PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) akan menyelesaikan baki 4,833 kes rawatan tertunggak bukan COVID-19 di hospital kerajaan dalam masa terdekat, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.
Beliau berkata, jumlah kes yang masih tertunggak sehingga 31 Julai lepas itu hanya melibatkan prosedur pembedahan daripada disiplin pembedahan paediatrik dan pembedahan kardiotorasik.
"KKM akan terus berusaha untuk meningkatkan perkhidmatan kesihatan kepada seluruh Keluarga Malaysia," katanya dalam kenyataan hari ini.
Semalam, Menteri Kesihatan itu berkata, KKM berjaya menyelesaikan kes rawatan tertunggak bukan COVID-19 di hospital kerajaan di seluruh negara sebanyak 92 peratus setakat ini daripada jumlah 57,355 kes dilaporkan pada September lepas.
Mengulas lanjut kes tertunggak direkodkan pada 30 Sept lepas, Khairy dalam kenyataan hari ini berkata, 53,785 kes adalah berkaitan prosedur pembedahan dan 3,570 kes berkaitan prosedur bukan pembedahan (medical-based).
"Kes surgical-based meliputi pembedahan am, pembedahan neuro, pembedahan paediatrik, pembedahan plastik dan rekonstruktif, pembedahan kardiotorasik, pembedahan vaskular, urologi, ginekologi, ortopedik, oftalmologi dan otorinolaringologi, manakala kes medical-based termasuklah sleep study, lung function test, stem cell procedure, radiotherapy and CT simulation dan coronary angiography," katanya.
Khairy berkata, antara inisiatif yang telah dilaksanakan KKM bagi menangani kes-kes tertunggak adalah melalui penyumberluaran pesakit KKM ke hospital swasta.
Turut dilakukan adalah pembukaan semula dewan-dewan bedah elektif di hospital KKM secara berperingkat bermula pada Okt tahun lepas dan pembedahan elektif hari Sabtu dari 8 pagi hingga 5 petang di hospital-hospital berpakar di seluruh negara bermula pada Dis tahun lepas. - BERNAMA
Bernama
Mon Aug 22 2022

Kementerian Kesihatan (KKM) akan menyelesaikan baki 4,833 kes rawatan tertunggak bukan COVID-19 di hospital kerajaan dalam masa terdekat, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin. - Gambar fail KKM

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

4,833 kes tertunggak akan diselesaikan dalam masa terdekat - Khairy
Jumlah kes yang masih tertunggak sehingga 31 Julai lepas itu melibatkan prosedur pembedahan.

Lebih 70,000 kes pembahagian harta pusaka tertunggak
Penambahbaikan MyeTaPP adalah untuk memastikan pentadbiran tanah sentiasa relevan dengan mengambil kira keperluan semua pihak berkepentingan.

Pengesanan kes tertunggak punca peningkatan kes COVID-19 di Johor
Pengesanan kes tertunggak atau kes belum dilaporkan sejak dua minggu lepas, merupakan sebab utama Johor merekodkan 2,785 kes baharu COVID-19 semalam.

COVID-19: Angka tinggi di Selangor kerana kes tertunggak - MB
Datuk Seri Amirudin Shari dalam satu kenyataan hari ini berkata kes kumulatif tersebut dikesan berlaku sejak 10 hari lepas.

Gaji minimum sektor swasta diumum Ogos
Menteri Sumber Manusia M. Kulasegaran berkata Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN) akan mengadakan mesyuarat pada 13 Jun ini bagi meneliti hasil Kajian Semula Perintah Gaji Minimum 2016.