Ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Tony Pua mempersoalkan keengganan Pengerusinya Datuk Hasan Arifin bahawa jawatankuasa itu tidak perlu memanggil mana-mana saksi tambahan berhubung siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
"Berdasarkan hujah beliau (Hassan), PAC tidak perlu memanggil mana-mana saksi kerana 1MDB telahpun mengeluarkan kenyataan akhbar untuk menjelaskan segala-galanya.
"Sebagai seorang anggota PAC, saya terkejut dengan hujah-hujah yang dibentangkan oleh Hasan kerana merasakan saTiada keperluan untuk menyerahkan semua kertas siasatan berhubung syarikat pelaburan strategik negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dimajukan kepada Majlis Raja-Raja buat masa ini.
Itu pandangan Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican terhadap desakan mantan menteri besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir supaya Majlis Raja-Raja mengambil tindakan segera berhubung isu berkenaan.ksi tambahan, ermasuk Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Mohd Hazem Abdul Rahman tidak perlu dipanggil," kata Pua dalam satu kenyataan hari ini.
BACA: 1MDB: Tiada keperluan panggil Mohd Hazem dan Zeti beri keterangan - Pengerusi PAC
BACA: Prosiding PAC-1MDB diteruskan, Lodin dipanggil beri keterangan
BACA: Pembentangan laporan akhir Ketua Audit Negara mengenai 1MDB ditangguh - Hasan
BACA: Tiada keperluan serah kertas siasatan 1MDB kepada Majlis Raja-Raja - Reezal Merican
Sebelum ini, Hasan telah berkata bahawa keterangan Hazem tidak diperlukan kerana isu-isu sepanjang tempoh perkhidmatan beliau telah dijawab oleh Pengerusi 1MDB, Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin dalam prosiding sebelum ini.
Walau bagaimanapun, Pua berkata Lodin bertindak atas kapasitinya sebagai Pengerusi 1MDB, bukan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif yang melaksanakan tindakan bagi pihak syarikat itu.
Tambah Pua, tindakan Hasan untuk menamatkan siasatan PAC sebelum mendengar kenyataan daripada semua saksi yang boleh dipanggil akan menjejaskan persepsi kesaksamaan PAC dalam mengendalikan penyiasatan ini.
Dalam memberi respon kepada hujah oleh Hasan bahawa proses memuktamadkan siasatan boleh ditangguhkan dengan memanggil lebih banyak saksi, Pua berkata alasan tersebut tidak boleh diterima.
"Keputusan untuk menentukan saksi utama yang akan dipanggil telah berkali-kali ditangguhkan Hasan sendiri semasa mesyuarat sejak November 2015.
"Sekiranya keputusan telah dibuat lebih awal sebelum ini, PAC boleh selesai mendengar kenyataan semua saksi," kata Pua.
Hasan telah dilaporkan berkata bahawa PAC mempunyai maklumat yang cukup untuk membuat keputusan yang 'objektif, telus dan adil' dalam siasatan terhadap 1MDB.
Beliau berkata, jawatankuasa itu tidak perlu memanggil saksi tambahan seperti yang dicadangkan oleh Pua.
Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican pada Selasa menyatakan tiada keperluan untuk menyerahkan semua kertas siasatan berhubung 1MDB, dimajukan kepada Majlis Raja-Raja buat masa ini.
Reezal mengulas desakan mantan menteri besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir supaya Majlis Raja-Raja mengambil tindakan segera berhubung isu berkenaan.
Hafiz Marzukhi
Wed Feb 10 2016

Tindakan Hasan untuk menamatkan siasatan PAC sebelum mendengar kenyataan daripada semua saksi yang boleh dipanggil akan menjejaskan persepsi kesaksamaan PAC dalam mengendalikan penyiasatan ini. - Gambar fail

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

1MDB: Tony Pua terkejut Pengerusi PAC enggan panggil saksi tambahan
Ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara Tony Pua mempersoalkan keengganan Pengerusinya Datuk Hasan Arifin yang jawatankuasa itu tidak perlu memanggil mana-mana saksi tambahan berhubung siasatan 1MDB