KUALA TERENGGANU: Jabatan Perikanan Terengganu berjaya merampas 35 pukat pari yang dipercayai menjadi punca utama kematian penyu di negeri Terengganu.
Pengarah Perikanan Terengganu, Ruzaidi Mamat berkata langkah yang dilaksanakan itu menerusi Ops Penyu 2 yang dilancarkan bermula 7 Mac lalu.
Menurut Ruzaidi, walaupun penggunaan pukat berkenaan mengancam reptilia marin lain termasuk memerangkap penyu, namun nelayan cenderung menggunakannya kerana mampu meraih hasil tangkapan yang banyak.
"Bahayanya pukat pari kepada penyu ini, terutamanya penyu yang masih remaja, kerana mudah terperangkap.
"Sekiranya kita mempunyai pukat pari ini, iaitu yang 10 inci ke atas, memang sangat mudah penyu tersangkut pada pukat pari.
"Apabila tersangkut atau terperangkap, penyu sudah tidak boleh nak naik ke atas, ia mati kelemasan," katanya.
Beliau berkata penggunaan pukat pari berukuran 24.5 sentimeter ke atas telah diharamkan di seluruh negara sejak tahun 1980.
Jelasnya, tindakan tegas termasuk penjara sehingga dua tahun atau denda maksimum RM20,000 boleh dikenakan jika sabit kesalahan.
Katanya, sebanyak 27 kematian penyu, kebanyakannya daripada spesies penyu agar, direkodkan sepanjang tahun ini dengan kes terakhir melibatkan penyu agar jantan dewasa pada 1 Mac lalu.
Nur Fazlizai Ali
Thu Mar 10 2022

Jabatan Perikanan Terengganu berjaya merampas 35 pukat pari menerusi Ops Penyu 2 yang dilancarkan bermula 7 Mac lalu. -Astro AWANI
Trump mahu tutup Jabatan Pendidikan AS
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump akan menandatangani perintah eksekutif untuk menutup Jabatan Pendidikan Amerika Syarikat, tetapi langkah itu berdepan cabaran undang-undang dan memerlukan kelulusan Kongres untuk dilaksanakan sepenuhnya.

Empat termasuk dua anggota polis mengaku tidak bersalah miliki 240,000 mercun bola
Empat lelaki termasuk dua anggota polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, atas pertuduhan memiliki 240,000 mercun bola di Perlis.

GLIC disaran buat DDI RM120 bilion dalam lima tahun untuk pacu ekonomi - PM Anwar
Syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) disaran membuat pelaburan langsung domestik (DDI) sekitar RM120 bilion bagi tempoh lima tahun untuk merangsang pertumbuhan ekonomi negara.
Macron, Putera Mahkota Saudi kecam serangan Gaza
Presiden Perancis Emmanuel Macron dan Putera Mahkota Saudi Mohammed bin Salman membincangkan konflik Gaza serta proses damai Ukraine, mengecam serangan Israel dan menekankan kepentingan gencatan senjata serta penyelesaian politik.
Aidilfitri 2025: Indonesia sediakan 404 pesawat mudahkan perjalanan pulang
Indonesia menyediakan 404 pesawat untuk perjalanan pulang Aidilfitri 2025, dengan penumpang dijangka meningkat 12% kepada 6.186 juta.
Kerosakan kapsul bateri sebabkan kebakaran kenderaan EV
Jabatan Bomba dan Penyelamat JBPM) mengenal pasti kes kebakaran kenderaan elektrik di negara ini sangat rendah di mana ia hanya berpunca daripada kerosakan kapsul bateri dan jenayaj pembakaran secara sengaja atau perbuatan khianat.

Perdagangan Malaysia meningkat 5.9 peratus kepada RM223.9 bilion
Prestasi perdagangan Malaysia pada Februari 2025 mencerminkan peningkatan permintaan global dan kestabilan ekonomi domestik

DBKL ada tanggungjawab sosial pastikan kuil Dewi Sri Pathra Kaliamman tidak berpindah - Pengurusan kuil
Pihak pengurusan kuil Dewi Sri Pathra Kaliamman, Masjid India menyambut baik komitmen Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif berkenaan tiada perobohan kuil.
[TERKINI] Tarikh lihat anak bulan Syawal 30 Mac ini
Tarikh melihat anak bulan Syawal ditetapkan pada petang 30 Mac bersamaan 29 Ramadan di 29 lokasi di seluruh negara.
Hari Sisa Sifar: Pengurusan sisa tekstil perlukan kaedah khusus
Pengurusan sisa tekstil memerlukan kaedah khusus berbanding sisa domestik. Sempena Hari Sisa Sifar Antarabangsa, pentingnya kesedaran awam tentang pelupusan sisa tekstil. KDEB Waste Management bekerjasama dengan NGO untuk mengutip sisa tekstil.

35 pukat pari dipercayai akibatkan kematian penyu dirampas
Langkah itu bagi membanteras penggunaan pukat pari yang dipercayai menjadi punca utama kematian penyu di negeri Terengganu.

Pukat malas 'pembunuh' utama penyu di Terengganu - Kajian FRI Rantau Abang
Penggunaan pukat pari atau lebih dikenali sebagai 'pukat malas' oleh nelayan berhampiran kawasan pendaratan penyu, dikenal pasti sebagai penyebab utama kematian reptilia itu.

JPNT tahan empat bot nelayan dalam Op Penyu
Pengunaan pukat jenis tersebut menjadi ancaman terbesar buat reptilia marin dan menjadi punca kematian penyu.