KUALA LUMPUR: Kesemua 20 pos Pasukan Gerakan Am (PGA) di sempadan dan perairan Selangor telah siap dinaik taraf, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Beliau berkata kerja-kerja menaik taraf telah disiapkan mengikut jadual dan dijangka dapat memberi keselesaan kepada pegawai dan anggota yang bertugas.
"Dua puluh pos PGA ini, yang mengawasi sepanjang 337 kilometer sempadan negeri, sangat penting termasuk satu markas taktikal kerana pos hadapan ini yang akan mengawasi ancaman.
"Sebagai contoh ketibaan pendatang tanpa izin, penyeludupan barangan kontraban (barang terlarang), dadah dan segala ancaman dari laut," katanya pada sidang media sempena lawatan kerja ke Briged Tengah PGA di sini hari ini.
Kementerian itu memantau ketat projek naik taraf 151 pos kawalan PGA di seluruh negara yang dikenal pasti sebagai daif dalam usaha memberi keselesaan kepada petugas keselamatan.
Saifuddin Nasution berkata pada 2023, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah meluluskan peruntukan sebanyak RM45 juta untuk menaik taraf semua pos PGA.
"Tempoh pembinaan satu hingga tiga bulan lebih cepat dan kualiti pembinaan juga sangat baik dan tinjauan terhadap beberapa pos yang dinaik taraf oleh kontraktor pilihan PGA juga baik," katanya.
Beliau berkata aspek ini sangat penting untuk meningkatkan kualiti pasukan manakala anggota turut melahirkan rasa gembira dan syukur kerana penambahbaikan itu sudah lama ditunggu.
"Hampir kesemuanya selesai dengan baik, memang ada satu atau dua kes terpencil tetapi prestasi perbelanjaan serta kualiti kerja boleh dikatakan puas hati," katanya.
Saifuddin Nasution berkata peruntukan sebanyak RM200 juta diberikan kepada KDN untuk menaik taraf kemudahan kuarters kediaman.
Beliau berkata semua kuarters yang dinaik taraf dijangka siap pada suku kedua tahun ini dan akan memberi keselesaan kepada anggota.
Saifuddin Nasution turut mengesahkan bahawa Polis Marin menjadi elemen terbaharu yang dimasukkan dalam perbincangan komponen gaji polis selepas didapati tercicir pada peringkat awal.
"Komponen gaji polis itu memang sudah masuk dalam perbincangan jawatankuasa dengan elemen terbaru adalah polis marin.
"Pada peringkat awal ia tertinggal tetapi saya sudah minta untuk perkara ini dipertimbang dan elemen semakan gaji polis memang ada dalam agenda KDN," katanya.
Beliau juga berkata semakan gaji itu dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 16 2024

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (tengah) melihat keadaan kawasan perumahan kuarters Pasukan Gerakan Am (PGA) ketika lawatan kerja Menteri ke Briged Tengah PGA Cheras hari ini. - Foto BERNAMA

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Banjir: 27 pos PGA, 10 balai polis di Kelantan terjejas
Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata kesemua anggota PGA kini terpaksa menumpang di beberapa pusat pemindahan sementara di Lubok Setol.

20 pos PGA di Selangor siap dinaik taraf - Saifuddin
Kesemua 20 pos Pasukan Gerakan Am (PGA) di sempadan dan perairan Selangor telah siap dinaik taraf, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

12 pos PGA terkesan banjir - Polis Kelantan
Pos PGA terlibat adalah Pos PGA Terusan, Pak Teh Kana, Salleh Berek, Pak Atah, Sharifah, Kaloi dan Wakaf Zain.