SHAH ALAM:Peningkatan mendadak kes COVID-19 di Selangor yang diumumkan Kementerian Kesihatan (KKM) semalam berpunca daripada kes tertunggak kumulatif daripada saringan pekerja kilang, penjara, klinik dan hospital swasta yang tidak dilaporkan secara terus.
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari dalam satu kenyataan hari ini berkata kes kumulatif tersebut dikesan berlaku sejak 10 hari lepas.
"Bagi mengatasi masalah ini, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) akan mengenakan kompaun kepada klinik atau hospital swasta yang tidak melaporkan kes positif secara terus pada hari yang sama melalui Sistem Informasi Makmal Kesihatan Awam (SIMKA)," menurutnya dalam kenyataan itu.
Amirudin berkata punca peningkatan itu dimaklumkan JKNS pada Mesyuarat Jawatankuasa Khas Keselamatan Negeri bagi Kawalan COVID-19 Negeri Selangor semalam susulan lonjakan kes harian COVID-19 seperti diumumkan KKM.
Sementara itu, kerajaan negeri akan melaksanakan program 'Preventing Outbreak at Ignition Site' (POIS) di kilang-kilang seluruh negeri yang dikenal pasti sebagai kawasan utama perebakan pandemik berkenaan.
POIS, katanya, akan dilaksanakan dengan kerjasama JKNS, Selgate Corporation Sdn Bhd, semua pihak berkuasa tempatan (PBT) serta Persekutuan Pekilang-pekilang Malaysia (FMM).
Amirudin berkata kerajaan negeri akan mencadangkan kepada kerajaan Persekutuan supaya mengambil tindakan tegas dengan menutup kilang yang menyembunyikan kes positif dalam kalangan pekerja serta tidak memberikan kerjasama untuk aktiviti pengesanan kontak rapat.
Beliau berkata pihaknya juga bercadang untuk menambah bilangan Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) terutama di daerah Petaling, Hulu Langat dan Gombak, untuk menganalisis pesakit COVID-19 untuk dikelaskan mengikut kategori tertentu sebelum dibawa ke pusat kuarantin atau hospital untuk rawatan lanjut.
Selain itu, Amirudin berkata Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di Serdang telah ditambah fasiliti dan mampu menampung tambahan 6,000 orang pesakit di mana fasiliti khas seperti khemah unit rawatan rapi (ICU) serta peralatan perubatan turut disediakan.
Beliau menyeru semua rakyat supaya bersama-sama berusaha memutuskan rantaian COVID-19 dengan mengamalkan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
"Kekal konsisten memakai pelitup muka dan jaga penjarakan fizikal.
"Selangor tanggungjawab kita. Hanya dengan semangat kekitaan ini sahaja akan dapat memutuskan rantaian wabak ini," katanya.
Semalam, negara merekodkan kes positif harian COVID-19 tertinggi iaitu sebanyak 5,725 dengan Selangor mencatatkan kes terbanyak iaitu 3,126 kes, diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (687 kes) dan Johor (684 kes).
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 30 2021

Amirudin dalam satu kenyataan hari ini berkata kes kumulatif tersebut dikesan berlaku sejak 10 hari lepas. -Gambar fail

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

COVID-19: Angka tinggi di Selangor kerana kes tertunggak - MB
Datuk Seri Amirudin Shari dalam satu kenyataan hari ini berkata kes kumulatif tersebut dikesan berlaku sejak 10 hari lepas.