KUANTAN: Dua lelaki ditemukan lemas selepas terjatuh ke dalam Kolam Tadahan Air, Lombong Bijih Besi, Batu Talam di Raub, dekat sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Raub Supt Kama Azural Mohamed berkata warga tempatan Siak Teck Wah, 53, dan dan warga Indonesia, Adi Piter, 25, dilaporkan terjatuh ke dalam kolam itu oleh rakan mereka sekitar pukul 10.40 pagi.
Beliau berkata berdasarkan maklumat awal diterima kedua-dua mereka dipercayai telah disedut oleh paip salur keluar air di dalam kolam tadahan air dari lombong bijih besi yang mempunyai kedalaman kira-kira lima meter itu.
"Mayat Adi Piter ditemukan pada 12.30 tengah hari berdekatan paip salur keluar air kolam itu, namun ia mengambil masa untuk dinaikan kerana tekanan air yang masih kuat dan kaki warga Indonesia itu tersangkut di dalam paip berkenaan.
"Bantuan dari jentera jengkaut telah digunakan untuk membuka salur kolam supaya air cepat surut untuk mencari Siak, yang kemudiannya ditemukan berdekatan dengan mayat Adi Piter pada pukul 1.15 petang," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Kama Azural berkata kedua-dua mayat berjaya dinaikan oleh anggota bomba pada 1.20 petang sebelum di bawa ke Hospital Raub untuk bedah siasat.
Sementara itu Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang dalam kenyataan memaklumkan tujuh anggota dan pegawai bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Raub telah digerakkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada 11.17 pagi.
"Operasi mencara kedua-dua mangsa dibantu oleh excavator dengan cara membuat aliran air bagi mengurangkan paras air lombong. Kedua-dua mayat dinaikkan dengan menggunakan tali, dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 10 2021

Kedua-dua mayat berjaya dinaikan oleh anggota bomba pada 1.20 petang sebelum di bawa ke Hospital Raub untuk bedah siasat. - Gambar/ JBPM Pahang

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Wanita selamatkan budak lemas digelar 'Mask Qipao Superwoman'
Tindakannya yang pantas dan berani menjadikannya sensasi di media sosial dengan gelaran 'Mask Qipao Superwoman'.

Lelaki keluar menjala ikan ditemukan lemas, disyaki dibaham buaya
Seorang lelaki yang keluar menjala ikan di tebing Sungai Nyigu lewat petang semalam dan gagal pulang ke rumah ditemukan lemas serta dipercayai dibaham buaya di sungai berkenaan hari ini.

Operasi cari dua remaja dikhuatiri lemas di Kampung Tepus disambung pagi ini
Operasi diteruskan jam 9 pagi melibatkan 25 anggota BBP Pantai Remis, Pangkor, Seri Iskandar dan Kuala Kangsar, polis dan penduduk sekitar.

Dua pelajar dikhuatiri lemas ketika cuba mengambil bola dalam Sungai Perak
Kedua-dua mangsa berusia 16 tahun, merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Muhammad Shah, Parit.

Nelayan jatuh bot ditemukan lemas di Kuala Sangga
JBPM Perak terima laporan kehilangan Aziz Bakar kira-kira pukul 12.10 tengah malam tadi dan operasi mencari dan menyelamat diteruskan pagi ini.

Perahu karam, warga emas ditemukan lemas di Tatau
Seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang dalam kejadian perahu karam di Sungai Anap, Tatau, Bintulu pada Rabu lepas, ditemukan lemas pagi tadi.

K9 bantu kesan pemuda dikhuatiri lemas
Dua anjing pengesan itu dibawa untuk mengesan mangsa, Ahmad Khairul Nizam Sudin, 22, dengan kaedah pencarian di tebing dan sungai.

Kanak-kanak lapan tahun ditemukan lemas
Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun ditemukan lemas di Pantai Kampung Kandis berdekatan Villa Danialla Beach Resort, Bachok, 7.30 malam tadi.

Lelaki Pakistan lemas ketika mandi-manda di pantai Port Dickson
Percutian sekumpulan pekerja dari Klang, Selangor bertukar tragedi apabila seorang daripadanya ditemukan lemas ketika mandi-manda di Pantai Batu 5, Port Dickson dekat sini semalam.

Abang lemas cuba selamatkan adik jatuh tali air di Bachok
Seorang remaja lelaki maut manakala adiknya masih hilang dalam kejadian lemas di tali air Kampung Kubang Telaga, Bachok, petang tadi.