MELAKA: Sebanyak 214 kes kemalangan di tempat kerja melibatkan pelbagai sektor pekerjaan direkodkan di Melaka dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, berbanding 380 kes kemalangan termasuk dua maut dicatatkan, tahun lepas.
Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri Ngwe Hee Sem berkata daripada jumlah 214 kes itu, sebanyak satu kes maut, empat hilang upaya kekal dan 209 kes tidak hilang upaya kekal.
Beliau berkata tiga sektor pekerjaan utama didapati kerap berlaku kemalangan ialah sektor pembuatan, perkhidmatan dan pembinaan.
"Kita berharap kadar kemalangan di tempat kerja ini akan berkurang menjelang akhir tahun ini dengan pelbagai program kesedaran dan penguatkuasaan dijalankan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)," katanya pemberita selepas melancarkan Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Tahun 2023 Peringkat Negeri Melaka di sini, semalam, yang turut dihadiri Pengarah JKKP negeri Supian Alias.
Ngwe berkata agenda memastikan keselamatan dan kesihatan pekerjaan merupakan usaha berterusan semua pemegang taruh termasuk majikan antaranya melaksanakan bengkel atau kursus berkaitan aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
Dalam pada itu beliau berkata JKKP Melaka menjalankan beberapa operasi penguatkuasaan peraturan berkaitan kesihatan pekerjaan seperti Penggunaan dan Standard Pendedahan Bahan Kimia Berbahaya kepada Kesihatan dan Pengelasan, Pelabelan dan Helaian Data Keselamatan Bahan Kimia Berbahaya di 15 premis tempat kerja melibatkan sektor pembuatan sepanjang tempoh enam bulan pertama ini.
"JKKP juga akan menjalankan Operasi Bising dan ia membabitkan 60 tempat kerja di negeri ini bagi memastikan aspek keselamatan digariskan dalam mengendalikan sektor pekerjaan berkenaan mengikut peraturan ditetapkan," katanya.
Katanya pada tahun ini, JKKP Melaka juga menyasar untuk menjalankan audit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) di 25 tempat kerja sektor awam dan 269 tempat kerja sektor swasta antaranya penguarian, pertanian, perkhidmatan kebersihan, kemudahan (elektrik, gas dan air), pengangkutan, hotel dan kewangan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 12 2023
Pada tahun ini, JKKP Melaka juga menyasar untuk menjalankan audit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di 25 tempat kerja sektor awam dan 269 tempat kerja sektor swasta. - Gambar hiasan
Digital nomad: New Zealand longgarkan peraturan visa pelawat
New Zealand juga menyasarkan pelancong yang mahukan peluang untuk bekerja sambil mengembara di negara itu.
Menara loceng bangunan abad ke-19 di Paris musnah
Kebakaran di bangunan pentadbiran daerah ke-12 Paris memusnahkan menara loceng dalam kejadian awal pagi Isnin.
Menurut Pegawai Polis Paris, Laurent Nunez, tiada mangsa korban susulan kebakaran yang dikesan bermula di bahagian bumbung bangunan abad ke-19 itu.
Menurut Pegawai Polis Paris, Laurent Nunez, tiada mangsa korban susulan kebakaran yang dikesan bermula di bahagian bumbung bangunan abad ke-19 itu.
Eksekutif letak jawatan akibat dakwaan salah laku seksual
Dua eksekutif syarikat Fuji Media Jepun umum letak jawatan selepas mengakui gagal menangani isu dakwaan salah laku seksual melibatkan pengacara terkenal, Masahiro Nakai.
Pengerusinya, Shuji Kanoh dan Ketua Unit Televisyen, Koichi Minato mengumumkan perletakan jawatan tersebut menerusi satu sidang media pada Isnin.
Pengerusinya, Shuji Kanoh dan Ketua Unit Televisyen, Koichi Minato mengumumkan perletakan jawatan tersebut menerusi satu sidang media pada Isnin.
Tumpuan Selasa – 29 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (27 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kepengerusian ASEAN: JPJ tingkat pengawasan di KLIA bendung 'ulat teksi'
JPJ Selangor akan melakukan pengawasan lebih intensif bagi membendung kegiatan 'ulat teksi' di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Ribuan banduan di Congo loloskan diri dari penjara
Difahamkan, perkara ini tercetus apabila sekumpulan pemberontak yang disokong Rwanda berjaya memasuki ke bandar Goma di timur Congo.
Harapan untuk pulang musnah, Israel dan Hamas tuduh langgar perjanjian
Rakyat Palestin yang kehilangan tempat tinggal seperti Omar Halawa menunggu selama berjam-jam di penghadang tentera Israel di Wadi Gaza, berusaha untuk menyeberangi jalan pesisir.
Usaha Lestari Niaga perkasa peniaga kecil serta tarik pelancong
Dr Zaliha menambah, langkah ini bertujuan mempermudah urusan mendapatkan lesen perniagaan sekali gus memberi peluang pendapatan tambahan kepada pihak berkuasa tempatan seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Prabowo junjung kasih kepada Sultan Ibrahim
Presiden Indonesia Prabowo Subianto menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim atas kurniaan Darjah Kerabat Johor kepadanya hari ini.
Kemalangan maut di tempat kerja sektor pembinaan Singapura meningkat tiga kali ganda
Kementerian Tenaga Manusia Singapura melaporkan peningkatan mendadak dalam kes kemalangan maut di tempat kerja bagi sektor pembinaan.
Majikan diseru hantar pekerja dapatkan pasport keselamatan
Majikan dan pihak industri diseru agar menghantar lebih ramai pekerja tempatan mahupun asing mendapatkan pasport keselamatan sebagai usaha mengurangkan kadar kemalangan di tempat kerja.
214 kemalangan di tempat kerja direkodkan di Melaka sehingga Jun
Daripada jumlah 214 kes itu, sebanyak satu kes maut, empat hilang upaya kekal dan 209 kes tidak hilang upaya kekal.
MTUC seru utamakan keselamatan di tempat kerja
Hal ini ekoran jumlah kemalangan yang membimbangkan yang dilaporkan di pelbagai tempat kerja di seluruh negara.
Majikan digesa pastikan keselamatan tempat kerja elak tragedi babitkan pekerja - JKKP Perak
JKKP Perak akan mengambil tindakan perundangan ke atas pihak yang bertanggungjawab sekiranya terdapat pelanggaran undang-undang.
Pekerja binaan warga Bangladesh maut dihempap besi
Mangsa yang tidak sedarkan diri dibawa ke Klinik Kesihatan Lukut untuk pemeriksaan lanjut, namun disahkan meninggal dunia di situ.
Si buta keseorangan
Gara-gara hilang deria penglihatan Mohamed Yusof yang berasal dari kampung Kweng Hitam, Machang, Kelantan terpaksa hidup berseorangan selepas ditinggal isteri dan anaknya.