Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sehingga kini menerima 2,485 permohonan daripada rakyat Malaysia di luar negara yang ingin mengundi secara pos pada Pilihan Raya Umum ke-13.
Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata antara negara paling ramai rakyat Malaysia mendaftar ialah Australia iaitu 574 orang, diikuti United Kingdom (449), Amerika Syarikat (195), China (132) dan Qatar (116).
"Tarikh tutup permohonan bagi pendaftaran pengundi pos luar negara ini ialah bila Parlimen dibubarkan, tetapi saya nasihatkan mereka supaya mendaftar awal supaya proses pendaftaran tidak berdepan masalah dan dijalankan secara sistematik. Jangan tunggu saat akhir baru nak daftar," katanya pada sidang akhbar di sini Sabtu.
Pengundi yang ingin memohon perlu memuat turun borang 1B daripada laman sesawang SPR di www.spr.gov.my dan kemudian menghantar kembali borang yang siap diisi kepada SPR melalui e-mel, faks atau pos seperti tertera dalam laman sesawang itu.
Peraturan membenarkan rakyat Malaysia yang menetap di luar negara mengundi secara pos telah diwarta pada 21 Jan lepas berdasarkan tiga syarat.
Syarat itu ialah menjadi pengundi berdaftar; pernah berada di Malaysia atau kembali ke negara ini tidak kurang 30 hari dalam tempoh lima tahun sebelum pembubaran Parlimen dan Dewan Undangan Negeri yang sedang berkuat kuasa; dan menetap di luar negara kecuali mereka yang tinggal di Selatan Thailand, Singapura, Brunei dan Kalimantan.
Wan Ahmad berkata setiap permohonan akan diproses serta diluluskan pegawai pilihan raya di kawasan pengundi itu sendiri, dan pengundi pos luar negara akan mengundi di kedutaan atau pejabat pesuruhjaya tinggi Malaysia di negara mereka berada.
Bernama
Sat Feb 16 2013


Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Peningkatan mendadak kanser hati di Malaysia cetus kebimbangan, hati berlemak punca utama
Peningkatan mendadak kes kanser hati di Malaysia telah mencetuskan kebimbangan serius dalam kalangan pakar kesihatan, dengan penyakit hati berlemak menjadi penyebab utama.

Malaysia, Bahrain bersedia teroka bidang kerjasama baharu - PM Anwar
Malaysia dan Bahrain bersedia untuk meneroka bidang kerjasama baharu termasuk dalam sektor semikonduktor, berikutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik kedua-dua negara tahun lepas.

Pelan Hala Tuju Gas Asli: Ini 4 cabaran utama pelaksanaan
Pelaksanaan Pelan Hala Tuju Gas Asli yang berkesan memerlukan keseimbangan dan pendekatan kolaboratif bagi menangani cabaran utama dalam industri ini.

Apa peluang dagangan baharu untuk Thailand dan Malaysia?
Malaysia dan Thailand memiliki kelebihan tersendiri dalam sektor tertentu yang boleh saling melengkapi.

Malaysia kekal pendirian berkecuali, tidak babit dalam saingan kuasa besar - PM Anwar
Anwar berkata Malaysia juga menolak sebarang tekanan ekonomi dan tindakan unilateral yang boleh menjejaskan kestabilan serantau.

Diplomasi Filem ASEAN: Merentas sempadan - Dari Putrajaya ke Nusantara
BCCIC percaya kerjasama di antara negara mampu memposisikan jenama Borneo dalam peta dunia perfileman, berasaskan ciri-ciri tempatan yang unik dan istimewa.

CAAM pacu pendigitalan untuk masa depan ruang udara lebih selamat
CAAM terus memperkasakan kedudukannya sebagai pengawal selia proaktif dalam industri penerbangan awam menerusi pelaksanaan Pelan Strategik Pendigitalan (DSP) 2024-2028.

Ekonomi Malaysia 2025 dijangka kukuh, ini 7 faktor pemacu pertumbuhan
Dengan beberapa langkah strategik kerajaan dan peranan sebagai Pengerusi ASEAN, ekonomi Malaysia dijangka berkembang pesat walaupun berdepan cabaran global.

Hubungan diplomatik Cuba-Malaysia terbina atas dasar hormat, persahabatan
Kedutaan Cuba di Malaysia menegaskan keakraban persahabatan serta saling menghormati yang menjadi asas kepada hubungan kedua-dua negara sejak ia terjalin pada 6 Feb 1975.

Malaysia-Turkiye perlu kembangkan kerjasama dalam industri ketenteraan, persenjataan - Penganalisis
Malaysia dan Turkiye perlu mengembangkan kerjasama dalam industri ketenteraan dan persenjataan.