Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu menetapkan 23 Nov depan untuk menyambung perbicaraan kes saman fitnah RM2 juta oleh bekas calon PKR bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Mohd Shamsul Mat Amin terhadap Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa membuat keputusan itu berikutan kegagalan pihak plaintif mengemukakan seorang lagi saksi daripada akhbar Kosmo untuk memberi keterangan.
Abdul Hadi hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, yang diiringi kira-kira 1,000 penyokong, untuk memberi keterangan sebagai saksi defenden hari ini untuk mengetepikan perintah penghakiman ingkar terhadapnya dalam kes saman itu.
Peguam Hadi Asmuni Awi ketika ditemui di luar mahkamah berkata dalam perbicaraan hari ini plaintif telah memanggil seorang sahaja saksi iaitu Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Bandar Azan Ismail bagi memberi keterangan.
"Sepatutnya seorang lagi plaintif daripada Kosmo, bagaimanapun tidak dapat hadir sungguhpun waran tangkap telah dikeluarkan, tapi waran tangkap tidak dapat dilaksanakan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di luar mahkamah.
Katanya selain Hadi, turut hadir memberi keterangan sebagai saksi defenden ialah ADUN Alur Limbat Ariffin Deraman.
Pada 23 Feb lepas Abdul Hadi diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi untuk membayar ganti rugi RM2 juta kepada Mohd Shamsul selepas gagal memasukkan kehadiran bagi menjawab atau memfailkan pembelaan terhadap saman yang dikemukakan oleh Shamsul pada 5 Dis tahun lalu.
Mohd Shamsul mengambil tindakan itu selepas Abdul Hadi mengeluarkan kenyataan bahawa ada calon PKR yang menjual pil kuda menjelang pilihan raya umum lepas sebagai alasan untuk PAS meletakkan calonnya bertanding di DUN Bukit Besi sehingga menyaksikan berlaku pertandingan tiga penjuru.
Dalam pernyataan tuntutannya Mohd Shamsul mendakwa ucapan Abdul Hadi dalam ceramah di Kampung Tebakang Alor Limbat, Marang pada 22 April 2013 telah menjatuhkan maruahnya dan keluarga serta menjejaskan reputasinya sebagai calon dan ahli perniagaan.
Bernama
Tue Oct 28 2014
Mahkamah menetapkan 23 Nov depan untuk menyambung perbicaraan kes saman fitnah RM2 juta oleh Mohd Shamsul Mat Amin terhadap Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar).
“Ambil tahu situasi di Asia Barat” - Amaran Tun M kepada negara kecil
Sekiranya negara-negara kecil diceroboh dan rakyatnya dibunuh beramai-ramai, boleh dijangka tiada bantuan daripada mana-mana pihak.
Jurutera Singapura rugi RM1.9 juta ditipu pelaburan tidak wujud
Tertarik janji keuntungan lima hingga 12 peratus, jurutera Singapura kerugian RM1.9 juta akibat penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Portal Bahasa Inggeris Astro AWANI berwajah baharu mulai 21 Oktober ini
Halaman lebih menarik, kandungan lebih komprehensif, portal Bahasa Inggeris kelolaan Astro AWANI bakal tampil berwajah baharu mulai Isnin ini.
Tingkat capaian Internet, anjak produktiviti IPTA dan taraf hidup - MCMC
Peruntukan sebanyak RM320 juta untuk peningkatan capaian Internet dalam Belanjawan 2025 mampu menganjak produktiviti institusi pendidikan serta taraf hidup rakyat.
[TERKINI] Bot karam | Operasi kesan lima mangsa disambung pagi ini
Operasi mencari lima mangsa hilang dalam insiden bot karam sewaktu sesi Latihan Regata di Sungai Sarawak disambung semula pagi ini.
Difahamkan operasi hari ini dipecahkan kepada dua bahagian, iaitu melalui lokasi kejadian ke arah muara iaitu menuju laut dan satu lagi muara sungai ke bahagian atas.
Untuk perkembangan lanjut kita bersama wakil Astro AWANI di Sarawak, Rudi Affendi Khalik.
Difahamkan operasi hari ini dipecahkan kepada dua bahagian, iaitu melalui lokasi kejadian ke arah muara iaitu menuju laut dan satu lagi muara sungai ke bahagian atas.
Untuk perkembangan lanjut kita bersama wakil Astro AWANI di Sarawak, Rudi Affendi Khalik.
[TERKINI] Bot karam | Operasi kesan lima mangsa disambung pagi ini
Operasi mencari lima mangsa hilang dalam insiden bot karam sewaktu sesi Latihan Regata di Sungai Sarawak disambung semula pagi ini.
Difahamkan operasi hari ini dipecahkan kepada dua bahagian, iaitu melalui lokasi kejadian ke arah muara iaitu menuju laut dan satu lagi muara sungai ke bahagian atas.
Untuk perkembangan lanjut kita bersama wakil Astro AWANI di Sarawak, Rudi Affendi Khalik.
Difahamkan operasi hari ini dipecahkan kepada dua bahagian, iaitu melalui lokasi kejadian ke arah muara iaitu menuju laut dan satu lagi muara sungai ke bahagian atas.
Untuk perkembangan lanjut kita bersama wakil Astro AWANI di Sarawak, Rudi Affendi Khalik.
Israel dedah video lokasi serangan ke atas Yahya Sinwar
Israel mendedahkan satu rakaman video memaparkan serangan kereta kebal ke atas sebuah bangunan yang menempatkan pemimpin Hamas, Yahya Sinwar pada Jumaat.
AWANI Pagi: Analisis pasca pembentangan Belanjawan 2025
Awani Pagi 8.30 hari ini bersama dua tetamu, Penganalisis Ekonomi, Prof Dr Barjoyai Bardai & Prof Datuk Dr Shazali Abu Mansor, Pro Vice Chancellor Icats University College Kuching mengulas mengenai pembentangan Belanjawan 2025 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam.
#AWANInews #AWANIpagi
#AWANInews #AWANIpagi
Malaysia tingkatkan keselamatan siber ASEAN dengan kepimpinan CERT serantau - Gobind
Aspirasi utama Malaysia bagi inisiatif terbabit adalah untuk membangunkan ruang siber serantau yang selamat dan berdaya tahan.
Itali dilanda banjir, hujan lebat
Itali dilanda banjir dan hujan lebat dalam tempoh 24 jam yang lepas dengan amaran dikeluarkan bagi beberapa wilayah di seluruh negara.
'Hassan Nasrallah kata perang akan berlaku bagi bebas Baitul Maqdis, Masjid al-Aqsa' - Abdul Hadi
Setiausaha Agung Hizbullah, Hassan Nasrallah pernah memberitahu bahawa peperangan akan berlaku bagi membebaskan Bait al-Maqdis dan Masjid al-Aqsa.
Pas perlu lupakan Muafakat Nasional, tumpu strategi baharu - Khairy
Khairy Jamaluddin sarankan Pas fokus strategi baharu dan tidak lagi bergantung pada Muafakat Nasional yang dianggap tidak relevan.
Muktamar Pas: "Biarlah dia cari dosa kering" - Ahmad Zahid
Beliau mengulas tindakan Pas didakwa menjadikan Muktamar Tahunan Ke-70 parti itu sebagai pentas memfitnah dan memaki hamun lawan mereka.
Cacian, kebencian dan angan-angan jadi hidangan Muktamar Pas ke-70 - Saifuddin Nasution
Hanya unsur cacian, kebencian dan angan-angan yang dihidangkan pemimpin Pas dalam ucapan serta resolusi sepanjang Muktamar Pas ke-70.
Pas tiada kaitan dengan GISB - Abdul Hadi
Pas menegaskan mereka tidak mempunyai sebarang kaitan dengan isu yang melibatkan Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISB).
Muktamar Pas: SG4 bantu jayakan agenda nasional - Abdul Hadi
Fungsi penubuhan SG4 dalam kalangan empat negeri pimpinan Perikatan Nasional (PN) adalah untuk bersama menjayakan agenda nasional.
Pas tidak sesekali sertai PH, akan terus pertahan PN - Hadi Awang
Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang memaklumkan bahawa PAS tetap berdiri teguh mempertahankan Perikatan Nasional (PN).
Kenyataan Presiden Pas tidak bertanggungjawab, main sentimen perkauman dan agama - Pemerhati
Tunku Nashril-Abaidah berkata kenyataan itu dibuat sebagai cubaan untuk menarik perhatian serta mengalihkan fokus daripada isu-isu sebenar.
'Biarlah dia seorang sahaja yang kuat' - Anwar enggan layan kenyataan Abdul Hadi
Anwar berkata demikian sebagai reaksi terhadap kenyataan Ahli Parlimen Marang itu yang mendakwa pemimpin bukan Islam dalam Kerajaan Perpaduan sebagai 'naik kepala'.
PRN Sabah: 'Kita yang buat keputusan, bukan mereka' - Abdul Hadi
Keputusan sama ada Pas akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan ditentukan sendiri parti itu bukan pihak lain.