Sebanyak 171 sekolah di beberapa daerah di Kedah direkodkan mengalami kerosakan, antaranya pada bahagian bumbung dan siling bangunan sekolah itu, akibat kejadian ribut Jumaat malam lepas, setakat 10 malam Ahad.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Sumber Manusia Kedah Dr Salmee Said berkata daerah yang terlibat adalah Langkawi, Pendang, Sik, Baling, Kota Setar, Kubang Pasu, Kuala Muda, Yan, Padang Terap dan Kulim-Bandar Baharu.
"Kerosakan di semua sekolah itu akan dibaiki segera, tetapi mengambil masa sebulan juga (untuk kesemua sekolah itu siap dibaik pulih)," katanya dalam satu kenyataan ringkas pada Ahad malam.
Dr Salmee berkata bagaimanapun masa terdekat ini sesi pengajaran dan pembelajaran pelajar tidak terjejas, memandangkan mereka sedang bercuti Raya Aidiladha dan cuti sekolah sehingga 17 Ogos depan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 11 2019

Ribut yang melanda banyak tempat di utara Semenanjung Malaysia meninggalkan banyak kesan kerosakan pada infrastruktur awam. - Bernama

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

LZS kutip RM562 juta zakat setakat Julai tahun ini
Lembaga Zakat Selangor (LZS) berjaya mengutip zakat berjumlah RM562 juta sehingga Julai tahun ini, dengan RM89 juta daripadanya merupakan zakat perniagaan.

PM tidak puas hati pelaksanaan projek kecil, arah disegerakan
Kerajaan pada November tahun lepas telah mengumumkan semua sekolah dan klinik daif harus diperbaiki dan diselesaikan tahun ini.

KPM segerakan peruntukan baik pulih sekolah terjejas banjir - Fadhlina
KPM memberi perhatian khusus dalam membaik pulih 17 buah sekolah di Johor yang mengalami kerosakan teruk akibat banjir dengan 14 daripadanya melibatkan daerah Segamat.

Penolong jurutera JKR dituduh terima rasuah RM10,000 projek baik pulih sekolah
Seorang penolong jurutera JKR Hulu Langat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas pertuduhan memperoleh suapan wang tunai RM10,000 Mei lalu.

171 sekolah di Kedah rosak akibat ribut
Daerah yang terlibat adalah Langkawi, Pendang, Sik, Baling, Kota Setar, Kubang Pasu, Kuala Muda, Yan, Padang Terap dan Kulim-Bandar Baharu.

Infrastruktur sekolah berusia lebih 30 tahun sedang diselenggara - Mahdzir
Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) di seluruh negara telah diarah memantau dan menyenaraikan jenis penyelenggaraan yang diperlukan sekolah-sekolah tersebut.