Bank Negara Malaysia (BNM) mengesahkan telah menerima satu laporan mengenai 1Malaysia Development Bhd (1MDB) daripada Pihak Berkuasa Monetari Singapura (MAS).

"Mereka telah menyatakan bahawa telah menghantar laporan kepada kita. Ya, kita telah menerimanya," kata Gabenor BNM Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan pemberita sama ada BNM telah menerima laporan MAS mengenai 1MDB, terutamanya yang berhubung kait dengan BSI Singapore.