ISKANDAR PUTERI:Projek infrastruktur awam untuk Sistem Transit Rapid (RTS) antara Johor Bahru-Singapura dijangka akan memberi manfaat kepada 323 kontraktor Bumiputera Johor yang akan terlibat secara langsung dalam pembinaannya.
Ini berikutan Malaysia Rapid Transit System Sdn. Bhd (MRTS) selaku anak syarikat milik penuh Mass Rapid Transit Corporation Sdn. Bhd. (MRT Corp) telah memperuntukkan sebanyak 40 peratus daripada pembinaan keseluruhan infrastruktur awam projek itu kepada kontraktor Pusat Pembangunan Kontraktor Johor (JCCD) untuk melaksanakannya.
Menteri Besar Datuk Ir Hasni Mohammad berkata kerja-kerja pembinaan ini termasuklah menyediakan tapak, membina sistem perparitan dan membangunkan bangunan stesen.
Katanya, semua usaha itu akan dilaksanakan menerusi Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangani MRTS dan JCCD yang dimeterai hari ini.
"Jalinan kerjasama ini melibatkan nilai projek sebanyak RM800 juta yang mana pengagihan kerjanya meliputi nilai sebanyak RM58 juta kepada 167 kontraktor JCCD kelas G1 dan G2; RM187 juta kepada 109 kontraktor G3 dan G4; serta RM150 juta kepada 23 kontraktor G5 dan G6.
"Nilai selebihnya pula adalah untuk kontraktor G7 yang tidak semestinya daripada JCCD, malahan akan melibatkan kontraktor dari negeri lain kerana skop kerjanya memerlukan kepakaran khusus," katanya dalam sidang media selepas menyaksikan majlis menandatangani MoU berkenaan secara maya di Kota Iskandar, di sini, hari ini.
Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur negeri Mohd Solihan Badri dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) JCCD Ekmaludin Ishak, manakala MRT Corp diwakili CEO Datuk Mohd Zarif Hashim dan Pengarah Projek RTS Zulkifli Mohamed.
Projek RTS dengan nilai keseluruhan RM3.7 bilion yang menghubungkan Bukit Chagar, Johor Bahru dan Woodlands Singapura mempunyai jajaran sepanjang empat kilometer (km) dengan 2.7km daripadanya berada di Malaysia, manakala 1.3km lagi di Singapura.
Fasa pertama projek dijangka bermula pada Januari tahun depan dan dijangka siap pada akhir 2024 dengan pembukaan penuh dijadualkan pada akhir 2026.
Mengulas lanjut, Hasni berkata kerjasama itu akan turut membantu kontraktor Bumiputera Johor meningkatkan kemampuan mereka dalam industri pembinaan rel.
Ini penting kerana Johor bakal mempunyai projek rel lain pada masa depan termasuk projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Johor Bahru dan Projek Landasan Berkembar Elektrik Gemas-Johor Bahru.
"Kita turut berharap kerjasama ini akan dapat menjadi pencetus dan pemangkin kepada pembudayaan penggunaan sistem pengangkutan awam di Johor," katanya.
Sementara itu, Mohd Zarif menyifatkan kerjasama berkenaan adalah pemula kepada langkah membantu syarikat kontraktor Bumiputera Johor membina rekod prestasi dan menimba pengalaman memandangkan pihaknya berhasrat untuk melibatkan mereka dalam pelbagai projek lain di seluruh negara, termasuk di Kuala Lumpur.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 02 2020
Hasni berkata kerja-kerja pembinaan ini termasuklah menyediakan tapak, membina sistem perparitan dan membangunkan bangunan stesen. - BERNAMA
Masa tepat perkukuh perdagangan AI dan digital Malaysia-Rusia - Nazir Razak
Menjelang giliran Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN pada 2025, sekarang dianggap waktu yang tepat untuk memperbaharui hubungan perdagangan antara Malaysia dan Rusia.
Untung bersih Maybank naik 7.6 peratus kepada RM2.54 bilion pada suku ketiga
Keuntungan bersih Maybank meningkat 7.6 peratus kepada RM2.54 bilion pada suku ketiga berakhir 30 Sept 2024 berbanding RM2.36 bilion tahun lepas.
Naib Presiden Filipina disepina berkenaan ancaman terhadap Presiden Marcos Jr
Biro Penyiasatan Nasional menyerahkan sepina di pejabat Duterte dan meminta agar beliau hadir di hadapan pengarah biro pada Jumaat.
Protes di Pakistan: Suruhanjaya Tinggi Malaysia keluar nasihat perjalanan
Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Islamabad meminta rakyat Malaysia untuk sentiasa mengikuti perkembangan keadaan setempat.
Hubungan Pas-Bersatu tunjuk bibit kelemahan - Fahmi
Beberapa isu dalaman yang melanda Perikatan Nasional (PN) ketika ini menggambarkan hubungan Pas dan Bersatu bagaikan 'retak menanti belah'.
Dasar baharu AS akan beri kesan hubungan dagang Australia-China
Dasar baharu bakal Presiden AS, Donald Trump bukan saja akan memberi kesan kepada hubungan negara itu dengan China, tetapi juga hubungan bilateral antara negara-negara lain di dunia.
Malaysia berjaya jumpa 'resipi' pertumbuhan ekonomi - Bloomberg
Portal itu berkata, Malaysia berjaya mengekalkan momentum pertumbuhan lebih panjang daripada China, dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya mengekalkannya lebih lama daripada tiga pendahulunya.
Pendapatan suku ketiga negara "mengecewakan", kata CIMB Securities
CIMB Securities menyuarakan kebimbangan apabila prestasi semakin banyak syarikat tempatan dilaporkandi bawah jangkaan, yang boleh menimbulkan risiko penurunan unjuran pendapatan FBM KLCI.
[TERKINI] Raih potensi pelaburan RM32.8 bilion, eksport RM1.3 bilion
RM32.8 bilion potensi pelaburan dan eksport dari Malaysia dengan nilai RM1.3 bilion berjaya diraih melalui lawatan kerja Perdana Menteri ke Korea Selatan.
Malaysia minta perolehan pesawat FA-50M dari Korea Selatan dipercepat - PM
Malaysia minta perolehan 18 unit pesawat pejuang ringan FA-50M yang ditempah daripada syarikat pertahanan Korea Selatan dipercepatlan.
Hari Kebangsaan: MRT laluan Putrajaya dipenuhi wajah-wajah ceria
Perkhidmatan MRT beroperasi selama 24 jam pada 30 dan 31 Ogos bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan.
Lorong bas Jalan Klang Lama: Pengguna jalan raya diharap beri maklum balas membina - Exco
Pengguna jalan raya di laluan projek percubaan lorong bas di Jalan Klang Lama, di sini diharap dapat bekerjasama dan memberi maklum balas membina sepanjang tempoh percubaan perkhidmatan itu.
Rapid Rail lakar sejarah, rekod sejuta pengguna dalam sehari
Jumlah itu adalah yang paling tertinggi pernah dicapai sejak penubuhannya.
Koc wanita MRT laluan Putrajaya mula Isnin ini - Rapid Rail
Koc wanita bagi Transit Aliran Massa (MRT) laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini.
Deloitte Malaysia, MRT Corp tandatangani perjanjian hak penamaan stesen MRT
Deloitte Malaysia telah melancarkan stesen MRT Deloitte TTDI pada Selasa, menandakan integrasinya ke dalam rangkaian 29 stesen di sepanjang laluan MRT Kajang.
Kadar kes gangguan seksual wanita di pengangkutan awam berjaya diturunkan
Kejayaan berkenaan berikutan pengenalan koc wanita selama tiga bulan di MRT Laluan Kajang bermula September lalu.
Penganggur tunjuk kemaluan di MRT didenda RM2,000
Tindakan seorang penganggur menunjukkan kemaluannya kepada seorang wanita di Transit Aliran Massa (MRT), mengundang padah apabila dia didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, pada Jumaat.
Rapid KL nafi berlaku letupan libatkan tren MRT
Rapid KL menafikan berlakunya letupan atau kebakaran melibatkan sebuah tren Transit Aliran Massa (MRT), laluan Kajang petang tadi seperti yang tular menerusi media sosial.
Dua perkhidmatan percubaan bas perantara bagi laluan T545 dan T569 bermula Isnin
Kedua-duanya akan beroperasi setiap hari dari 6 pagi hingga 11.30 malam dengan kekerapan setiap 15 minit dan tambang RM1.
Gangguan seksual: Percubaan operasi koc wanita MRT laluan Kajang hujung bulan ini
Percubaan operasi bagi koc wanita untuk perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) laluan Kajang akan dimulakan pada hujung bulan ini.