IPOH: Polis menahan dua lelaki warga Thailand selepas menyalahgunakan surat sokongan daripada Ketua Polis Negeri Perak bagi menjalankan aktiviti meminta sedekah tanpa kebenaran di Gopeng, pada Ahad.
Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, dua lelaki masing-masing berusia 17 tahun itu ditahan ketika menjalankan aktiviti berkenaan di hadapan sebuah bank pada jam 4.30 petang.
Katanya mereka didapati telah menyalahgunakan surat sokongan yang ditandatangani beliau dengan melekatkan surat berkenaan pada tabung untuk mengutip derma di kawasan tersebut.
Beliau menjelaskan, surat yang ditandatanganinya itu hanya menyokong kegiatan atau program yang dianjurkan oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (MGO) , bukan untuk mengutip derma.
“Salah seorang dari suspek didapati memiliki pas lawatan yang telah tamat tempoh. Hasil soal siasat yang dijalankan mendapati kedua-dua suspek telah memasuki negara Malaysia dengan menggunakan pas lawatan dan menjadi sukarelawan bagi sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang beralamat di Taman Ipoh,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Justeru katanya, kesemua mereka ditahan di bawah Seksyen 3 (3) Akta Pungutan Derma Rumah Ke Rumah dan Jalan 1947 dan Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/ 1963.
“Pihak polis mengingatkan kepada orang ramai agar tidak sesekali menyalahgunakan kebenaran yang diberikan bagi tujuan yang tidak sah di sisi undang-undang.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut berkenaan kes ini boleh menghubungi pihak polis di balai polis berhampiran (bagi membantu siasatan),” tambah Mohd Yusri.
Amirrul Rabbani
Mon Aug 07 2023

Mohd Yusri Hassan Basri berkata, dua lelaki masing-masing berusia 17 tahun itu ditahan ketika menjalankan aktiviti berkenaan di hadapan sebuah bank pada jam 4.30 petang. - Gambar fail

Sentimen berhati-hati dorong ringgit dibuka hampir mendatar berbanding dolar AS
Pada 8 pagi, ringgit rendah kepada 4.4310/4440 berbanding dolar AS daripada 4.4310/4375 pada Khamis.

Tujuh premis termasuk kedai runcit, inap desa musnah dalam kebakaran di Kundasang
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Mangsa banjir di Beaufort tinggal 407 orang
Hanya empat PPS masih beroperasi iaitu Dewan PSP Dun Banir, Dewan Bisaya, Dewan Residensi Prima dan Dewan Kukut yang dibuka sejak 8 Mac.

Kanada fail aduan di WTO terhadap tarif keluli dan aluminium AS
Kanada telah minta rundingan penyelesaian pertikaian dengan AS berhubung pelaksanaan duti import ke atas produk keluli dan aluminium tertentu.

Kad Visa Touch ‘n Go eWallet guna pengesahan TapSecure bermula 17 Mac
Transaksi menggunakan kad visa boleh disahkan dengan hanya menekan satu butang sahaja dalam aplikasi Touch n Go eWallet pada peranti pintar.
AWANI Pagi: Pembudayaan "Zero Hunger" di kampus universiti
Diskusi 8:30 pagi Jumaat bersama Hasanul Basri Abdullah, Dekan, Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM); Hanifah Eydel-Romero Pensyarah, Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)dan Nuranita Dewi Abdullah, Pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) membincangkan mengenai projek "Zero Hunger" yang semakin diterima dan menjadi budaya di dalam kehidupan kampus warga Center of Foundation Studies, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, UIAM.
![[KOLUMNIS] Ahli politik harus bebas dari rasuah [KOLUMNIS] Ahli politik harus bebas dari rasuah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-02/71550535175_slippingcashbribe.jpg)
[KOLUMNIS] Ahli politik harus bebas dari rasuah
Perbelanjaan politik sama ada secara terangan atau berselindung adalah sesuatu yang tidak dinafikan di dalam perjalanan politik terutama di dalam pilihan raya.
Prestasi S&P 500: Sehingga 13 Mac 2025
MarketWatch menyediakan tinjauan menyeluruh mengenai Indeks S&P 500, merangkumi berita terkini pasaran saham, data dagangan, dan analisis pergerakan pasaran. Saham dalam Indeks Standard & Poor’s 500 dikategorikan mengikut sektor dan industri, memudahkan pemahaman corak prestasi pasaran. Saiz setiap saham mencerminkan permodalan pasaran, menunjukkan kekuatan dan kedudukan syarikat-syarikat utama dalam pasaran.
"Pasaran Saham AS Menjunam: S&P 500 dalam Pembetulan Selepas Data Inflasi"
"Pasaran saham AS berakhir dengan penurunan mendadak pada hari Khamis, dengan S&P 500 mengesahkan ia berada dalam pembetulan selepas data inflasi yang sejuk dibayangi oleh kebimbangan bahawa perang tarif yang semakin memuncak oleh Amerika Syarikat terhadap rakan dagang terbesarnya boleh mencetuskan semula inflasi dan membawa ekonomi ke dalam kemelesetan. Saksikan analisis penuh tentang kejatuhan ini dan impaknya terhadap ekonomi global."
[Data & Statistik] Prestasi Bursa Malaysia setakat 14 Mac 2025
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata indeks serantau utama kebanyakannya lebih rendah apabila pelabur berhadapan situasi yang tidak menentu berpunca daripada ekonomi yang berpotensi untuk menguncup. Jadi bagaimana prestasi dagangan FBM KLCI setakat pagi Khamis? Ikuti perkembangan lanjut di Niaga AWANI.

Eksploitasi kanak-kanak: PDRM pantau Global Ikhwan, terima 4 laporan polis di Selangor
Sebuah pertubuhan yang disiasat polis berhubung dakwaan mengeksploitasi kanak-kanak antara lapan kumpulan yang dipantau Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Jangan mudah terperdaya 'scammer' kutip derma Palestin - Fahmi
Fahmi berkata rakyat Malaysia amat terkesan dengan situasi di Palestin ketika ini, namun mereka perlu berhati-hati dalam menyalurkan sumbangan agar tidak tertipu.

SPRM selesai temu bual saksi isu NGO kutip derma rakyat Palestin
SPRM telah menemu bual beberapa saksi berhubung siasatan terhadap sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang mengutip wang derma untuk rakyat Palestin.

2 lelaki Thailand ditahan salah guna surat sokongan Ketua Polis Perak untuk kutip derma
Polis menahan dua lelaki warga Thailand selepas menyalahgunakan surat sokongan daripada Ketua Polis Negeri Perak bagi menjalankan aktiviti meminta sedekah tanpa kebenaran di Gopeng, pada Ahad.

Jangan eksploitasi rumah anak yatim kutip derma Ramadan
Pihak tertentu digesa tidak mengeksploitasi nama rumah anak yatim bagi tujuan mengutip derma terutamanya pada bulan Ramadan.

Seramai 25 maut kebakaran studio animasi di Jepun
Memetik polis tempatan, laporan itu menyatakan seramai 70 orang berada dalam studio itu ketika kebakaran berlaku.

Hindar rasa kasihan, jangan sokong kanak-kanak mengemis - Hannah Yeoh
Timbalan Menteri Hannah Yeoh menegaskan, kanak-kanak di bawah 18 tahun tidak dibenarkan digunakan oleh sesiapa, termasuk penjaga mereka, untuk mengemis atau menjual barangan.

Tomok, Pekin, Fattah Amin kutip derma atas keretapi
Acara Busking Aid On Train itu bertujuan untuk menghiburkan penumpang komuter secara santai sambil memungut derma untuk rumah kebajikan.

Jangan terkejut kalau si pemilik kereta mewah itu seorang pengemis!
Wartawan Astro AWANI Israr Khalid menyamar sebagai pengemis dalam satu eksperimen sosial yang dilakukan untuk membuktikan pemurahnya rakyat Malaysia.

Tutup sekolah agama yang salahguna pelajar
JAIK tidak teragak-agak untuk menutup mana-mana sekolah agama yang didapati menggunakan pelajar untuk mengutip derma.