BANDA ACEH: Gara-gara sikap manusia yang kejam dan tidak berhati perut, seekor anak gajah mati selepas dua hari dirawat selepas separuh belalainya terpaksa dipotong akibat terkena perangkap pemburu gading di Sumatera.
Menurut Ketua Agensi Pemuliharaan Aceh, Agus Arianto, pihaknya telah melakukan yang terbaik untuk memberikan rawatan kepada anak gajah betina berusia setahun itu.
“Kami telah cuba yang terbaik, tetapi kematiannya tidak dapat dielakkan. Belalainya menjadi semakin reput dan tidak lagi berfungsi,” katanya.
Anak gajah itu merupakan antara spesies terakhir daripada 700 ekor gajah Sumatera liar yang wujud di pulau berkenaan.
Ia ditemukan oleh pegawai hidupan liar dalam keadaan yang sangat lemah serta belalainya hampir putus, Ahad lalu.
BACA: Belalai anak gajah terpaksa dipotong selepas terkena perangkap
Kata Agus, pegawainya terpaksa memotong separuh daripada belalai gajah itu dalam satu pembedahan kritikal membabitkan hidup atau mati di pusat santuari gajah di Banda, Aceh.
Bedah siasat sedang dijalankan oleh sepasukan doktor haiwan bagi menentukan punca kematian anak gajah itu.
Bagi pihak doktor haiwan yang merawat anak gajah itu, kematiannya agak mengejutkan kerana ia kelihatan sihat dan aktif selepas belalainya dipotong.
Kegiatan pemburu haram dikatakan semakin meningkat selepas ramai terkesan akibat COVID-19 sehingga memaksa mereka kembali melakukan aktiviti tidak berperikemanusiaan itu.
Untuk rekod, jumlah gajah Sumatera yang maut akibat dijerat atau diracun kini telah mencecah sehinga 25 ekor sejak sembilan tahun lalu, melibatkan di kawasan Aceh Timur sahaja.
Data juga menunjukkan populasi gajah Sumatera telah menurun daripada 1,300 ekor pada 2014 kepada 693 pada tahun ini, iaitu penurunan hampir 50 peratus dalam tempoh tujuh tahun lalu.
Astro Awani
Tue Nov 16 2021
Anak gajah yang berusia satu tahun itu merupakan antara spesies terakhir daripada 700 ekor gajah Sumetera liar yang wujud di pulau berkenaan. - Foto/ AP
G7 usaha sepakti isu waran tangkap Netanyahu
Tajani menyatakan bahawa G7 perlu bersatu dalam isu ini untuk menunjukkan pendirian yang kukuh.
Airbus rancang beli balik sehingga 2.12 juta saham
Syarikat aeronautik dan angkasa lepas Eropah, Airbus, mengumumkan "tranche" kedua program pembelian balik sahamnya.
Kes remaja hamil luar nikah, khalwat tunjuk trend penurunan - Timbalan MB Kelantan
Kes hamil luar nikah dalam kalangan remaja berusia 15 hingga 19 tahun di Kelantan telah menunjukkan trend penurunan dari 2021 hingga 2023, kata Timbalan Menteri Besar Datuk Mohamed Fadzli Hassan.
MOTAC perluas Aspirasi Generasi Pendidikan TVET, pastikan tenaga kerja tempatan dipenuhi
Kerajaan bercadang memperluaskan Program Aspirasi Generasi TVET Sektor Pelancongan bagi membuka peluang kepada lebih ramai graduan tempatan menceburi industri berkenaan.
Salah faham konsep taat antara punca isteri tidak lapor keganasan rumah tangga
Salah faham terhadap konsep taat dikenal pasti antara punca mengapa sebahagian wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.
Maritim Malaysia rancang perolehan radar baharu guna teknologi AI
Maritim Malaysia merancang untuk memperoleh radar baharu yang akan ditempatkan di kawasan strategik seperti di kawasan perairan Sarawak dan pantai timur.
KPK yakin sasaran RM28 bilion eksport industri kayu dapat dicapai menjelang 2025
KPK yakin sasaran nilai eksport kayu dan produk kayu sebanyak RM28 bilion menjelang 2025 akan dapat dicapai seperti yang digariskan dalam Dasar Agrikomoditi Negara 2030.
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan - Joachim
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan dan memberi kesan buruk kepada imej negeri ini sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.
Perak berpotensi baik sebagai penyumbang ekonomi negara - Rafizi
Perak mempunyai potensi baik berbanding negeri lain sebagai penyumbang ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
MOTAC promosi makanan tempatan sepanjang Kepengerusian ASEAN
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan mempromosikan makanan tradisional Malaysia sepanjang Kepengerusian ASEAN 2025 bagi merancakkan industri pelancongan negara.
Gajah Sumatera yang di ambang kepupusan berjaya lahirkan anak
Seekor gajah Sumatera yang spesiesnya dikategorikan menghampiri pupus, melahirkan anak ketiga di Indonesia pada Khamis.