SEJAK kes pertama COVID-19 dikesan di Wuhan, China pada penghujung 2019, lebih enam juta maut akibat virus itu yang hingga kini menjangkiti sekitar 455 juta penduduk dunia dengan 3.77 juta orang adalah di Malaysia termasuk lebih 33,800 daripadanya meninggal dunia.
Dalam kalangan yang pulih pula, ada yang mengalami kesan long COVID yang berterusan antara tiga hingga enam bulan selepas sembuh, dan antara gejala yang dialami ialah cepat letih dan mengalami masalah tidur.
Hingga kini pelbagai kajian masih dijalankan oleh saintis serta penyelidik termasuk bagi mengenal pasti kesan COVID-19 terhadap mereka yang dijangkiti. Terbaharu pada 7 Jan lepas, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC) mengeluarkan hasil kajiannya yang mendapati berlaku peningkatan kes diabetes yang ketara dalam kalangan golongan berusia 18 tahun ke bawah.
Kajian yang dijalankan oleh kumpulan penyelidik CDC diketuai oleh Dr Sharon Saydah itu turut menemukan risiko diabetes adalah 166 peratus lebih tinggi dalam kumpulan yang pernah dijangkiti virus tersebut berbanding mereka yang tidak dijangkiti, serta 116 peratus lebih tinggi berbanding kumpulan yang menghidap jangkitan virus respiratori akut prapandemik.
Jurnal perubatan Diabetes Care pada 2020 juga melaporkan peningkatan diabetes Jenis 1 dalam kalangan kanak-kanak semasa penularan pandemik memuncak di United Kingdom.
KEMASUKAN PICU AKIBAT COVID-19 MENINGKAT
Laporan tersebut harus dipandang serius oleh mereka yang berkenaan di negara ini memandangkan Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan kemasukan ke unit rawatan rapi pediatrik (PICU) akibat jangkitan COVID-19 semakin meningkat.
Dalam perkongsian menerusi laman Facebook rasmi KKM pada 12 Mac lepas, dilaporkan kemasukan ke PICU meningkat 94 peratus secara keseluruhan bagi jangkitan COVID-19 kategori empat dan lima.
Menurut KKM, paling ketara adalah kategori empat yang merekodkan peningkatan 200 peratus sementara kategori lima 125 peratus.
Ini disebabkan kanak-kanak berusia 11 tahun ke bawah belum mendapat perlindungan yang sewajarnya, kata KKM.
Sementara itu, menurut pakar, memang wujud kebimbangan tentang peningkatan diabetes Jenis 1 dalam kalangan kanak-kanak di Malaysia dewasa ini sekalipun kadarnya masih rendah berbanding negara-negara Scandinavia dan kawasan beriklim sederhana.
"Namun secara kasarnya, rata-rata pakar pediatrik endokrinologi kanak-kanak dalam negara ini menyatakan kebimbangan mereka kerana didapati lebih ramai kanak-kanak didiagnosis sebagai penghidap diabetes semasa pandemik COVID-19 berbanding sebelum pandemik," kata Pakar Perunding Kanan Pediatrik Endokrinologi dan Diabetes Prof Dr Muhammad Yazid Jalaludin kepada Bernama.
Mengulas lanjut, Dr Muhammad Yazid yang juga Timbalan Dekan Ijazah Dasar, Fakulti Perubatan Universiti Malaya itu berkata bagaimanapun pakar belum dapat memastikan sama ada peningkatan tersebut disebabkan oleh COVID-19 kerana tidak semua pesakit diabetes diuji untuk jangkitan tersebut.
"Namun melihat pada trend semasa di luar negara, tidak mustahil boleh terjadinya peningkatan kes diabetes dalam kalangan kanak-kanak di Malaysia," ujarnya
KAITAN COVID DAN DIABETES
Menjelaskan kaitan di antara COVID-19 dan diabetes, Dr Muhammad Yazid berkata keadaan itu berlaku akibat serangan secara terus ke atas sel pankreas yang mempunyai reseptor angiotensin converting enzime 2 (ACE2) dan boleh menyebabkan kemusnahan sel-sel beta pada pankreas yang menghasilkan insulin.
Selain itu katanya, peningkatan paras gula juga boleh berlaku akibat tindak balas sistem imun yang teruk terhadap jangkitan (cytokine storm), perubahan metabolisme gula akibat jangkitan ataupun akibat perubahan daripada pradiabetes kepada diabetes.
Menurut Dr Muhammad Yazid, rawatan COVID-19 menggunakan steroid juga boleh meningkatkan paras gula namun risiko kenaikan paras gula itu biasanya bersifat sementara.
Beliau juga tidak menolak kemungkinan diabetes semasa pandemik disebabkan pertambahan berat badan ekoran pengambilan makanan yang tidak terkawal kerana lebih ramai memilih duduk di rumah bagi mengelak risiko jangkitan COVID-19.
PEMVAKSINAN
Mengambil kira laporan CDC itu dan keadaan semasa negara, beliau berkata disebabkan masih banyak yang belum diketahui tentang COVID-19, sebaiknya langkah pencegahan diambil oleh semua peringkat usia termasuk memastikan diri divaksinasi.
Kajian CDC itu katanya menguatkan lagi kepentingan pemvaksinan COVID-19 khususnya dalam kalangan kanak-kanak dan mereka yang berisiko dijangkiti virus maut tersebut.
"Mesej kesihatan awam yang mengetengahkan risiko akibat COVID-19 dalam kalangan kanak-kanak sangatlah penting dan perlu dijalankan secara berkala. Mesej-mesej ini penting sebagai pemberitahuan kepada pengamal perubatan dan juga ibu bapa berkenaan kemungkinan berlakunya penyakit lain seperti diabetes akibat jangkitan COVID-19.
"Agensi kesihatan dan pengamal perubatan juga perlu cakna dengan kesan jangka panjang akibat COVID-19 dan perlu memantau pesakit secara berkala bagi mengesan sekiranya mereka mendapat diabetes," katanya.
Dr Muhammad Yazid seterusnya mencadangkan agar golongan berusia 18 tahun ke bawah yang pernah dijangkiti COVID-19 melakukan ujian mengesan diabetes dan penyakit lain yang berkemungkinan.
Gejala-gejala yang perlu diberi perhatian termasuk kerap membuang air kecil, peningkatan dahaga, peningkatan rasa lapar, keletihan yang melampau, sakit perut, loya atau muntah, jelas beliau.
YAKINI KEBERKESANAN VAKSIN
Sementara itu, Pakar Pediatrik dan Pediatrik Kardiologi Hospital Pakar KPJ Selangor Datuk Dr Zulkifli Ismail berkata pada masa ini masih ramai ibu bapa yang takut dan kurang yakin dengan keberkesanan vaksin COVID-19 terhadap kanak-kanak.
Kebanyakan kegusaran itu adalah tentang kesan sampingan vaksin yang dibangunkan dengan teknologi mRNA tersebut ke atas jantung atau miokarditis, katanya.
Untuk rekod, buat masa ini kerajaan hanya meluluskan penggunaan vaksin Comirnaty keluaran Pfizer-BioNTech yang dibangunkan dengan teknologi mRNA bagi program pemvaksinan COVID-19 untuk kelompok usia lima hingga 11 tahun.
Mengulas perkara itu, Dr Zulkifli berkata miokarditis atau radang jantung mungkin boleh berlaku dalam kalangan remaja dan lelaki dewasa.
"Namun jika kita lihat data dari Amerika Syarikat, bagi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun yang telah diberi vaksin berjumlah 8.7 juta dos, terdapat hanya 11 kes radang jantung. Kesemuanya tidak serius dan boleh pulang ke rumah masing-masing setelah dua hingga tiga hari. Tiada kematian direkodkan setakat ini," jelas beliau.
Mengulas lanjut, beliau berkata dalam konteks ini, pengambilan vaksin itu bertujuan mencegah jangkitan yang teruk termasuk kesan long COVID dan komplikasi Sindrom Keradangan Multisistem dalam Kanak-Kanak atau MIS-C.
"Apatah lagi jika betul adanya kaitan yang kuat di antara COVID-19 dengan penyakit diabetes seperti yang dilaporkan CDC, maka ini menjadi satu lagi sebab penting untuk ibu bapa membenarkan anak mereka diberi suntikan vaksin," tegasnya.
Setakat 9 Mac lepas, kira-kira sejuta kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun telah divaksinasi menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) daripada 1.63 juta janji temu yang dijadualkan.
SISIPAN
Penyakit diabetes atau kencing manis berlaku apabila paras gula dalam darah menjadi tinggi yang disebabkan oleh badan tidak dapat menghasilkan insulin mencukupi atau tidak dapat menggunakan insulin dengan betul.
Diabetes terbahagi kepada dua jenis yang biasa. Jenis 1 berlaku apabila pankreas tidak berupaya menghasilkan insulin kerana sel-sel yang menghasilkan insulin telah dirosakkan oleh sistem imun tubuh sendiri, dan ini biasanya memerlukan rawatan suntikan insulin.
Jenis 2 pula merujuk kepada insulin tidak sensitif yang sedia ada dalam badan pesakit dan biasanya terjadi kepada mereka yang mempunyai sejarah kencing manis dalam keluarga. Ini boleh dirawat dengan ubat-ubatan dalam bentuk pil ataupun gabungan bersama rawatan insulin.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 16 2022
Masih ramai ibu bapa yang takut dan kurang yakin dengan keberkesanan vaksin COVID-19 terhadap kanak-kanak. - Foto fail/BERNAMA
Hidup mati atas jalan raya, lindungilah kebajikan kami...
Sampai bila kebajikan pekerja gig dilayan seperti anak tiriā¦
Itu antara suara mereka yang terlibat dalam sektor ekonomi gig, menganggap gesaan pemain industri untuk menangguhkan pembentangan Rang Undang-Undang Pekerja Gig sama sekali tidak wajar.
Laporan lanjut, ikuti tinjauan disediakan wartawan Khalis Khadir.
Itu antara suara mereka yang terlibat dalam sektor ekonomi gig, menganggap gesaan pemain industri untuk menangguhkan pembentangan Rang Undang-Undang Pekerja Gig sama sekali tidak wajar.
Laporan lanjut, ikuti tinjauan disediakan wartawan Khalis Khadir.
AWFF: 'Abang Adik' menang filem terbaik di Los Angeles
Filem tersebut berjaya mengetepikan 15 filem lain dari seluruh Asia untuk memenangi Piala Snow Leopard.
AWFF: Kemenangan 'Abang Adik' subur harapan ke Oscar
Kemenangan itu menyuburkan harapan untuk melihat ia tersenarai dalam pencalonan lima terbaik di Anugerah Akademi tahun depan.
RUU Keselamatan Dalam Talian: Seimbangkan hak dan perlindungan
OSAG berkata terdapat kebimbangan mengenai beberapa penyelesaian yang dicadangkan, dan mereka kini sedang menunggu jawapan daripada Bahagian Hal Ehwal Undang-undang di bawah Jabatan Perdana Menteri
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 22 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kepengerusian ASEAN 2025: Perkukuh komuniti dan tangani cabaran serantau - Mohamad
Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia berperanan penting dalam memperkukuhkan komuniti ASEAN dan menangani cabaran serantau yang semakin kompleks, kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.
Kepengerusian ASEAN 2025: Malaysia sediakan ruang dialog pertahanan konstruktif, progresif
Malaysia berhasrat menyediakan platform serta ruang perbincangan mengenai pertahanan yang konstruktif, terbuka dan progresif untuk rakan-rakan dialog strategik semasa tempoh kepengerusian ASEAN.
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
KPDN Sarawak mencatatkan 119 kes yang melibatkan nilai rampasan sejumlah RM21.5 juta sejak pelaksanaan Ops Tiris 3.0 dari 1 Jan hingga 20 Nov lepas.
Bin Zayed International komited labur AS$2 bilion di Malaysia
BZI akan memanfaatkan hartanah, tenaga boleh baharu dan perkhidmatan kewangan untuk menarik pelaburan ke Malaysia.
Dasar ekonomi Trump boleh tambah RM19.7 bilion kepada KDNK Malaysia - Juwai IQI
Dasar ekonomi Donald Trump dijangka memberi kesan besar ke atas ekonomi Malaysia, dengan unjuran menunjukkan cara Presiden AS itu boleh menyumbang RM19.7 bilion kepada KDNK negara.
Jabatan Kesihatan Kelantan rekod tiga kematian akibat denggi
Sebanyak tiga kematian direkodkan akibat demam denggi di Kelantan setakat 9 Nov lepas, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Datuk Dr Zaini Hussin.
Pertumbuhan ASEAN diunjur kukuh pada 4.6 peratus - IMF
Pertumbuhan bagi negara anggota ASEAN diunjur pada 4.6 peratus pada 2024 dan pada 4.7 peratus pada 2025, sebahagian besarnya disokong oleh permintaan domestik dan eksport yang kukuh.
IATA gesa Thailand perkukuh sektor penerbangan
Potensi penerbangan Thailand adalah menggalakkan dengan jumlah penumpang dijangka mencatat kadar pertumbuhan tahunan kompaun sebanyak 3.88 peratus dari 2024 hingga 2043.
Wanita kreatif hasilkan seni bingkai pokok duit, kebaya dan ranting
Minat atau hobi terhadap bidang seni boleh membuahkan karya yang bukan sahaja unik serta menakjubkan tetapi juga boleh menjadi sumber kewangan.
Mahkamah arah Qantas bayar pampasan kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah
Syarikat penerbangan terbesar Australia, Qantas, diperintahkan membayar pampasan yang besar kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah semasa pandemik COVID-19.
Laporan PBB: Kemiskinan tegar dunia meningkat pertama kali dalam tempoh 20 tahun
Dunia menyaksikan peningkatan kemiskinan tegar buat pertama kali dalam tempoh 20 tahun dan ketidaksamaan meningkat dengan ketara serta kekal tinggi.
Kerajaan Sarawak belanja RM601 juta untuk 17 projek pembaharuan bandar - Awang Tengah
Kerajaan Negeri memperuntukkan RM601 juta di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) bagi melaksanakan 17 projek Pembaharuan Bandar di Sarawak.
COVID 19: Peniaga bebas, lepas tuduhan sebar berita palsu
COVID 19: PENIAGA BEBAS, LEPAS TUDUHAN SEBAR BERITA PALSU
Persidangan Kesejahteraan Mental dan Pemerkasaan Wanita bertujuan tingkat kesedaran - Nancy
Persidangan Antarabangsa mengenai Kesejahteraan Mental dan Pemerkasaan Wanita Khamis ini bertujuan meningkatkan kesedaran.