Hidup sebatang kara!
Gara-gara hilang deria penglihatan Mohamed Yusof yang berasal dari kampung Kweng Hitam, Machang, Kelantan terpaksa hidup berseorangan selepas ditinggal isteri dan anaknya.
Namun itu yang perlu dilalui warga Machang berusia 54 tahun ini selepas ditinggalkan isteri dan anaknya akibat kecacatan penglihatan yang dialaminya selepas terlibat dalam satu kemalangan di tempat kerja pada tahun 2004.
Mohamed yang turut menghidap penyakit kencing manis memerlukan rawatan susulan di hospital serta suntikan insulin, namun perkara itu tidak dapat dilakukan kerana mata beliau yang buta menyukarkan pergerakannya.
Beliau yang hidup tanpa sebarang pendapatan di sebuah rumah yang tidak terurus meneruskan kelangsungan hidupnya melalui sumbangan makanan daripada jiran dan sanak saudara.
Kehidupan yang dilalui begitu sukar, namun perlu diteruskan walaupun terbatas termasuk tidak dapat memasak, membasuh dan melakukan rutin harian seperti orang lain yang mempunyai penglihatan.
Sebelum ini, beliau merupakan seorang kakitangan di sebuah syarikat perkapalan yang mempunyai pendapatan RM50,000 setiap bulan.
Namun begitu, beliau tidak mendapat pampasan daripada syarikatnya walaupun pernah mengupah peguam untuk menuntut pampasan atas kecacatan yang terjadi semasa waktu bekerja.
Sehingga kini, beliau tidak mengetahui mengapa tuntutan pampasannya itu kalah di mahkamah sedangkan sudah berbelas kali naik turun mahkamah.
Namun selepas insiden berkenaan, segalanya menjadi gelap dan hidupnya tidak terurus.
Kalau dahulunya beliau seorang yang mewah nanum kini hidupnya mengharapkan ihsan jiran dan sanak saudara.
Astro Awani
Thu Apr 25 2019
Mohamed Yusof turut menghidap penyakit kencing manis memerlukan rawatan susulan. - Foto Astro AWANI
Rumah terbakar, sambutan Tahun Baharu Cina empat sekeluarga bertukar suram
Kegembiraan menyambut Tahun Baharu Cina bagi empat sekeluarga bertukar duka apabila kediaman dihuni mereka di Hulu Langat, pagi tadi.
Ratusan peminat sambut kedatangan Lionel Messi di Peru
Ratusan peminat bola sepak menyambut bintang bola sepak Argentina, Lionel Messi, di ibu kota Peru, Lima, pada Selasa.
Al-Hilal kena bayar Neymar RM175 juta
Neymar tidak meninggalkan Al-Hilal dengan tangan kosong apabila dilaporkan kelab itu perlu membayar pampasan sekitar 38.33 juta euro kepada pemain itu.
JPJ keluar 1,968 saman menerusi OP TBC 2025
Pengarah JPJ Terengganu Zamri Samion berkata saman itu hasil pemeriksaan terhadap 19,597 kenderaan termasuk motosikal, kereta, lori, bas dan lain-lain kenderaan persendirian.
JPJ kesan masih ada pemandu bas ambil dadah
Jalan (JPJ) dengan kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) melaksanakan ujian saringan air kencing terhadap pemandu bas di seluruh negara bagi mempertingkat pematuhan sepanjang tempoh Op Khas Tahun Baharu Cina (TBC) 2025.
Perkembangan terkini di Sarawak
Operasi mencari dan menyelamat mangsa tanah runtuh di Kampung Lereng Bukit di Miri, Sarawak sedang giat dijalankan.
Tanah runtuh Miri: Dua lagi mayat ditemukan
Dua lagi mangsa tanah runtuh di Kampung Lereng Bukit, Miri telah dijumpai pada pagi Rabu, menjadikan keseluruhan mangsa yang terkorban kepada tiga orang.
Ahmad Zahid meriahkan Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina MCA
Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina anjuran MCA berlangsung meriah dengan kehadiran Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Masters Thailand: Era baru bermula, gandingan tumpuan Malaysia-Korea Selatan menang aksi sulung
Gandingan terbaharu di antara pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016, Goh V Shem dan pemain Korea Selatan, Choi Sol Gyu, menampilkan aksi positif.
AWANI Ringkas: Ujian air kencing ke atas pemandu bas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Si buta keseorangan
Gara-gara hilang deria penglihatan Mohamed Yusof yang berasal dari kampung Kweng Hitam, Machang, Kelantan terpaksa hidup berseorangan selepas ditinggal isteri dan anaknya.