KUALA LUMPUR: Jumlah kanak-kanak di bawah umur 18 tahun pada 2023 dianggarkan 9.13 juta iaitu meliputi 27.4 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk Malaysia sebanyak 33.38 juta.
Ketua Perangkawan Malaysia Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata berdasarkan Statistik Kanak-Kanak Malaysia, 2023 yang diterbitkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) hari ini, bilangan kanak-kanak lelaki dan perempuan di bawah umur 18 tahun masing-masing ialah 4.72 juta dan 4.42 juta.
"Sementara itu, komposisi kanak-kanak di bawah umur lima tahun pada 2023 ialah 2.35 juta dengan 1.21 juta kanak-kanak lelaki dan 1.14 juta kanak-kanak perempuan. Kumpulan umur ini meliputi 25.7 peratus daripada jumlah kanak-kanak di Malaysia," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata Wilayah Persekutuan Putrajaya merekodkan peratusan tertinggi kanak-kanak di bawah umur 18 tahun pada 2023 iaitu 41.1 peratus daripada jumlah penduduk diikuti Kelantan (34.4 peratus) dan Terengganu (33.5 peratus).
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pula mencatatkan peratusan terendah iaitu 22.6 peratus.
"Bagaimanapun, Selangor merekodkan bilangan kanak-kanak di bawah umur 18 tahun tertinggi iaitu 1.81 juta, diikuti Johor (1.11 juta) dan Sabah (1.10 juta). Bilangan kanak-kanak di bawah umur 18 tahun yang terendah direkodkan di Wilayah Persekutuan Labuan iaitu 0.03 juta," katanya.
Statistik berkenaan juga menunjukkan kanak-kanak di bawah umur lima tahun yang mengalami kekurangan nutrisi yang teruk di peringkat nasional meningkat sedikit kepada 0.3 peratus pada 2022 berbanding 0.2 peratus pada 2021.
Sementara itu, penemuan dalam bidang pendidikan menunjukkan bilangan murid di sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan pada 2022 ialah 4.96 juta, meningkat 0.6 peratus daripada 4.93 juta pada 2021.
Bilangan murid di sekolah swasta pula mencatatkan penurunan 1.2 peratus kepada 0.42 juta berbanding 0.43 juta dalam tempoh yang sama.
"Daripada perspektif perlindungan kanak-kanak, bilangan kanak-kanak yang memerlukan pemeliharaan dan perlindungan pada 2022 meningkat 10.2 peratus kepada 6,770 orang berbanding 6,144 orang pada 2021.
"Lebih ramai kanak-kanak perempuan yang memerlukan pemeliharaan dan perlindungan iaitu 4,303 orang berbanding kanak-kanak lelaki (2,467 orang) pada 2022. Komposisi kanak-kanak yang memerlukan pemeliharaan dan perlindungan ialah bumiputera (73.5 peratus), Cina (7.5 peratus), India (9.0 peratus) dan lain-lain (10.1 peratus)," katanya.
Dalam pada itu, bilangan kanak-kanak yang terlibat dengan jenayah pada 2022 merekodkan penurunan sebanyak 12.8 peratus iaitu 3,013 kes berbanding 3,457 kes pada 2021, manakala bilangan kes jenayah seksual yang melibatkan kanak-kanak meningkat 9.5 peratus pada 2022 dengan 1,621 kes berbanding 1,481 kes pada tahun sebelumnya.
Penerbitan Statistik Kanak-Kanak, Malaysia, 2023 boleh dimuat turun secara percuma melalui portal Jabatan Perangkaan Malaysia (www.dosm.gov.my).
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 01 2023

Bilangan kanak-kanak lelaki dan perempuan di bawah umur 18 tahun masing-masing ialah 4.72 juta dan 4.42 juta. - Gambar hiasan

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

27.4 peratus penduduk Malaysia kanak-kanak, remaja bawah 18 tahun
Jumlah kanak-kanak di bawah umur 18 tahun pada 2023 dianggarkan 9.13 juta iaitu meliputi 27.4 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk Malaysia sebanyak 33.38 juta.