PUTRAJAYA: Sebanyak 31 projek perumahan swasta sakit melibatkan 3,299 unit rumah dipulihkan dalam tempoh 1 hingga 31 Mei 2023, kata Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Akmal Nasrullah Mohd Nasir.
Daripada jumlah itu, 28 projek perumahan telah menerima Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) manakala tiga lagi kembali lancar mengikut jadual pembinaan, katanya pada sidang media berhubung status terkini projek perumahan swasta sakit dan terbengkalai di sini hari ini.
Menurut Akmal Nasrullah, secara keseluruhan, sebanyak 149 projek perumahan swasta sakit dipulihkan melibatkan 17,436 unit rumah dengan nilai RM15.2 bilion sama ada telah menerima sijil CCC atau kembali lancar mengikut jadual pembinaan sejak Jawatankuasa Bertindak Projek Perumahan Swasta Sakit dan Terbengkalai ditubuhkan.
Jawatankuasa Bertindak Projek Perumahan Swasta Sakit dan Terbengkalai ditubuhkan pada 30 Dis 2022, yang bertujuan mencari pendekatan yang lebih berfokus dan strategik serta memberi impak positif dalam menyelesaikan isu projek sakit dan terbengkalai di negara ini.
"Jawatankuasa ini sentiasa bersedia menjadi pemudah cara dalam menyelesaikan urusan dengan kementerian (Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan) termasuk agensi berkaitan bagi tujuan mempercepat proses penyiapan dan perolehan CCC," katanya.
Mengenai kategori projek lewat pula, Akmal Nasrullah berkata setakat 31 Mei lepas, ia telah berkurangan daripada 141 projek kepada 124 projek.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 10 2023

Menurut Akmal Nasrullah, secara keseluruhan, sebanyak 149 projek perumahan swasta sakit dipulihkan melibatkan 17,436 unit rumah. - Gambar fail

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Pelaksanaan rumah mampu milik di bawah RMK12 capai 89 peratus
Sasaran penyediaan 500,000 RMM di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) kini hanya berbaki 56,741 unit rumah.

Bukan Rumah Mampu Tengok, PRR bakal dilancar tahun depan - Nga
Program Residensi Rakyat (PRR) pertama akan dilancarkan pada tahun 2025, sempena kepengerusian ASEAN yang akan diterajui oleh Malaysia.

Dasar Kerajaan MADANI tidak ketepi kepentingan kumpulan miskin - PM Anwar
Anwar berkata Kerajaan MADANI harus mengenepikan dasar yang meremehkan kepentingan kelompok yang lebih miskin.

Syarat pembinaan projek rumah MADANI perlu meliputi keselesaan dan infrastruktur lengkap - Anwar
Beliau berkata kemudahan rakyat ini termasuklah gerai MADANI yang perlu diberi penekanan dalam pembinaan projek perumahan baharu.

Simpanan Tabung Haji habis, rumah tak nampak bayang
Dia membeli rumah berharga lebih RM400,000 pada tahun 2016 itu kerana ingin memiliki sebuah kediaman lebih selesa untuk keluarganya.

Sarawak mahu jadi pemain terkemuka dunia dalam ekonomi baharu
Penekanan kepada pembangunan tenaga hijau yang giat dilaksanakan di Sarawak ialah langkah yang bertujuan menjadikan negeri ini sebagai pemain terkemuka dunia dalam ekonomi baharu.

Lebih 26,000 unit Residensi Wilayah siap dibina - Dr Zaliha
Sebanyak 43 projek melibatkan 26,154 unit kediaman telah siap dibina di bawah inisiatif Residensi Wilayah setakat Februari lepas.

Pemaju perumahan di Sarawak tidak wajib bina rumah mampu milik
Pemaju perumahan swasta yang ingin melaksanakan projek pembangunan berskala besar di Sarawak, tidak lagi diwajibkan untuk membina rumah mampu milik berkuat kuasa suku pertama tahun ini.

KPKT terus tumpu pada kesejahteraan rakyat
Tahun 2023 merupakan tahun yang agak sibuk bagi Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Perak sasar bantu selesaikan masalah lima projek perumahan terbengkalai tahun depan
Kerajaan negeri menyasarkan untuk membantu bagi menyelesaikan masalah lima projek perumahan 'sakit' atau terbengkalai di Perak tahun depan.