"Jangan hanya turun kawasan, tunjuk muka bila saya balik," demikian teguran Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kepada pemimpin UMNO bahagian.
Naib Presiden UMNO itu berkata terdapat segelintir pemimpin UMNO peringkat bahagian yang hanya turun bertemu rakyat di peringkat akar umbi apabila beliau melawat kawasan tersebut.
"Saya berharap pemimpin di Bagan Datoh turun ke bawah, turun ke akar umni, ketua cawangan, ketua Pemuda, ketua Wanita dan ketua Puteri, jangan tunjuk muka ketika saya balik sahaja.
"Mereka (pemimpin) tahu saya sibuk, tapi mereka pun buat-buat sibuk. Bila saya balik baru nak tunjuk muka. Apa punya pemimpin?" katanya sambil disambut tepukan gemuruh oleh hadirin.
Ahmad Zahid yang juga Anggota Parlimen Bagan Datoh berkata demikian dalam ucapan dasar pada mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Bagan Datoh 2016 di sini hari ini yang dihadiri 477 perwakilan.
Mesyuarat tersebut dirasmikan Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Ahmad Zahid menasihati para pemimpin peringkat bahagian yang dipilih supaya tidak hanya turun padang bertemu rakyat apabila adanya pilihan raya atau pemilihan parti.
"Turunlah ...rakyat sentiasa melihat gelagat pemimpin, sekecil manapun rakyat sentiasa melihat (pemimpin)," katanya.
Beliau menarik perhatian bahawa dalam keadaan serba canggih sekarang, pemimpin UMNO bahagian perlu menukar cara serta sistem komunikasi untuk lebih mendekati rakyat.
"Tidak dinafikan media sosial mempengaruhi pemikiran dan pola sokongan kepada kita.
"Di Bagan Datoh ini, 60 peratus pengundi di kawasan ini bekerja di sini, manakala 40 peratus lagi bekerja di luar dan mereka ini mampu mempengaruhi pola (pengundi) yang lain," katanya.
Dalam ucapannya, Ahmad Zahid mengulangi kenyataan sebelum ini bahawa mana-mana parti yang ditubuhkan daripada serpihan UMNO dan atas dasar kekecewaan tidak akan bertahan lama.
"UMNO ditubuhkan oleh kerana semangat perpaduan dan kekitaan. Walaupun ada gelombang, tapi kita dapat atasi, biasalah parti politik ada masalah, semua organisasi ada masalah.
"Kalau layan 'frust' (kekecewaan) akan berakhir dengan kita sendiri kecewa. Cukuplah ... letakkan noktah kekecewaan peribadi, letakkan sifar pada rasa benci, walau apapun UMNO adalah parti keramat," katanya.
Timbalan perdana menteri turut mengingatkan semua anggota dan pemimpin UMNO supaya tidak terjebak dengan politik songsang hanya kerana berbezaan pendapat yang akhirnya akan hanya membinasakan diri sendiri.
Bernama
Sat Aug 06 2016

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merangkap Anggota Parlimen Bagan Datoh mengaminkan doa pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bagan Datoh 2016 di Wisma UMNO Bagan Datoh pada Sabtu, 6 Ogos, 2016. - fotoBERNAMA

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Usahawan wanita perlu lebih berani ambil risiko, yakin dengan potensi diri - Ahmad Zahid
Usahawan wanita di Malaysia diseru untuk lebih berani mengambil risiko, yakin dengan potensi diri dan terus maju tanpa takut akan kegagalan.

Kadar kebolehpasaran graduan TVET cecah 94.5 peratus - Ahmad Zahid
Kadar kebolehpasaran graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) secara purata kini mencecah 94.5 peratus sekali gus membuktikan keperluan tenaga mahir terus meningkat.

Usaha naik taraf saiz PMKS antara tumpuan RMK-13 - Ahmad Zahid
Usaha menaik taraf saiz PMKS antara tumpuan utama kerajaan bagi membangunkan sektor PMKS negara dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13).

Tempoh lantikan Asyraf Wajdi sebagai Pengerusi MARA disambung dua tahun
Tempoh lantikan Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki sebagai Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) disambung dua tahun lagi berkuat kuasa 1 Mac ini.

Ahmad Zahid ucap takziah kepada keluarga pelajar Malaysia meninggal di Jordan
Ahmad Zahid menerusi hantaran di Facebook berkata pemergian Nur Ain Nabila pada 11 Feb lepas benar-benar menyentuh hatinya.

Ekonomi negara kukuh, Kerajaan MADANI komited pastikan kesejahteraan rakyat - Ahmad Zahid
Kerajaan MADANI terus menunjukkan komitmen untuk memacu pembangunan ekonomi yang mampan dan berdaya saing bagi memastikan kesejahteraan rakyat terutamanya di kawasan luar bandar.

Keputusan keahlian dengan mana-mana parti akan dibincang dengan Presiden UMNO - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata sebarang keputusan yang bakal beliau ambil mengenai keahliannya dengan mana-mana parti akan dibincangkan dengan Presiden UMNO.

Saingan semakin sengit, Malaysia perlu terus perkasa ekosistem halal - Zahid
Meskipun diiktiraf sebagai peneraju industri halal di peringkat global, Malaysia tidak boleh sekadar berpuas hati dengan pencapaian sedia ada.

Peluang bidang TVET terbuka luas untuk pelajar lepasan SPM - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Majlis TVET Negara berkata sebanyak 402,956 calon berdaftar telah menamatkan peperiksaan SPM hari ini.

Cadangan keluarkan MCA seperti 'bermimpi di siang hari' - Ahmad Zahid
Pengerusi BNDatuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menegaskan gabungan itu tidak pernah membincangkan untuk mengeluarkan MCA sebaliknya komited untuk mengekalkan semangat jitu setiap parti komponen.