Gara-gara makan spageti dengan daging cincang, seramai 23 pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di sini terpaksa dihantar ke hospital akibat keracunan makanan.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam, Integrasi Nasional dan Kampung Baharu, Datuk Dr Mah Hang Soon berkata, kesemua pelajar yang terdiri daripada 11 lelaki dan 12 perempuan terbabit berkemungkinan besar mengalami keracunan makan selepas menjamah makanan terbabit ketika makan malam pada Ahad lalu.
Katanya, kesemua pelajar terlibat mula menunjukkan simptom keracunan makanan sejak pagi tadi sebelum dihantar ke Hospital Gerik dan sebuah poliklinik berdekatan untuk mendapatkan rawatan.
"Jabatan Kesihatan Negeri telah menerima laporan mengenai kejadian keracunan makanan daripada Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Hulu Perak pada jam 12.45 tengah hari tadi.
"Kesemua mereka bagaimanapun mengalami gejala ringan dan hanya mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar serta tiada kes yang dimasukkan ke dalam wad," katanya ketika dihubungi pada Selasa.
Susulan kejadian itu, dapur asrama MRSM terbabit telah ditutup dibawah Akta Pengawalan dan Pencegahan Penyakit Berjangkit 1988.
"Antara tindakan lain yang diambil oleh PKD juga termasuk memberi pendidikan kesihatan kepada kesemua 444 pelajar serta warga sekolah berkenaan," ujar beliau.
Siasatan lanjut ketika ini sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar keracunan makanan itu.
Shafiq Noordin
Tue Jan 09 2018
Seramai 23 pelajar MRSM Gerik mengalami keracunan makanan selepas makan spageti dengan daging cincang di kantin sekolah mereka. - Gambar hiasan
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta pastikan kemampanan sektor air
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air.
Menendez didapati bersalah ke atas 16 pertuduhan rasuah
Juri di Mahkamah Persekutuan Manhattan membacakan keputusannya pada Selasa selepas berbincang selama lebih 12 jam selama tiga hari.
Tindakan keras terhadap penjualan racun makhluk perosak haram - CAP
CAP menggesa Lembaga Racun Makhluk Perosak segera mengambil tindakan keras terhadap penjualan racun makhluk perosak haram di negara ini dan menguatkuasakan dengan tegas Akta Racun Perosak 1974.
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab dari segi kemahiran dan keupayaan sosial.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya, seperti mahkamah syariah, pegawai penguatkuasa agama dan peguam syarie.
Kerajaan teliti kaedah baharu lantikan tetap
Kerajaan sedang meneliti kaedah baharu lantikan tetap bagi memastikan pengurusan kewangan negara yang lebih mampan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa berkata hasil kajian tersebut akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri untuk pertimbangan dan kelulusan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa berkata hasil kajian tersebut akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri untuk pertimbangan dan kelulusan.
PDRM gerak unit skuba forensik, K9 cari bukti hari ini
Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menggerakkan unit skuba (Unit Forensik) serta Unit Anjing Pengesan (K9) ke lokasi penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah, 25, di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, pagi esok.
Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor DSP Mohd Asri Mohd Yunus ketika dihubungi Bernama berkata proses mencari bahan bukti akan dimulakan sekitar jam 9 pagi di kawasan parit berhampiran ladang kelapa sawit berkenaan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor DSP Mohd Asri Mohd Yunus ketika dihubungi Bernama berkata proses mencari bahan bukti akan dimulakan sekitar jam 9 pagi di kawasan parit berhampiran ladang kelapa sawit berkenaan.
Dewan Rakyat: Langkah meknoktahkan kemisikan tegar di Sabah antara tumpuan hari ini
Langkah-langkah untuk meknoktahkan kemiskinan tegar di Sabah terutamanya di lapan daerah yang dikategorikan termiskin di Malaysia antara tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Kagame, menang 99.5 peratus pilihan raya Rwanda
Paul Kagame meneruskan khidmatnya buat penggal keempat berturut-turut sebagai Presiden Rwanda, selepas memenangi 99.15 peratus undi dalam pilihan raya negara itu.
Polis kerah lebih 300 anggota kawal perlawanan Piala FA
Seramai 351 anggota polis ditugaskan bagi mengawal perlawanan separuh akhir Piala FA antara Terengganu FC (TFC) dengan Selangor FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) Jumaat ini.
Pengambilan, pengeluaran kupang di Port Dickson masih dilarang
Jabatan Perikanan Negeri Sembilan masih menguatkuasakan larangan pengeluaran dan pengambilan kupang dan kerang-kerangan di Port Dickson.
Bekas pengarah syarikat import eksport didenda kemuka dokumen palsu
Seorang bekas pengarah syarikat import eksport didenda RM21,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini setelah mengaku bersalah atas empat pertuduhan mengemukakan dokumen mengandungi maklumat palsu.
Pemain keracunan makanan, sekat Malaysia sambar emas futsal AUG 2024
Perlawanan tersebut menyaksikan Malaysia terpaksa akur meraih pingat perak selepas dikecewakan tuan rumah 4-1 pada aksi final.
Keracunan: Kantin sebuah sekolah di Batu Pahat diarah tutup
Arahan penutupan berkuat kuasa bermula Jumaat sehingga 11 Julai itu dikeluarkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Batu Pahat.
KKM pandang serius isu lambakan, keselamatan makanan disumbangkan ke rumah kebajikan
Kementerian Kesihatan memandang serius isu lambakan dan status keselamatan makanan disumbangkan ke rumah kebajikan serta pusat tahfiz yang boleh menyebabkan kejadian keracunan makanan.
Keracunan makanan Gombak: 15 termasuk pengusaha katering dirakam keterangan
Mereka yang dipanggil terdiri daripada ahli keluarga mangsa, pakar patologi, penyedia makanan dan pembekal.
Keracunan makanan: 11 mangsa masih terima rawatan di hospital
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, semua mereka masih menerima rawatan dan dilaporkan dalam keadaan stabil.
24 pelajar sekolah di Jempol dirawat akibat keracunan makanan
Sembilan daripada mereka dibenarkan pulang Khamis sementara 15 lagi masih berada di wad Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah.
Polis rakam lapan keterangan berkaitan kes keracunan makanan di Gombak
Polis merakam keterangan lapan individu dalam siasatan kes kematian seorang remaja 17 tahun dan seorang kanak-kanak dua tahun yang disyaki akibat keracunan makanan.
2 mati keracunan makanan: KKM dalam proses siasatan
Insiden seorang pelajar tingkatan lima dan seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun yang meninggal dunia akibat keracunan makanan pada Isnin masih dalam proses siasatan KKM.