40 individu dikompaun langgar SOP di pusat hiburan
Serbuan dilakukan oleh Bahagian Siasatan Jenayah dan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.
![Lelaki lepas 'gian' depan anak, isteri dicekup Lelaki lepas 'gian' depan anak, isteri dicekup](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/41623198982_AADK.jpg)
Lelaki lepas 'gian' depan anak, isteri dicekup
Saringan air kencing mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis methamphetamine.
![Nenek 29 cucu ditahan kerana miliki dadah Nenek 29 cucu ditahan kerana miliki dadah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/51615245683_syabu.jpg)
Nenek 29 cucu ditahan kerana miliki dadah
Pemeriksaan polis menjumpai satu peket plastik berisi daun kering disyaki ganja dan dua papan timah mengandungi tiga biji pil eramin 5 di rumah wanita terbabit.
![Dua sahabat ditahan selepas baru ambil dadah untuk dijual Dua sahabat ditahan selepas baru ambil dadah untuk dijual](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-05/51589617552_DUATOKAN.jpg)
Dua sahabat ditahan selepas baru ambil dadah untuk dijual
Kedua-dua mereka yang juga tokan dadah ditahan bersama sejumlah barangan larangan itu ketika cuba melintasi sekatan jalan.
![Lelaki diberkas ketika keluar cari bekalan pil kuda Lelaki diberkas ketika keluar cari bekalan pil kuda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-04/61587435225_pilkuda.jpg)
Lelaki diberkas ketika keluar cari bekalan pil kuda
Seorang pemuda diberkas ketika keluar mencari bekalan pil kuda dalam penahanan di Kampung Tok Gebok, Hulu Terengganu.