PUTRAJAYA: Seramai 30 hingga 40 peratus pesakit COVID berpanjangan (Long COVID) di Malaysia dapat kembali bekerja dalam tempoh tiga bulan selepas dijangkiti COVID-19, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.
Sementara itu, Khairy menerusi kenyataan hari ini berkata sebanyak 60 hingga 70 peratus pesakit pula dapat kembali bekerja dalam tempoh enam bulan selepas dijangkiti.
Menurutnya, lebih 4.4 juta individu telah berjaya sembuh daripada jangkitan COVID-19 sejak ia melanda negara lebih dua tahun lepas, namun ia mungkin permulaan pada perjuangan yang panjang ke arah pemulihan sepenuhnya bagi segelintir individu.
Beliau berkata keadaan itu boleh berlaku tanpa mengira tahap jangkitan COVID-19 iaitu kadar prevalen di dalam negara bagi individu yang mengalami gejala Long COVID setelah sembuh daripada jangkitan kategori 4 dan 5 adalah 65.1 peratus, termasuk 61.2 peratus daripadanya mengalami lebih daripada dua gejala.
Khairy berkata Kementerian Kesihatan telah memberi rawatan perubatan rehabilitasi Long COVID kepada 2,798 pesakit menerusi rawatan pesakit dalam dan 6,432 pesakit melalui rawatan pesakit luar di fasilitinya di seluruh negara sehingga April tahun ini,
"KKM akan terus menambah lebih banyak sumber dan peralatan untuk merawat serta memulihkan kes-kes Long COVID sebagai sebahagian daripada strategi untuk melindungi dan merawat mereka yang berisiko tinggi untuk dijangkiti virus COVID-19," katanya.
Antara gejala Long COVID yang kerap dialami dan boleh menyebabkan impak ke atas kefungsian serta aktiviti harian individu terkesan adalah kelesuan, kesukaran bernafas, batuk, kesakitan sendi dan otot, kesukaran tidur nyenyak, kelemahan anggota, masalah deria, kegelisahan, kekabutan otak (brain fog) dan lesi kulit.
Tanpa rawatan yang khusus dan berstruktur, keadaan tersebut boleh berterusan sehingga menjejaskan kualiti hidup individu yang mengalami gejala Long COVID, katanya.
Ia juga boleh menyebabkan kesan seperti peningkatan morbiditi, kehilangan upaya, penurunan produktiviti dan hilang punca pendapatan, yang akhirnya akan menyebabkan bebanan sosioekonomi bukan sahaja kepada individu tersebut malah keluarga, masyarakat serta ekonomi negara, katanya.
Beliau berkata individu yang mengalami gejala Long COVID serius sehingga menjejaskan kefungsian yang ketara serta menjejaskan keupayaan untuk kembali bekerja, boleh dirujuk kepada hospital yang mempunyai kepakaran perubatan rehabilitasi.
Khairy berkata perubatan rehabilitasi adalah kepakaran perubatan yang memberikan fokus kepada peningkatan kefungsian individu melalui diagnosis, rawatan kesihatan, mengurangkan kehilangan upaya serta pencegahan komplikasi.
"Intervensi program rehabilitasi bermatlamatkan kefungsian optimum fizikal, kognitif, sosial, psikologikal, vokasional dan avokasional, seiring dengan keperluan tersendiri individu yang terkesan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 10 2022

Seramai 30 hingga 40 peratus pesakit COVID berpanjangan (Long COVID) di Malaysia dapat kembali bekerja dalam tempoh tiga bulan selepas dijangkiti COVID-19, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin. - Gambar fail/BERNAMA

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Atasi gejala Long COVID menerusi senaman - Pakar
Gejala long COVID boleh menjejaskan kualiti hidup seseorang jika tidak ditangani dengan baik.

30-40 peratus pesakit 'long COVID' kembali bekerja dalam tiga bulan - Khairy
Seramai 30 hingga 40 peratus pesakit COVID berpanjangan (Long COVID) di Malaysia dapat kembali bekerja dalam tempoh tiga bulan selepas dijangkiti COVID-19, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Waspada risiko diabetes bagi kanak-kanak dijangkiti COVID-19
Hingga kini pelbagai kajian masih dijalankan termasuk bagi mengenal pasti kesan COVID-19 terhadap mereka yang dijangkiti.

Individu divaksinasi kurang alami 'long COVID' - Agensi kesihatan UK
Kesimpulan itu hasil daripada semakan baharu 15 kajian oleh Agensi Keselamatan Kesihatan United Kingdom (UKHSA) yang dikeluarkan pada Selasa.

Anak-anak perlu divaksin untuk elak kesan 'long COVID', MIS-C
Risiko kanak-kanak menerima kesan berpanjangan yang dikhuatiri melarat sehingga membawa maut boleh dielakkan dengan vaksinasi.

COVID-19: 37 peratus pesakit alami simptom 'long COVID' - Kajian
Gejala yang biasa termasuk masalah pernafasan, keletihan, kesakitan dan kegelisahan.

Derita COVID-19: Fazli Zainal imbas tragedi hitam, akui ralat lewat divaksinasi
"Saya tak tahu yang kalau saya tak divaksin kesannya seteruk sekarang ini dan itulah perkara yang membuatkan saya ralat sekarang."