Dalam kemalangan jam 2.44 pagi itu, dua lelaki yang berada dalam kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux terbabit dilaporkan cedera manakala dua lagi penumpang selamat.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian jam 2.44 pagi.
Menurutnya, sepasukan anggota bomba bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lipis ke lokasi yang berada 84 kilometer dari balai sebelum tiba ke tempat kejadian kira-kira sejam kemudian.
"Ketika tiba di lokasi mendapati tiga mangsa maut, dua cedera dan dua selamat dalam kemalangan tersebut.
"Semua mangsa telah dikeluarkan oleh orang awam," katanya.
Zulfadli berkata, mangsa yang cedera diberikan rawatan awal dan diserahkan kepada pihak kesihatan manakala mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. -- Sinar Harian