KUANTAN: Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP) telah melepaskan 142,000 telur nyamuk Aedes mengandungi bakteria Wolbachia di dua lokaliti di daerah ini sebagai usaha mencegah dan mengawal jangkitan kes demam denggi di lokaliti terlibat.
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan negeri Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff berkata inisiatif itu bertujuan menggantikan populasi nyamuk Aedes sedia ada dengan nyamuk 'Aedes berWolbachia'.
Beliau berkata pelepasan melibatkan 58,800 telur di Taman Impianku dan 83,200 lagi di Projek Perumahan Rakyat Disewa (PPPRS) Pinggiran.
"Setakat semalam (6 Jan) kadar penetasan nyamuk 'Aedes berWolbachia' di kedua-dua lokaliti ini adalah sangat baik iaitu melebihi 90 peratus," katanya dan menambah tempoh pelaksanaan projek pelepasan 'Aedes berWolbachia' ialah selama dua tahun lima bulan yang dijangka selesai pada Mac 2025.
Beliau berkata demikian pada sidang media Projek Pelepasan Nyamuk 'Aedes BerWolbachia' Pahang di Taman Impianku, di sini hari ini yang turut dihadiri Pengarah Kesihatan negeri Datuk Dr Nor Azimi Yunus.
Mohammad Fakhruddin berkata projek itu telah dimulakan sejak 2019 membabitkan Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Pulau Pinang, Kelantan, Melaka, Johor termasuk Pahang yang bermula pada 6 Okt lepas.
Pelaksanaan projek itu terbukti berjaya menurunkan kes demam denggi antara 40 hingga 80 peratus berdasarkan kajian rintis di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, katanya.
Bakteria Wolbachia boleh menghalang pembiakan virus denggi kerana ia terdapat secara semula jadi pada pelbagai serangga namun tidak terdapat dalam nyamuk Aedes Aegypti.
Oleh itu, bakteria Wolbachia dimasukkan ke dalam nyamuk Aedes Aegypti bagi menghalang pembiakan virus denggi di dalam nyamuk tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 07 2023

Bakteria Wolbachia boleh menghalang pembiakan virus denggi kerana ia terdapat secara semula jadi pada pelbagai serangga namun tidak terdapat dalam nyamuk Aedes Aegypti. - Gambar hiasan

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

KKM tambah 9 lokaliti baharu pelepasan nyamuk 'berwolbachia' tahun ini
Kementerian Kesihatan (KKM) akan menambah sembilan lagi lokaliti bagi projek pelepasan nyamuk Aedes 'BerWolbachia' melibatkan beberapa negeri di Semenanjung.

Kes denggi menurun pada ME04, tujuh kematian dilaporkan
Kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan hingga ME04 ialah sebanyak 14,458 kes berbanding 8,968 kes bagi tempoh sama tahun lepas.

Kes denggi meningkat pada ME01, tiada kematian dilaporkan
Jumlah kes demam denggi di negara ini meningkat kepada3,181 kes pada Minggu Epidemiologi ke-01 (ME01) 2024 iaitu bagi tempoh 31 Dis 2023 hingga 6 Jan 2024 berbanding 2,715 kes pada minggu sebelumnya.

Denggi: Pulau Pinang rekod sembilan kematian setakat 20 Nov
Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang diberitahu sebanyak sembilan kematian membabitkan kes demam denggi di negeri itu direkodkan setakat 20 Nov lepas.

7,257 premis di Melaka dikesan positif pembiakan nyamuk minggu lalu
Sejumlah 7,257 daripada 62,355 premis di negeri ini yang diperiksa sehingga tempoh minggu epidemiologhi (ME) 36 dikesan positif pembiakan nyamuk.

Aedes: 3,665 kompaun dikeluarkan di Johor
Sebanyak 3,665 kompaun berjumlah RM1.82 juta telah dikeluarkan kepada pemilik premis di Johor sejak Januari hingga hari ini, kerana membiarkan premis mereka menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes.

Denggi: 45 kematian dicatat sejak Januari
Sebanyak 45 kematian akibat denggi, dengan jumlah kumulatif sebanyak 63,966 kes demam itu direkodkan dalam tempoh Januari hingga pertengahan Julai tahun ini.

Lapan kematian akibat denggi direkod di Selangor
Jumlah kumulatif kes demam denggi di Selangor dari Januari hingga 8 Julai meningkat sebanyak 43.8 peratus (13,393 kes) dengan 30,543 kes dilaporkan berbanding 17,150 kes bagi tempoh sama tahun lepas.

Sebanyak 20 kawasan panas wabak denggi dikesan di Sabah - Jabatan Kesihatan
Sebanyak 20 kawasan di Sabah dikenal pasti sebagai lokasi panas wabak denggi dengan daerah Sandakan tertinggi membabitkan 11 kawasan.

142,000 telur nyamuk 'Aedes Wolbachia' dilepaskan di Kuantan
Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP) telah melepaskan 142,000 telur nyamuk 'Aedes Wolbachia' di dua lokaliti di daerah ini sebagai usaha mencegah dan mengawal jangkitan kes demam denggi.