KANGAR: Sebanyak 17.76 peratus daripada 1,357 kematian di negeri ini pada 2021 adalah akibat penyakit jantung iskemia, kata Ketua Pegawai Eksekutif Institut Jantung Negara (IJN), Datuk Dr Aizai Azan Abdul Rahim.
Katanya dalam kenyataan oleh Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) hari ini, penyakit itu turut menyumbang sebanyak 13.7 peratus kematian di Malaysia pada tahun sama.
Menurut kenyataan itu, perkara tersebut telah dipersembahkan Aizai Azan kepada Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail semalam, ketika baginda berangkat merasmikan Program Saringan Kesihatan Jantung; IJN bersama UniMAP yang diadakan di Dewan Kecemerlangan, Kampus Alam Pauh Putra universiti itu.
Keberangkatan tiba baginda yang juga Canselor UniMAP dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil selaku Pro Canselor UniMAP, disambut oleh Naib Canselor, Prof. Datuk Ts. Dr. Zaliman Sauli dan Aizai Azan.
Program inisiatif sosial korporat IJN itu bertujuan memberi kesedaran mengenai kepentingan penjagaan kesihatan jantung, selain menyediakan pemeriksaan saringan kesihatan secara percuma di samping memberikan khidmat nasihat serta bimbingan menjalani gaya hidup sihat.
Menurut kenyataan itu, Tuanku Syed Faizuddin bertitah, kes kematian mengejut akibat serangan jantung dalam kalangan golongan muda yang tidak mempunyai sejarah penyakit kronik perlu dipandang serius.
"Beta berharap agar usaha murni ini akan terus membantu memberi kesedaran kepada masyarakat untuk lebih sensitif dengan tahap kesihatan masing-masing," titah baginda. - BERNAMA
Bernama
Sun Aug 27 2023
Sebanyak 17.76 peratus daripada 1,357 kematian di negeri ini pada 2021 adalah akibat penyakit jantung iskemia, kata Ketua Pegawai Eksekutif Institut Jantung Negara, Datuk Dr Aizai Azan Abdul Rahim. - Gambar hiasan
EPL: Dimana sahaja saya tamatkan karier, saya akan gembira - Mohamed Salah
Dua gol dan dua bantuan gol oleh Salah memastikan Liverpool terus mengukuhkan kedudukan mereka sebagai pendahulu EPL.
OpenAI umum model 'o3', versi baharu dengan kebolehan penaakulan
Model o3 kini hanya dibuka kepada para pengkaji keselamatan kecerdasan buatan, dengan model o3-mini dijangka tersedia kepada umum pada Januari 2025.
Bursa Malaysia dibuka tinggi
Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin, disokong oleh sentimen yang lebih baik selepas prestasi Wall Street yang kukuh pada minggu lepas, kata penganalisis.
Prosiding 22 ahli GISB pindah ke Mahkamah Tinggi Shah Alam
Hakim membuat keputusan itu pada sebutan semula kes kesemua tertuduh berkenaan di Mahkamah Sesyen Selayang pagi ini.
Koc wanita diperluas ke LRT Ampang/Sri Petaling mulai 31 Dis - Rapid Rail
Laluan Ampang/Sri Petaling akan menjadi laluan ketiga di bawah kendalian Rapid Rail yang memperkenalkan kemudahan koc wanita ini.
Ella ceburi industri fesyen Muslimah
Ia dibuat berdasarkan minat mendalamnya terhadap fesyen, selain keinginan memberi inspirasi kepada perubahan diri dan budaya ekspresi diri.
Ahmad Zahid ucap tahniah kepada pesilat Thamaraj raih juara dunia
Beliau berkata Thamaraj mencipta sejarah tersendiri menewaskan pesilat Uzbekistan untuk bawa pulang pingat emas dan muncul juara dunia.
22 ahli GISB tiba di Mahkamah Sesyen Selayang untuk sebutan semula kes
Kesemua pemimpin tertinggi itu berdepan satu pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang, sejak 2020 lalu.
Ringgit dibuka lebih kukuh berbanding dolar AS
Setakat 8 pagi, ringgit diniagakan pada 4.5010/5100 berbanding dolar AS, naik daripada 4.5055/5100 semasa ditutup pada Jumaat lepas.
Kewangan Tabung Haji dan Kaedah Rule of 78: Implikasi ekonomi dan sosial
Gabungan dua isu utama tentang keberkesanan subsidi haji Tabung Haji dan pemansuhan Rule of 78 dalam pembiayaan. Bagaimana dasar ini mencorakkan sosioekonomi, kestabilan kewangan pengguna, dan inovasi kewangan? Analisis mendalam tentang langkah strategik untuk meningkatkan daya tahan kewangan institusi dan memupuk keharmonian sosial.
17.76 peratus kematian di Perlis akibat penyakit jantung iskemia
Penyakit jantung iskemia turut menyumbang sebanyak 13.7 peratus kematian di Malaysia pada tahun 2021.