Ringkasan AI
- Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya menghalang 3,012 cubaan penyeludupan pelbagai barangan dari Januari hingga Mei, termasuk dadah, rokok, dan minuman keras, dengan nilai cukai RM303.9 juta.
- JKDM telah mengambil langkah-langkah seperti memperkenalkan transaksi dalam talian dan mengemaskini maklumat dasar percukaian, serta menggunakan teknologi seperti mesin pengimbas yang dilengkapi kecerdasan buatan untuk memodenkan prosedur pelepasan kastam.
- Audit Verifikasi Pematuhan (AVIP) adalah strategi audit baharu JKDM bagi 2024-2026 yang bertujuan meningkatkan pematuhan entiti perniagaan berdaftar, mengesan ketidakpatuhan awal, dan mengurangkan risiko liabiliti cukai yang lebih besar.
Berucap pada Majlis Pelancaran Audit Verifikasi Pematuhan (AVIP) di sini hari ini, beliau berkata ia termasuk kes penyeludupan dadah, rokok, minuman keras dan lain-lain komoditi membabitkan nilai cukai RM303.9 juta.
"Sejak akhir-akhir ini, banyak isu terpalit dengan Kastam, namun ia tidak patahkan semangat dan jati diri Kastam dalam melaksana tanggungjawab sedia ada," katanya.
Anis Rizana berkata JKDM selaku barisan pertahanan sempadan negara, telah melaksanakan pelbagai inisiatif bagi memastikan tidak berlakunya ketirisan hasil negara antaranya pengenalan transaksi dalam talian dan pengemaskinian maklumat berkaitan dasar percukaian bagi memudahkan entiti perniagaan dan orang awam mendapatkan maklumat terkini.
"Kedua, memodenkan prosedur pelepasan kastam dengan menggunakan teknologi dan inovasi seperti mesin pengimbas yang dilengkapi teknologi kecerdasan buatan untuk menyelaraskan beberapa perkara," katanya.
Mengenai AVIP, beliau berkata ia merupakan strategi audit baharu JKDM bagi tempoh 2024-2026 yang memberi tumpuan untuk mendapatkan sebanyak mungkin entiti perniagaan khususnya yang telah berdaftar atau berlesen dengan JKDM berdasarkan penarafan risiko.
Strategi tersebut bertujuan meningkatkan tahap pematuhan entiti perniagaan dan mengesan ketidakpatuhan pada peringkat awal bagi mengurangkan risiko atau kesilapan iaitu jika tidak dibendung lebih awal akan memberi kesan ke atas liabiliti cukai yang lebih besar.
-- BERNAMA