KUALA LUMPUR: Sebanyak 20 daripada 34 kluster baharu dicatat hari ini merupakan kluster tempat kerja.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, negeri yang mencatat kluster berkenaan adalah Johor, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Melaka, Kelantan, Perak dan Pahang.

Berikut lima perkara penting kenyataan media Dr Noor Hisham pada Sabtu;

1. Kes harian COVID-19 dalam negara merekodkan 20,670 kes baharu, menurun sedikit berbanding 21,468 kes semalam.

2. 260 kes kematian baharu yang direkodkan dalam tempoh 24 jam lalu, menjadikan jumlah kumulatif kematian akibat virus itu adalah 12,228 kes.

3. Sebanyak 17,655 kes sembuh direkodkan dengan jumlah keseluruhan mereka yang sembuh mencecah 1,128,183 orang.

4. 1,096 individu sedang menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dengan 540 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

5. Jumlah aktif dengan kebolehjangkitan yang direkodkan sehingga hari ini adalah 243,942 kes.