LUMUT: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak menahan sebuah bot tradisional bersama-sama 21 kru warga Indonesia yang dipercayai menceroboh perairan Malaysia berhampiran Kepulauan Sembilan, dekat sini, pada Sabtu.
Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata, bot yang tiada nombor pendaftaran itu ditahan pada kedudukan 15.5 batu nautika barat laut Kepulauan Sembilan sekitar jam 12.21 petang.
Menurutnya, bot Perkasa 1223 yang sedang melaksanakan rutin rondaan telah dikerahkan ke lokasi serta merta sejurus menerima makluman aduan berkenaan.
“Pada awalnya, maklumat diterima di Pusat Operasi Maritim Negeri Perak bot berkenaan mengalami kerosakan di posisi berkenaan, namun hasil pemeriksaan awal di lokasi mendapati, bot tersebut adalah sebuah bot kayu yang tiada nombor pendaftaran berasal dari Indonesia,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Selanjutnya, kata Shahrizan, dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) anggota bot Perkasa 1223 membuat pemeriksaan rutin ke atas bot kayu itu dan mendapati 21 orang warga Indonesia berada di atas bot terbabit.
Menurutnya, mereka yang terdiri daripada 15 lelaki dan enam perempuan itu dipercayai telah menceroboh perairan negara kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.
Katanya, dengan bantuan bot KM Nyalau yang ketika itu melaksanakan operasi Op Benteng, bot tradisional Indonesia itu berjaya ditunda dengan kerjasama sebuah bot nelayan tempatan sehingga ke Pusat Tahanan Vesel.
“Kesemua 21 tahanan berumur lingkungan 25 hingga 55 bersama bot tersebut diiring ke Pusat Tahanan Vesel Kampung Bharu Setiawan Perak bagi siasatan dan tindakan lanjut,” ujarnya.
Beliau memberitahu, jika disabit kesalahan mereka boleh didakwa di bawah Akta Imigresen 1959/63.
Katanya, penahanan itu membuktikan bahawa Maritim Malaysia tidak leka dan sentiasa peka dalam menguatkuasakan undang-undang bagi membendung kegiatan jenayah di laut meskipun negara masih dalam tempoh kelonggaran aktiviti merentas negeri.
“Maritim Malaysia tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak dalam menguatkuasakan undang-undang dan akan mengambil tindakan sewajarnya,” tegasnya.
Abd Razak Mohd Ali
Mon Oct 18 2021

Mereka yang terdiri daripada 15 lelaki dan enam perempuan itu dipercayai telah menceroboh perairan negara kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.- Maritim Malaysia

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Sri Lanka akan dakwa 10 nelayan India atas kematian kelasi tentera laut
Tentera Laut Sri Lanka merampas sebuah bot pukat tunda di luar Kankasanthurai di Wilayah Jaffna di utara negara itu pada 25 Jun lalu.

86 kes tangkapan bot nelayan asing cuba ceroboh perairan negara tahun lepas - Shamsul Anuar
Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah berkata bagaimanapun isu pencerobohan bot nelayan asing yang cuba mencuri hasil laut negara masih terkawal.

APMM Selangor tahan 44 PATI warga Indonesia
Menyedari kehadiran bot penguat kuasa, bot suspek bertindak cuba untuk lolos bagi mengelakkan daripada ditahan dan diperiksa.

APMM Pahang tahan dua bot nelayan tempatan, 15 kru Vietnam
Bot-bot tersebut dikendalikan tekong bersama awak-awak warganegara Vietnam kesemuanya seramai 15 orang, berumur antara 24 hingga 58 tahun.

15 nelayan Vietnam ditahan ceroboh perairan negara
Kedua-dua bot ditahan secara berasingan menerusi rondaan Op Naga Barat dan Op Kuda Laut di perairan Kelantan sekitar 5.40 petang.

Dua bot nelayan Vietnam ditahan, rampasan hampir RM3 juta - Maritim Kelantan
Hasil pemeriksaan mendapati kedua-dua bot terbabit tidak memiliki permit untuk menangkap ikan di bawah Akta Perikanan 1985.

Nelayan Vietnam salur maklumat bantu penceroboh - Maritim Terengganu
Kegiatan itu dikesan APMM Terengganu selepas memintas alat perhubungan radio bot terbabit.

21 kru warga Indonesia ceroboh perairan Malaysia ditahan - Maritim Malaysia
Maritim Malaysia menahan sebuah bot tradisional bersama-sama 21 kru warga Indonesia yang dipercayai menceroboh perairan Malaysia berhampiran Kepulauan Sembilan pada Sabtu.

APMM Pulau Pinang tahan lima nelayan Indonesia ceroboh perairan
Kesemua mereka ditahan pada kedudukan 32.3 batu nautika barat Pulau Kendi sekitar jam 5 petang Isnin.

Ceroboh perairan Sandakan, enam nelayan Vietnam ditahan
Dalam kejadian kira-kira jam 7.20 petang pada Sabtu, sekumpulan enam lelaki Vietnam dicekup ketika mengaut gamat di perairan Sungai Asam.