Kira-kira 14,000 penduduk tanpa mengira fahaman politik sekitar Parlimen Bagan Datoh layak menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 bernilai RM5.75 juta.
Seramai 9,000 ketua isi rumah dan 5,000 orang bujang berpendapatan kurang RM3,000 sebulan masing-masing menerima sumbangan RM500 dan RM250.
Menteri Pertahanan yang juga Anggota Parlimen Bagan Datoh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata setakat ini seramai 14,000 penduduk yang layak menerima bantuan telah diluluskan permohonan dan mereka sudah mula menunaikan baucar yang diterima.
Beliau berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) mengagihkan bantuan dijanjikan tanpa mengira kaum dan fahaman politik kerana mahu menunjukkan pemimpinnya yang diberi kuasa memerintah sentiasa berlaku adil kepada semua rakyat di negara ini.
Bagaimanapun beliau tidak mahu penyokong parti pembangkang menuduh pemberian bantuan itu ada kaitan dengan pilihan raya yang semakin hampir.
"Saya nafikan bantuan ini diberikan bertujuan meraih undi rakyat menjelang pilihan raya umum ke-13, sebaliknya kami menunaikan tanggungjawab yang dijanji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebaik memegang jawatan itu," katanya ketika berucap pada majlis penyampaian BR1M 2.0 di Parit Empat, Sungai Sumun, Bagan Datoh, Perak.
Ahmad Zahid berkata pemimpin dan penyokong pakatan pembangkang membuat pelbagai tohmahan dan fitnah tentang pemberian BR1M tetapi dalam masa sama anggota parti mereka juga menerimanya.
Beliau berkata perasaan cemburu mereka terhadap kerajaan BN berlaku kerana kerajaan pimpinan mereka tidak mampu melaksanakan janji kosong masing-masing.
Beliau berkata pemberian BR1M bukan bertujuan mahu merendahkan martabat atau memperbodoh rakyat sebaliknya kerajaan BN mahu membantu rakyat mengurangkan beban kehidupan mereka yang disuarakan selama ini.
Sementara itu, Ahmad Zahid meminta umat Islam yang mempunyai pelbagai fahaman politik di negara ini supaya bersatu fikiran dan hati mengenai perkara berkaitan agama.
Beliau berkata ada pemimpin pembangkang sanggup membelakangkan agama demi kepentingan politik peribadi.
"Saya berharap rakyat dapat menilai gelagat pemimpin parti pembangkang ini dan buat keputusan bijak menjelang pilihan raya umum ke-13 berdasarkan sistem demokrasi yang dipraktikkan di negara ini," katanya.
Bernama
Sat Feb 23 2013
Tujuh juta orang dewasa di UK miliki aset kripto, kata pengawal selia UK
Satu daripada lapan atau 12 peratus orang dewasa di UK memiliki mata wang kripto, meningkat daripada 10 peratus pada 2022.
AWANI Pagi: PETRA perkasa peralihan ke tenaga boleh baharu
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) melakukan pelbagai insiatif dan program dalam usaha perkasa peralihan ke Tenaga Boleh Baharu dan masa depan lestari negara.
Inisiatif Jalur dan Jalan China beri nafas baharu kepada Laluan Sutera - Menteri Kanan Kemboja
Inisiatif Jalur dan Jalan (BRI) China telah memberikan nafas baharu kepada Laluan Sutera yang berkurun-kurun usianya dengan skop yang menyeluruh, merangkumi daratan dan lautan, ruang udara serta siber
Bapa Sharnaaz Ahmad meninggal dunia
Allahyarham Datuk Bazir Ahmad Nazir Ahmad menghembuskan nafas terakhir pada pukul 1.40 pagi tadi.
Menelusuri landskap penyakit jarang jumpa di Asia
Malaysia, berpotensi mendukung pemajuan penjagaan dan rawatan bagi rantau ASEAN dengan membangunkan ekosistem yang menggalakkan kesedaran, kesediaan, mempercepat peraturan dan kepimpinan dasar.
SOP perbaiki jalan berlubang dalam tempoh 24 jam perlu diikuti negeri, perbandaran
Ahmad Maslan berkata SOP yang ditetapkan bagi membaiki Jalan Persekutuan berlubang ialah dalam tempoh 24 jam.
Usaha hasilkan kenderaan elektrik, isu GISBH tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Khoo Poay Tiong bertanya kepada Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri berhubung kenderaan elektrik dalam sesi soal jawab lisan.
Banjir di Kelantan makin buruk, tiga negeri lain tiada perubahan
Kelantan menjadi negeri paling teruk terjejas apabila banjir gelombang kedua melanda negeri itu, pada Selasa.
Untung bersih MAHB naik kepada RM210.37 juta pada suku ketiga
MAHB pada Selasa berkata perolehan kumpulan meningkat kepada RM1.53 bilion berbanding RM1.28 bilion sebelumnya.
Pilkada 2024: Pertembungan dua 'titan', Jokowi lawan Megawati
207 juta rakyat Indonesia membuat pilihan di 37 provinsi, 415 kabupaten dan 93 kota dalam Pilkada serentak. Pertembungan kuasa politik besar Indonesia turut berlaku. Ulasan bersama Tan Sri Johan Jaafar.
Adik bongsu TPM Zahid, Ahmad Dzulfikri Hamidi meninggal dunia
Adik bongsu Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Dzulfikri Hamidi meninggal dunia di Hiospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan pada jam 11.30 malam tadi.
Pengisytiharan rasmi Bagan Datoh sebagai daerah baharu 9 Jan depan
Beliau yang juga Anggota Parlimen Bagan Datoh berkata pengisytiharan bersejarah itu akan dilakukan oleh Sultan Perak Sultan Nazrin Shah di Dewan Sekolah Menengah Sains di sini, 9 Jan depan.
Air pasang besar: Tiga kampung di Bagan Datoh dinaiki air
Tiga kawasan di sekitar Bagan Datoh dinaiki air awal pagi tadi berikutan fenomena air pasang besar.
Jangan hanya tunjuk muka bila saya balik, Zahid tegur pemimpin bahagian
Naib Presiden UMNO itu berkata terdapat segelintir pemimpin UMNO peringkat bahagian yang hanya turun bertemu rakyat di peringkat akar umbi apabila beliau melawat kawasan tersebut.
Bagan Datoh bakal jadi hab pendidikan - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata bagi mencapai matlamat itu, sebuah politeknik dan Maktab Rendah Sains Mara selain lebuh raya yang menghubungkan Kuala Lumpur dan Bagan Datoh sedang dibina di Bagan Datoh.
Bagan Datoh daerah kecil baharu di Perak - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi malam ini mengumumkan bahawa Bagan Datoh kini sebuah daerah kecil yang baharu di Perak.
89 mangsa banjir dipindahkan di Parit dan Bagan Datoh
89 mangsa banjir dipindahkan ke dua pusat pemindahan di Simpang Tiga, Bagan Datoh dan Kg Serapoh, Parit.
TPM nafi tiga Menteri Besar akan digugur
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menafikan spekulasi bahawa tiga Menteri Besar akan digugurkan ekoran rombakan kabinet baru pada 28 Julai lalu.
Kapasiti pusat tahanan PATI capai 50,000 orang - Ahmad Zahid
Ops 6P di bawah Program Khas Pengurusan PATI (PKPP) perlu diteruskan meskipun pada musim perayaan.
Dua petisyen untuk Zahid Hamidi
Parti Keadilan Rakyat (PKR) memfailkan satu petisyen pilihan raya ke atas Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sewaktu kempen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang lalu.