KUALA LUMPUR: Sebanyak 28 lagi lokaliti dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Perak, Sabah dan Pahang bermula 6 sehingga 19 Jun 2021.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pelaksanaan PKPD ini memudahkan Kementerian Kesihatan (KKM) menjalankan pengesanan awal kes COVID-19.
SENARAI LOKALITI YANG DIKENAKAN PKPD:
PERAK
PKPD Kampung Dato' Ahmad Said Tambahan 2, Mukim Ulu, Kinta.
*Sebanyak 24 kes positif COVID-19 direkodkan KKM selepas 243 saringan dijalankan ke atas penduduk. KKM melaporkan kadar kebolehjangkitan tinggi di lokaliti tersebut.
PKPD Taman Kerian Tambahan, Parit Buntar, Kerian.
*Sebanyak 63 kes positif COVID-19 telah direkodkan selepas 408 ujian saringan dijalankan. Kadar positiviti di lokaliti tersebut sebanyak 15.4 peratus.
PKPD di tiga perkampungan di Batu 9 Lekir, Mukim Lekir, Manjung.
*PKPD ini melibatkan tiga buah kampung iaitu Kampung Tanjung Kepah, Kampung Batu 9 dan Kampung Sungai Lombong.
*KKM mendapati berlaku peningkatan kes yang ketara di tiga lokaliti itu apabila 57 kes positif telah direkodkan daripada 132 ujian saringan. KKM memaklumkan kadar positiviti di lokaliti itu sebanyak 43.2 peratus.
PKPD Taman Berkat, Mukim Matang daerah Larut, Matang dan Selama.
*Sehingga kini, sebanyak 24 kes positif telah direkodkan selepas KKM melakukan 204 saringan ke atas penduduk di lokaliti tersebut dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi di lokaliti.
PKPD di dua kampung Mukim Pengkalan Hulu dan 2 kampung Mukim Kerunai, Hulu Perak.
*PKPD ini melibatkan Kampung Air Panas dan Kampung Kuak Luar dalam Mukim Pengkalan Hulu serta Kampung Alai dan Kampung Baharu di Mukim Kerunai.
*Sehingga kini, sebanyak tujuh kes positif COVID-19 telah direkodkan di Kampung Air Panas dan Kampung Kuak Luar hasil daripada 41 ujian saringan dijalankan oleh KKM.
*Sebanyak 42 ujian saringan juga dijalankan di Kampung Alai dan Kampung Baharu (sebahagian dari Kampung Lalang) dan 18 daripadanya disahkan positif.
SABAH
PKPD di tiga lokaliti dalam daerah Papar.
*PKPD ini melibatkan Kampung Gusi Kinarut, Kampung Tengah Kinarut dan Kampung Benoni.
*Sehingga kini, sebanyak 15 kes positif telah direkodkan di Kampung Gusi Kinarut hasil daripada 56 ujian saringan.
*Lapan kes daripada 18 yang disaring di Kampung Tengah Kinarut manakala lima kes lagi di Kampung Benoni selepas 18 penduduk disaring.
PKPD Lorong Ulu Sibuga 5 & 9, Fasa 7 Taman Mawar, Sandakan.
*Sehingga kini, sebanyak 18 kes positif telah direkodkan selepas KKM melakukan 28 saringan dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi di lokaliti tersebut.
PKPD Taman Wangsa, Jalan Telipok, Kota Kinabalu.
*Sehingga kini, sebanyak sembilan kes positif telah direkodkan selepas KKM melakukan 12 ujian saringan dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi di lokaliti tersebut.
PKPD Kampung Perpaduan, Pulau Banggi, Kudat.
*Sehingga kini, KKM telah melakukan 38 ujian saringan dan lapan daripadanya disahkan positif COVID-19. KKM juga mendapati berlaku peningkatan kes dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi di lokaliti ini.
PAHANG
PKPD di 14 lokaliti di Bandar Bentong
*PKPD ini melibatkan 14 kawasan di Bandar Bentong iaitu Kampung Chamang Lama/Baru, Taman Bukit Chamang, Kawasan Perindustrian Bentong.
*Kampung Baru/Taman Saga/Taman Bukit Indah, Kampung Sungai Marong, Taman Bukit Bentong, Taman Hussin/Taman Syahbandar, Kampung Perting/Kampung Kemansur/Kampung Kuala Repas, Bentong Heights.
*Rumah Murah Batu 1/PPRT Batu 1,Taman Bentong Makmur, Taman Harmoni, Taman Kolej dan Taman Desa Damai.
*Sejak 17 Mei sehingga 31 Mei 2021, sebanyak 209 kes positif COVID-19 telah dilaporkan sekitar bandar Bentong selepas ujian saringan dijalankan ke atas 914 orang penduduk di situ.
Dalam pada itu, Ismail Sabri, mengumumkan PKPD di lapan lokaliti akan ditamatkan esok iaitu:
PKPD Rumah Panjang Nyalu anak Francis, Mukah,Sarawak; PKPD Felda Kahang Timur, Kluang, Johor; PKPD Rumah Panjang Nyalu, Jalan Mukah-Selangau, Mukah, Sarawak.
PKPD Kampung Lubok Redan, Alor Gajah, Melaka; PKPD Kampung Batu Muda Tambahan dan PPR Kampung Limau, Kuala Lumpur; PKPD 3 perkampungan di Mukim Bunut Susu, Pasir Mas, Kelantan.
PKPD Asrama Pekerja Kilang Oceanic Fabric Mill dan Asrama Pekerja Kilang Purnabina, Kluang, Johor dan PKPD Kampung Pagar Sungai Imam, Tawau, Sabah.
Fareez Azman
Fri Jun 04 2021

Ismail Sabri berkata, pelaksanaan PKPD ini memudahkan Kementerian Kesihatan (KKM) menjalankan pengesanan awal kes COVID-19. - Gambar fail
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.

PRK Pelangai: Siapa pun calon, dia wakili parti - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, tidak sepatutnya timbul isu berhubung siapa yang dipilih bertanding kerana pada akhirnya, calon itu akan tetap membawa nama dan imej parti.

Pinda Akta DBP, beri kuasa ambil tindakan salah guna bahasa Melayu - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, perkara itu merupakan sebahagian daripada usaha semasa pentadbirannya, namun tidak sempat dilaksanakan disebabkan pertukaran Kerajaan.

Tidak bersara, Ismail Sabri akan terus aktif politik walaupun bukan lagi Naib Presiden
Ismail Sabri berkata beliau juga akan kekal menjalankan tanggungjawab sebagai Ketua UMNO Bahagian Bera selepas menang tanpa bertanding.

Kerajaan 'caretaker' bersidang seperti biasa, bentang bajet mini untuk gaji penjawat awam
Kerajaan semasa akan kekal sebagai kerajaan caretaker sekiranya tiada mana-mana parti membentuk kerajaan dalam masa terdekat ini.

Pasca PRU15: 'BN tak sokong mana-mana gabungan bentuk kerajaan' - Ismail Sabri
Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) telah membuat keputusan untuk tidak menyokong mana-mana gabungan untuk membentuk kerajaan.

PRU15: Ismail Sabri tiba di Istana Negara
Tujuan sesi menghadap antara Perdana Menteri dan Yang di-Pertuan Agong berkenaan masih menjadi tanda tanya.

MH17: Malaysia berpuas hati dan sokong keputusan Mahkamah The Hague - PM
Malaysia sentiasa berpendirian bahawa perbicaraan yang dijalankan mesti berlandaskan kebenaran, keadilan dan tanggungjawab.

PRU15: 'Deklarasi Profesor Melayu G70 sokong Anwar' tidak wakili MPN - Ismail Sabri
Perkara itu dimaklumkan Presiden MPN sendiri, Profesor Datuk Dr Raduan Che Rose ketika dihubunginya pada Rabu.

Banjir: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri seluruh negara telah diaktifkan - PM
Ismail Sabri berkata, fokus gerak kerja di peringkat negeri dan daerah telah bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

PRU15: 'Saya masih calon PM untuk BN, tiada perubahan' - Ismail Sabri
Jelas Ismail Sabri, tiada perubahan mengenai keputusan yang telah dibuat BN sebelum ini.