Majlis Fatwa Negeri Sabah mengeluarkan fatwa ke atas 16 ajaran atau fahaman yang menyalahi serta menyeleweng daripada prinsip aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah sebagai ajaran sesat, kata Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri Datuk Ariffin Arif.
Beliau berkata antara ajaran sesat itu ialah Ajaran Qadiani; Al-Arqam; Hizbut Tahrir; Millah Abraham; Syiah; Tal Tujuh; Tarikat Hasaniah; Tariqat Naqsyabandiah Al Aliyah; Nasrul Haq; Zikir Hasan Rimau; Kumpulan Awang Rezki; Liberalisme; dan Pluralisme.
Menurutnya, apa juga ajaran atau fahaman yang menyalahi atau bertentangan dengan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah dilarang untuk diamalkan di negara dan negeri ini.
"Ajaran Qardani bergerak di daerah Sandakan, Beaufort, Kota Marudu dan Kota Kinabalu dalam kumpulan kecil, sementara, kumpulan Hizbut Tahrir didapati berada di Sandakan.
"Aktiviti kumpulan-kumpulan ini dipantau dan diselaraskan Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Sabah (JHEINS), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bahagian Teks al-Quran, Kementerian Dalam Negeri dan agensi lain berkaitan," katanya dalam sesi soal jawab pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini.
Beliau menjawab soalan Datuk Abd Muis Picho (BN-Sebatik) yang ingin tahu adakah masih terdapat aktiviti ajaran sesat di Sabah dan apakah tindakan diambil bagi menangani masalah itu.
Ariffin berkata seramai lapan pengikut ajaran Millah Abraham yang melarikan diri ke Sabah telah ditahan oleh JHEINS dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan PDRM, pada tahun ini.
Kes mereka telah dibawa ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur untuk diambil tindakan undang-undang, katanya.
Ariffin yang juga Pengerusi Majlis Ugama Islam Sabah berkata kerajaan negeri telah mengambil langkah proaktif untuk menangani ajaran sesat yang menyalahi dan bertentangan dengan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah termasuk menerusi pendidikan dan dakwah.
Menyedari akan bahaya serta ancaman ajaran sesat dan fahaman ekstrem disebarkan dalam kalangan masyarakat, Ariffin berkata kerajaan negeri juga akan terus berusaha mengawal dan memantau kegiatan penyebaran ajaran sesat yang masih dijalankan di negeri ini oleh pihak tidak bertanggungjawab.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 08 2017

Menurut Ariffin apa juga ajaran atau fahaman yang menyalahi atau bertentangan dengan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah dilarang untuk diamalkan di negara dan negeri ini. - Foto Bernama

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

16 ajaran dan fahaman difatwa sebagai sesat di Sabah
Antara ajaran sesat itu ialah Ajaran Qadiani; Al-Arqam; Hizbut Tahrir; Millah Abraham; Syiah; Tal Tujuh; Tarikat Hasaniah; Tariqat Naqsyabandiah Al Aliyah; Nasrul Haq; Zikir Hasan Rimau.