Tiga tahanan reman yang bolos daripada kawalan polis di Pulau Pinang 7 Januari lalu mengaku bersalah atas empat tuduhan memukul anggota polis serta melarikan diri dari tahanan.
Ketiga-tiga mereka ialah Mohd Farid Akhtar, 24; Mohd Sharimy Moh Noor, 28 dan Mohd Khairulnizam Abdul Rani, 26.
Mereka didakwa mencederakan anggota polis Mohd Nazzuwan Md Zain, Mohd Azizan Ahmad, Muhammad Sharifuddin Ali dan T.K. Mahendran yang mengiringi mereka dari Penjara Pulau Pinang ke mahkamah di Butterworth.
Bagi pertuduhan itu, mereka berdepan hukuman penjara maksimum tiga tahun dan denda manakala bagi pertuduhan lolos tahanan, penjara dua tahun atau denda.
Maut
Ketiga-tiga mereka bolos bersama empat yang lain di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth dekat plaza tol di Bagan Ajam, sebelum ditahan semula enam hari kemudian.
Dua tahanan, Mohd Farid Adam, 31, yang juga ketua kumpulan Joe Mafia serta orang kanannya, Mohd Noor Mohd Mustafa, 28, mati ditembak dalam kejadian berbalas tembak dengan polis empat hari selepas bolos.
Buru
Dua lagi tahanan, Mohd Hamzani Harun dan Nor Hisham Abdul Rahman masih diburu.
Majistret Hzween Azleena Othman Kamal menetapkan 5 Mac ini untuk pihak pendakwaan mengemukakan dokumen berkaitan kes
Mahkamah tidak membenarkan ketiga-tiga tertuduh diikat jamin sementara menunggu tarikh berkenaan. Mereka tidak diwakili oleh peguam.
Astro Awani
Fri Jan 25 2013
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Kegagalan daripada segi komunikasi punca Malaysia bolos - Irfan
Tiga kesilapan individu berlaku sehingga Jordan mudah mengambil kesempatan, membawa kepada tiga bolos.

UCL: Marquinhos ratapi 'dua gol bodoh' dibolosi PSG
PSG di landasan terbaik untuk menang ke atas City dalam separuh akhir pertama hasil jaringan Marquinhos sebelum pelawat bangkit dalam separuh masa kedua.

Sempadan perairan negara: APMM perhebat kawalan ketat
Sepanjang 2020, pasukan Maritim membawa banyak kejayaan dalam mengekang penyeludupan dan cubaan individu memasuki negara secara haram.

Selepas Rohingya timbul Chin, di manakah kesudahannya?
Pendedahan bahawa terdapat 1,000 pendatang tanpa izin dari etnik Chin di Pudu, Kuala Lumpur semakin memanaskan isu pendatang tanpa izin di negara kita.

Gara-gara penjaga gol silap 'timing' teguk air, hukumannya gawang bolos!
Kesilapan Flekken sebagai penjaga gol MSV Duisburg sewaktu menentang Ingolstadt menjadi tumpuan ramai penonton yang tidak kurang mengkritik perbuatan tersebut.

Warga asing mudah bolos, penguatkuasaan sekitar perairan Langkawi didakwa longgar
Penduduk Langkawi dakwa rakyat tempatan mudah ke negara jiran menggunakan perairan sekitar pulau tersebut biarpun tidak ada passport.
3 tahanan bolos didakwa di mahkamah
Tiga tahanan reman yang bolos daripada kawalan polis di Pulau Pinang 7 Januari lalu mengaku bersalah di mahkamah.