KUALA LUMPUR: Ringgit muncul sebagai mata wang berprestasi terbaik di rantau Asia berbanding dolar US sejak pelaksanaan tindakan bersepadu oleh kerajaan dan Bank Negara Malaysia (BNM) pada 26 Februari 2024, kata Kementerian Kewangan (MoF).
Menerusi jawapan bertulis di Dewan Negara, MoF berkata ia susulan usaha menggalakkan aliran masuk dana lebih konsisten ke dalam pasaran kewangan domestik termasuk penghantaran balik dan pertukaran pendapatan pelaburan asing oleh syarikat berkaitan kerajaan.
"Setakat 17 Julai 2024, ringgit diniagakan pada paras 4.6642 berbanding 4.7987, nilai tukaran terendah pernah dicatatkan pada tahun ini.
"Selain itu, kadar pertukaran efektif nominal (NEER) ringgit yang merupakan kayu ukur prestasi mata wang tempatan berbanding rakan dagangan utama juga telah meningkat sebanyak 3.4 peratus," katanya.
MoF berkata demikian sebagai menjawab soalan Senator Datuk Shamsuddin Abd Ghaffar yang bertanya mengenai apakah usaha dilakukan kerajaan ke arah penambahbaikan nilai ringgit berbanding dolar US dan bila usaha itu akan berjaya.
Menurut kementerian, BNM akan terus mengambil langkah-langkah wajar untuk memastikan kestabilan mata wang dan pasaran pertukaran asing domestik.
"Perkara ini termasuk mengambil langkah operasi intervensi dalam pasaran pertukaran asing untuk membendung pergerakan mata wang yang dianggap berlebihan," katanya.
MOF turut menegaskan kerajaan kekal komited dan fokus dalam usaha pelaksanaan polisi pembaharuan struktur dan pengukuhan fiskal.
Pelbagai usaha telah dijalankan dan mula menampakkan hasil positif seperti pelaburan yang diluluskan kekal menggalakkan bagi tahun 2023 (2023: RM330 bilion; 2022: 267.8 bilion) serta suku pertama 2024 sebanyak RM89.7 bilion (Suku Pertama 2023: RM71.4 bilion).
Selepas enam tahun, JP Morgan telah menaikkan taraf Malaysia daripada 'underweight' kepada 'neutral' berikutan dasar pembaharuan struktur yang dilaksanakan termasuk pelaburan dalam membangunkan pusat hab data serantau dan teknologi hijau.
"Ini menunjukkan bahawa pelabur kekal yakin terhadap perkembangan ekonomi negara dan dengan usaha dilakukan oleh kerajaan. Aliran masuk dana dan pelaburan asing ini dijangka akan berterusan dan ia akan menyokong pengukuhan nilai ringgit," kata MOF.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 22 2024

Menurut MOF, BNM akan terus mengambil langkah-langkah wajar untuk memastikan kestabilan mata wang dan pasaran pertukaran asing domestik. - Gambar fail/Reuters

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

KPDN, MOF kerjasama kenal pasti pebih banyak premis pelaksana SARA demi rakyat
KPDN akan bekerjasama dengan MOF untuk mengenal pasti lebih banyak premis yang boleh dilibatkan dalam pelaksanaan SARA, khususnya di kawasan pedalaman serta luar bandar.

Laporan harga kenderaan naik pada 2026 tidak tepat - MOF
MOF dan MITI bersama-sama pihak industri automotif sedang meneliti kaedah penilaian kenderaan bagi memastikan pengenaan cukai dilaksanakan secara adil, seragam dan neutral serta konsisten.

Lebih dua juta ahli aktif KWSP capai simpanan asas - MOF
Jumlah tersebut adalah perbandingan daripada 2.21 juta atau 30.4 peratus daripada 7.25 juta ahli aktif formal pada Disember 2022.

KKR mohon MOF tambah peruntukan pembangunan produk inovasi
Ahmad Maslan berkata tambahan peruntukan berkenaan amat diperlukan kerana kos mempatenkan sesuatu produk inovasi memerlukan perbelanjaan tinggi dan tidak termasuk kos penghasilannya.

Ringgit muncul mata wang berprestasi terbaik di Asia hasil tindakan bersepadu kerajaan
Ringgit muncul sebagai mata wang berprestasi terbaik di rantau Asia berbanding dolar US sejak pelaksanaan tindakan bersepadu oleh kerajaan dan Bank Negara Malaysia (BNM) pada 26 Februari 2024.

BNM, SC akan tubuh IDRS, tingkat keberkesanan skim penyelesaian pertikaian
MoF menjelaskan IDRS bertujuan meningkatkan tahap keberkesanan skim penyelesaian pertikaian pengguna kewangan dan pelabur secara keseluruhan.

Seleweng dana RM1.2 bilion: Bekas CEO badan berkanun pula direman
Seorang lagi suspek ditahan menjadikan tiga individu direman bagi membantu siasatan berhubung penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan dana peruntukan pinjaman daripada Kementerian Kewangan.

Harga petrol, diesel kekal bagi tempoh 11 hingga 17 April
Harga runcit bagi petrol RON97 dan RON95 serta diesel masing-masing kekal pada RM3.47, RM2.05 dan RM2.15 seliter bagi tempoh 11 hingga 17 April ini.

MOF komited laksana dasar fiskal progresif kurangkan kemiskinan, ketaksamaan
Sumbangan dasar fiskal terhadap inisiatif mengurangkan kemiskinan dan merapatkan jurang pendapatan adalah minimum dari segi KDNK.

PM akui wujud keresahan kenaikan harga barang, MOF sedia tampung kesan kenaikan
MOF sedia menampung dan memberi bantuan tambahan bagi mengimbangkan kesan kenaikan harga barangan kepada rakyat.