1Malaysia Development Berhad (1MDB) kesal dengan tindakan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengeluarkan kenyataan salah dan mengelirukan secara berterusan terhadap syarikat pelaburan strategik negara itu.
Dalam kenyataan di sini hari ini, 1MDB berkata kenyataan itu kemudian dilaporkan secara tidak bertanggungjawab tanpa analisis atau siasatan kewartawanan oleh portal berita dalam talian tertentu.
Merujuk kepada tulisan Dr Mahathir dalam blognya berhubung penjualan Edra Global Energy Bhd kepada China General Nuclear Power Corporation (CGN), 1MDB berkata bekas perdana menteri itu telah gagal dalam beberapa percubaan untuk mempolitikkan isu 1MDB.
"Berdasarkan penyata kewangan Edra bertarikh 31 Mac 2015, menerusi penjualan itu, 1MDB akan menerima tunai, nilai ekuiti RM9.83 bilion. Di samping itu, Kumpulan CGN akan menanggung hutang aset operasi Edra berjumlah RM7.43 bilion.
"Oleh itu, melalui penerimaan tunai dan pemindahan hutang, 1MDB akan mencapai pengurangan hutang sehingga RM17 bilion, iaitu dalam lingkungan jangkaan RM16 bilion hingga RM18 bilion mengikut pelan rasionalisasi.
"Adalah penting untuk menjelaskan bahawa pengurangan hutang sehingga RM17 bilion adalah melebihi dividen tunai kira-kira RM2 bilion yang diperoleh oleh 1MDB daripada aset tenaga semasa pemilikannya," katanya.
Kenyataan itu menyebut 1MDB pada dasarnya kos dan pulangan pelaburannya adalah sama rata menerusi proses tender antarabangsa, walaupun terpaksa menjual aset-asetnya semasa dalam serangan berterusan dan mengelirukan daripada pembangkang dan Dr Mahathir sendiri.
"Jika Tun Dr Mahathir sanggup meluang masa untuk mengkaji semula Nota 29(v) penyata kewangan 1MDB beraudit 31 Mac 2014 yang boleh diperoleh oleh umum, beliau akan sedar bahawa daripada hutang 1MDB berjumlah RM42 bilion, sebanyak RM19.82 bilion hutang dalam denominasi ringgit Malaysia dan RM22 bilion dalam denominasi dolar Amerika (USD).
"Oleh itu lebih dari mencukupi hutang dalam denominasi ringgit Malaysia untuk dilunaskan daripada RM9.83 bilion hasil jualan tunai Edra," katanya.
Ia berkata bagi hutang dalam bentuk USD yang menjadi kebimbingan Dr Mahathir, mengikut perjanjian dengan International Petroleum Investment Company (IPIC) pada 28 Mei 2015, ia adalah hasrat 1MDB bahawa bon jaminan IPIC sebanyak US$3.5 bilion akan diselesaikan menerusi kaedah pertukaran hutang untuk aset dengan IPIC.
Langkah ini terarah kepada 1MDB memindahkan aset syarikat kepada IPIC dalam bentuk deposit tunai dan dana unit USD, sebagai balasan untuk IPIC mengambil alih jaminan bond US$3.5 bilion, katanya.
Menurut kenyataan itu, Dr Mahathir juga telah mengelirukan pembaca blognya dengan gagal menyebut bahawa tarif bagi Pengeluar Tenaga Bebas (IPP) bagi aset Edra ditetapkan bagi tempoh hayat perjanjian pembelian tenaga.
"Secara purata di semua loji tenaga kuasa Edra, ini adalah untuk tempoh 10 tahun akan datang. Jadi, tidak ada persoalan tarif IPP akan meningkat bagi tempoh hayat perjanjian pembelian tenaga walaupun pertukaran hak milik," katanya.
1MDB juga meminta Dr Mahathir supaya menggunakan fakta-fakta dan angka dalam hujahannya dan menghentikan serangan politik yang mengelirukaqn terhadap syarikat itu.
"Tun Mahathir telah berulang kali memperdaya orang awam dengan kenyataan-kenyataan palsu. Paling ketara sekali beliau berkata 'RM42 bilion hilang' dalam 1MDB.
"Penjualan aset Edra dengan pengurangan hutang sehingga RM17 bilion, jelas menunjukkan bagaimana sering kali dan terus Tun Mahathir melakukan kesilapan.
"Kedua, Tun Mahathir telah berulang kali mempersenda bahawa RM2.6 juta dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah daripada 1MDB walaupun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengeluarkan tiga kenyataan bahawa tiada dana dari 1MDB masuk ke dalam akaun Datuk Seri Najib," katanya.
Bernama
Sun Nov 29 2015

1MDB juga meminta Dr Mahathir supaya menggunakan fakta-fakta dan angka dalam hujahannya dan menghentikan serangan politik yang mengelirukan terhadap syarikat itu.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

1MDB: Azam Baki arah teruskan siasatan sehingga dapat bukti kukuh - Saksi
Menurut saksi, Azam mengarahkannya untuk terus menyiasat kes RM2.6 bilion melibatkan Najib, walaupun selepas bertemu dengan individu yang didakwa sebagai "penderma" dari Arab Saudi di Istana Riyadh.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 10 Februari 2025.

1MDB: Saya tak dengar perbualan bantuan dana antara Najib dan Raja Arab Saudi - Saksi
Bekas Duta Malaysia ke Arab Saudi hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau tidak mendengar perbualan berkaitan bantuan dana yang dibincangkan Najib dan Raja Arab Saudi.

Himpunan lebih besar akan digerakkan - Bersih
Kerajaan MADANI digesa bertindak bagi melaksanakan janji reformasi terutamanya tiga tuntutan yang diminta.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 24 Januari 2025.

Kes 1MDB: Najib akui pengalamannya dalam korporat minimum, sebelum sertai politik
Najib memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa pengalamannya dalam tadbir urus korporat adalah minimum, sebelum beliau memulakan kerjaya politiknya.

Panggilan kepada Putera Mahkota UAE untuk dokumenkan pinjaman Riza Aziz - Najib
Najib berkata panggilan telefon itu bertujuan untuk mendokumenkan pinjaman yang diperoleh anak tirinya Riza Aziz daripada Aabar Investments PJS.

Mahkamah Rayuan tetapkan 2 Julai untuk dengar rayuan Najib saman Tommy Thomas
Mahkamah Rayuan menetapkan 2 Julai ini untuk mendengar rayuan Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mengembalikan semula saman RM1.9 juta terhadap bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas.

Najib guna panggilan telefon untuk pengaruh 1MDB jalin usaha sama dengan PSI - Pendakwaan
Pihak pendakwaan dalam perbicaraan Najib di Mahkamah Tinggi mendakwa bekas Perdana Menteri itu menggunakan panggilan telefon untuk memberi tekanan kepada 1MDB supaua membentuk usaha sama dengan PSI.

Najib mengaku bersemuka, tidak selesa gaya hidup mewah Jho Low
Semasa pemeriksaan balas oleh Mohamad Mustaffa, Najib berkata beliau tidak selesa dengan gaya hidup Jho Low dan bersemuka dengannya berhubung perkara itu.