MERSING: Seorang nelayan warga Indonesia yang terjatuh daripada bot terapung di laut selama 15 jam dengan berpaut pada tong minyak sebelum ditemui dan diselamatkan hari ini.
Pengarah Zon Maritim Mersing, Komander Maritim Khairul Nizam Misran, berkata mangsa dikenali sebagai Catur, 40, ditemui selamat jam 10.30 pagi tadi.
Katanya, mangsa ditemui bot Jabatan Perikanan yang menyertai Op Carilamat, di kedudukan lebih kurang 10 batu nautika selatan Pulau Sibu, Mersing.
"Pihak kami telah menerima aduan dari Pejabat Polis Daerah Mersing yang dibuat oleh pemilik bot nelayan terbabit yang berusia 66 tahun.
"Berdasarkan maklumat awal, mangsa kali terakhir dilihat atas bot dengan hanya memakai seluar hijau sebelum jatuh ke laut di kedudukan 5.3 batu nautika Pulau Sibu Hujung, jam lebih kurang 8 malam.
"Maklumat seterusnya disalurkan ke Maritime Rescue Sub-Centre (MRSC) Johor Bahru dan Op Carilamat telah diaktifkan sekitar jam 11.50 malam tadi.
"Ketika ditemui, dia hanyut sejauh 9.3 batu nautika dari lokasi dilaporkan," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Menurut Khairul Nizam, mangsa dibawa ke Jeti Zon Maritim Tanjung Sedili untuk rawatan dan tindakan lanjut.
Katanya Op Carilamat mangsa melibatkan sebuah aset Maritim Malaysia Mersing, Pasukan Polis Marin (PPM) dan Jabatan Perikanan.
Siti Nur Aqilla Omar
Mon Oct 03 2022
Mangsa ditemui di kedudukan lebih kurang 10 batu nautika selatan Pulau Sibu, Mersing. - Gambar/ Maritim Malaysia
Dron pantau polis curi tulang main golf ketika bertugas
JIPS Bukit Aman mula menggunakan dron untuk menyiasat dan pemantauan terhadap warga polis yang 'curi tulang' ketika bertugas termasuk keluar pejabat untuk bermain golf.
Pantau Agenda Reformasi: Mihas@Dubai 2024 | Apa selepas ini?
Ikuti temu bual eksklusif bersama Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE, Datuk Mohd Mustafa Abdul Aziz berkaitan keberhasilan penganjuran MIHAS@Dubai 2024 dan apa perancangannya selepas ini?
Prospek lebih cerah Kerajaan Perpaduan selepas dua tahun memerintah - Mujahid
Prospek Kerajaan Perpaduan untuk tahun mendatang dilihat semakin cerah sejajar kejayaan dicapai kerajaan dalam proses pemulihan ekonomi dan membina imej Malaysia di mata dunia.
PGA rampas ubat-ubatan haiwan diseludup dari Thailand bernilai lebih RM400,000
Anggota pasukan PGA dalam Op Taring Wawasan Kelantan mengesan bungkusan mengandungi ubat-ubatan haiwan di kawasan pangkalan haram semasa.
Inflasi malaysia catat 1.9 peratus pada Oktober - DoSM
Kadar inflasi Malaysia bagi Oktober 2024 telah meningkat kepada 1.9 peratus, menokok berbanding 1.8 peratus yang dicatatkan semasa September tahun ini, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).
AWANI Ringkas: Jangan main gollf ketika bertugas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sabah FC cari pengganti sementara Kim Swee secepat mungkin
Ini bagi memastikan kesinambungan prestasi skuad Sang Badak dalam menghadapi baki saingan Liga Super dan Piala Malaysia musim 2024/2025.
Dua beranak didakwa tipu urusan pelaburan perniagaan durian di Singapura
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.
KTMB sedia dua tren ETS tambahan sempena Krismas, cuti sekolah Disember ini
KTMB akan menyediakan dua perkhidmatan tren eletrik ETS tambahan bagi laluan KL Sentral-Padang Besar sempena sambutan Hari Natal dan cuti sekolah Disember ini.
Pocket Rocketman bakal kembali berkayuh di ACC 2025?
Datuk Mohd Azizulhasni Awang mungkin bakal 'berkayuh' secara rasmi di Velodrom Nasional, Nilai seawal Februari tahun hadapan pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2025.
Tiga nelayan dikhuatiri hilang ditemukan selamat
Tiga nelayan yang dikhuatiri hilang selepas keluar memancing di perairan Kemaman pada Ahad lepas ditemukan selamat pagi tadi.
Nelayan jatuh laut ditemui selamat di perairan Pulau Sembilan
Seorang nelayan tempatan yang disyaki terjatuh dari botnya ditemui selamat di perairan Pulau Sembilan, pada jarak 16.1 batu nautika selatan Pulau Pangkor, pada Sabtu.
Nelayan dikhuatiri hilang selepas terjun ketika dikejar Maritim Malaysia
Bot ronda Maritim Malaysia merapati bot terbabit kerana mengesyaki bot berkenaan sedang melakukan aktiviti menangguk siput.
Seorang nelayan masih hilang dalam insiden bot terbalik di Pulau Indah
Nelayan terbabit telah keluar ke laut menggunakan bot gentian kaca pada pukul 8 pagi dengan tidak memakai jaket keselamatan.
Op Carilamat diteruskan ke pesisir pantai, aset udara ditambah
Kawasan pencarian juga akan diteruskan di kawasan pesisir pantai berdasarkan kedudukan bot yang semakin menghampiri kawasan pantai.
Dua nelayan dilaporkan hilang ditemukan selamat
Mangsa memaklumkan bot mereka kehabisan minyak dan telah digantikan dengan minyak simpanan namun enjin masih gagal berfungsi.
Nelayan maut berlanggar bot pelancong
Seorang nelayan ditemui maut selepas bot pam yang dinaikinya berlanggar dengan sebuah bot pelancong dalam kejadian di perairan Labuan Haji Semporna, pada malam Ahad.
Nelayan warga emas hilang selepas ke laut seorang diri
Seorang nelayan warga emas dilaporkan hilang sejak semalam, selepas keluar menangkap ikan seorang diri pada jarak 1.5 batu nautika Timur Laut Kuala Pahang.
Tiga nelayan hilang ditemui selamat di Thailand
Tiga nelayan yang dilaporkan hilang semalam ditemukan selamat di Pantai Belawan dekat Tak Bai, Thailand pada pukul 2.32 petang hari ini.
Tiga nelayan Kuala Kemasin dikhuatiri hilang
Tiga nelayan yang keluar memukat ikan di Kuala Kemasin di Bachok, dikhuatiri hilang sejak 3 pagi semalam dipercayai selepas berlakunya ribut dan kabus tebal.