Sejumlah 15 orang pelajar Malaysia dari Fakulti Sains Gunaan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam yang kini mengikuti Program Mobiliti Pelajar, ‘Meaningful Academic Visit to Banda Aceh’, dilaporkan berada dalam keadaan selamat.
Mereka yang mengikuti rombongan, diketuai penasihat program Timbalan Dekan PJI & Alumni, Prof Dr Azizah Hanom Ahmad, berada dalam jarak selamat daripada kawasan gempa bumi.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pihak perhubungan awam UiTM, kesemua mereka tidak terjejas dalam bencana tersebut.
“Pihak fakulti telah memaklumkan kepada kami, yang sebelum itu menghubungi pegawai berkaitan, mengesahkan bahawa mereka selamat serta tidak mengalami sebarang kecederaan.
“Mereka berada di lokasi yang sejauh 65 kilometer dari kawasan yang dilanda gegaran,” ujarnya.
Gempa bumi berukuran 6.4 magnitud melanda di Pidie Jaya, Aceh awal pagi ini sekitar jam 5.03 pagi waktu tempatan, lapor Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).
LAPOR LANGSUNG: Angka korban meningkat, gempa bumi kuat melanda Aceh, Indonesia
Astro Awani
Wed Dec 07 2016

Semua pelajar UiTM dan pegawai yang mengetuai program akademik ke Banda Aceh dalam keadaan selamat.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

UNHCR gesa tindakan segera selepas cubaan usir pelarian Rohingya di Banda Aceh
UNHCR menggesa pihak berkuasa tempatan supaya mengambil tindakan segera bagi memastikan etnik Rohingya dilindungi.

Indonesia minta AirAsia buka semula penerbangan ke Banda Aceh - Anthony Loke
Kerajaan akan arahkan AirAsia untuk membuka semula laluan penerbangan ke Banda Aceh, Indonesia atas permintaan kerajaan republik itu.

Firefly lancar penerbangan terus Pulau Pinang-Banda Aceh
Syarikat penerbangan itu akan mengendalikan perkhidmatan dua kali seminggu ke BTJ dari PEN dan sebaliknya.

Belalai dipotong terkena jerat, anak gajah betina mati selepas dua hari dirawat
Jumlah gajah Sumatera yang maut akibat dijerat atau diracun kini telah mencecah sehinga 25 ekor sejak sembilan tahun lalu.

Beberapa siri gempa bumi gegarkan Banda Aceh dan Bali
Menurut BMKG, gempa terkuat dengan magnitud 4.8 itu berlaku pada jam 10.30 malam (waktu tempatan) pada Rabu yang sebelum itu turut berlaku beberapa siri gempa dengan magnitud 4.0 dan 4.2 skala Richter

Dua remaja disebat kerana berpelukan di tempat awam
Dua remaja di Banda Aceh dihukum sebat pada Khamis setelah ditangkap kerana berpelukan semasa berada di tempat awam.

Tiket pesawat mahal, warga Aceh terbang ke KL dulu sebelum ke Jakarta
Peningkatan harga tiket penerbangan domestik yang naik berkali ganda mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan penumpang.

Jusuf Kalla hadir majlis peringati mangsa Tsunami di Banda Aceh
Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla menyertai ribuan orang di 'Blang Padang' pagi tadi bagi memperingati ulang tahun ke-10 tragedi tsunami melanda Aceh.

Gempa bumi 6.2 magnitud landa Sumatera
Menurut laporan pusat pemantau gempa Amerika Syarikat, US Geological Survey, USGS gempa terjadi di kedalaman sembilan kilometer, kira-kira 300 kilometer ke barat Banda Aceh.