SHAH ALAM: Dua lelaki warga India dan Myanmar diperintah untuk membela diri oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini, atas pertuduhan membunuh seorang pemandu Grab lima tahun lepas.
Pesuruhjaya Kehakiman Nurulhuda Nur'aini Mohamad Nor memutuskan demikian selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap warga Myanmar Sua Lay, 38, dan warga India Gurpreet Singh, 28.
"Setelah meneliti segala bukti dan hujahan, mahkamah mendapati terdapat kes prima facie.
"Ini melibatkan penemuan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) tertuduh kedua (Gurpreet) di lokasi kejadian dan keterangan membabitkan tertuduh pertama (Sua Lay) yang memandu arah bagi penemuan kunci kereta si mati selain anggaran kasar tempoh kematian antara satu ke dua hari bersesuaian dengan pertuduhan yang dikemukakan," katanya.
Sua Lay dan Gurpreet didakwa dengan niat bersama-sama membunuh Aiman Nosri, 27, di tempat letak kereta, lorong belakang Blok C di Taman Selayang Makmur, Selayang Baru, Batu Caves, pada 10.08 malam, 21 Jun 2018.
Mereka dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Kedua-dua tertuduh memilih memberikan keterangan bersumpah di kandang saksi pada prosiding pembelaan yang ditetapkan pada 9, 16,17 dan 18 Mei ini.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohammed Heikal Ismail manakala Sua Lay diwakili peguam Datuk Rajpal Singh dan Gurpreet diwakili peguam Muhamad Amirul Jamaluddin.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 16 2023

Dua lelaki itu dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan. - Gambar hiasan

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

2 lelaki warga India, Myanmar diperintah bela diri tuduhan bunuh pemandu Grab
Dua lelaki warga India dan Myanmar diperintah untuk membela diri oleh Mahkamah Tinggi atas pertuduhan membunuh seorang pemandu Grab lima tahun lepas.