TANGKAK: Polis akan memanggil pemandu serta penumpang kenderaan pacuan empat roda yang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Kilometer 13, Jalan Sengkang-Teratai di sini, pada Khamis untuk memberikan keterangan bagi tujuan siasatan.
Pemangku Ketua Polis Daerah Tangkak, Deputi Superintenden Idris Abdul Rahman berkata, ketika ini kesemua mereka dilaporkan berada di Hospital Muar bagi mendapatkan rawatan akibat kecederaan yang dialami.
“Sekarang ini mereka masih di Zon Merah tapi kita akan panggil jugalah (untuk berikan keterangan).
“Apa pun setakat ini, kita masih teruskan siasatan berhubung perkara (kemalangan) ini,” katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.
Pada petang Khamis, tiga sekeluarga maut manakala lima lagi cedera termasuk seorang parah dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta Toyota Altis dan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux.
Kemalangan kira-kira jam 4.30 petang itu berlaku apabila Toyota Altis dari arah Bukit Gambar telah dilanggar oleh Toyota Hilux yang dipercayai datang dari arah Kampung Teratai.
Akibat perlanggaran tersebut, pemandu, penumpang hadapan serta seorang penumpang di bahagian belakang kereta meninggal dunia di tempat kejadian, sementara seorang lagi penumpang belakang cedera parah dan dibawa ke Hospital Tangkak bagi mendapatkan rawatan.
Pemandu dan penumpang Toyota Hilux pula dihantar ke Hospital Muar bagi mendapatkan rawatan lanjut.
Sementara itu Idris berkata, pihaknya tidak dapat mengulas mengenai punca sebenar kemalangan termasuk dakwaan kemungkinan pemandu pacuan empat roda tersebut berada di bawah pengaruh alkohol.
“Setakat ini siasatan kita tak sampai situ, tapi apa pun, Toyota Hilux keluar dari kebun dan bila keluar dari kebun itu, dah makan jalan sampai bertembung dengan kereta Toyota Altis.
“Apapun, kita masih menyiasat punca sebenar kemalangan dan berharap ia (siasatan) akan selesai dalam masa terdekat,” katanya. -- Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Jun 02 2023

Keadaan di lokasi kemalangan di KM13 Jalan Sengkang-Teratai pada Khamis. - Foto JBPM
Pembuat seramik di Hebron perkenal produk baharu
Dalam usaha meningkatkan jualan sempena bulan suci Ramadan, seorang pembuat seramik di Hebron, Loai Ghaith menghidupkan semula perniagaan keluarganya dengan memperkenalkan produk dan reka bentuk baharu.
Kemelut kewangan buat GLC hati-hati melabur - Bront Palarae
Kemelut kewangan tahun lalu di negara ini membuatkan setiap syarikat berkaitan Kerajaan berhati-hati untuk melabur dalam bakat tempatan.
Farkhan kini di belakang tabir, lahirkan atlet tinju berkualiti
Pengerusi Persatuan Tinju Johor, Farkhan Haron kini fokus membangunkan bakat baharu dan memastikan Johor terus melahirkan atlet tinju berkualiti.
Teknologi bukan alasan untuk alpa dan lalai dalam ibadah
Pendakwah bebas dan pengacara, Izmir Fareez Norazlan berpendapatan masyarakat sudah tersalah guna teknologi, yang menyebabkan umat islam jadi semakin alpa ketika mahu beribadah
PM Anwar seru umat islam perkukuh ibadah dan takwa
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru umat Islam di Malaysia untuk memperkukuh amal ibadah dan meningkatkan ketakwaan dalam menghayati keberkatan bulan Ramadan.
Peniaga dilarang guna akuarium ganti balang air - KKM
Peniaga termasuk di Bazar Ramadan, dilarang menggunakan peralatan yang pembuatannya bukan untuk tujuan penyimpanan atau penyediaan makanan, dalam mengendalikan bahan jualan mereka.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 1 Mac 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Penyokong, penentang Presiden Korea Selatan berhimpun di Seoul
Lebih 60,000 penunjuk perasaan Korea Selatan termasuk penyokong dan penentang Presiden Korea Selatan, Yoon Suk-Yeol mengadakan perhimpunan di Dataran Gwanghwamun pada Sabtu.

Nik Nazmi umum jawatan Naib Presiden PKR, Ketua Cabang Setiawangsa
Nik Nazmi Nik Ahmad malam ini mengumumkan akan mempertahankan jawatan Naib Presiden PKR dan Ketua Cabang Setiawangsa dalam pemilihan parti itu yang dijadual pada 24 Mei.

3 maut, 5 cedera jambatan runtuh di Korea Selatan
Sebuah jambatan runtuh di tapak pembinaan lebuh raya di Cheonan, Korea Selatan mengakibatkan tiga pekerja maut dan lima yang lain cedera.

Tiga lelaki maut dalam kemalangan dua kereta di Tangkak
Tiga lelaki maut dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Kilometer 45 Jalan Muar-Segamat di Tangkak, malam tadi.

3 maut dalam serangan pisau di Shanghai
Tiga orang terbunuh dan 15 yang lain cedera dalam serangan pisau di sebuah pasar raya di Shanghai pada Isnin.

Tiga maut dirempuh pacuan empat roda ketika baiki treler rosak
Tiga lelaki maut dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda ketika membaiki treler rosak di Jalan Merapoh-Kuala Lipis, Lipis.

Tiga kematian babit peserta RXZ Members 6.0 direkodkan
Polis mengeluarkan 89 saman atas pelbagai kesalahan sepanjang dua hari operasi.

Kebakaran Pitas: Identiti mangsa rentung dikenal pasti, dua beranak antara korban
Identiti tiga mangsa yang dilaporkan rentung dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Blok 5, Pitas, telah dikenal pasti.

Tiga maut lori terbalik jatuh gaung
Tiga lelaki maut dipercayai tercampak dan jatuh ke dalam gaung apabila lori dinaiki mereka terbalik di Projek Di Raja Lojing di Gua Musang.

Tragedi pagi Syawal: 3 maut, 3 parah dilanggar ketika ke masjid untuk solat Aidilfitri, pemandu positif ganja
Kereta yang dipandu seorang lelaki warga tempatan dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke kiri bahu jalan.

Tiga maut nahas helikopter di Switzerland
Tiga maut dalam nahas helikopter di Switzerland pada Selasa, menurut polis.

Tiga maut, seorang parah kemalangan di Jalan Kuala Kubu Bharu
Dua lelaki dan seorang wanita maut manakala seorang cedera parah dalam kemalangan membabitkan dua kereta di Jalan Kuala Kubu Bharu.