Empat belas daripada 15 anggota jawatankuasa Wanita Umno Bahagian Kalabakan yang menang pada pemilihan parti itu Sabtu lepas mengambil keputusan meletak jawatan sebagai protes berhubung pemilihan itu.
Suriyani Lamai, yang mengetuai protes itu, berkata mereka mengambil keputusan itu kerana menganggap banyak perkara meragukan dalam proses pemilihan.
"Kami mengambil keputusan meletak jawatan beramai-ramai kerana kami tidak puas hati," katanya pada sidang berita di sini hari ini yang turut dihadiri kesemua 14 anggota jawatankuasa bahagian itu.
Selain Suriyani, yang memperoleh undi terbanyak, turut meletak jawatan ialah Masnah Lama, Hindun Abu Bakar Titingan, Salmah Maidin, Astika Tahir, Nurida Abu Bakar, Zainab @ Jainab Ali, Shaniah Sampar, Norizan Omar, Juo Amin, Fatimah Abdullah, Sofiah Daud, Asiah Indobeche dan Muliati Engkeng.
Sementara itu bekas Ketua Wanita Umno Kalabakan Datuk Hamisa Samat yang turut hadir pada majlis itu berkata pihaknya telah menghantar laporan bantahan ke ibu pejabat Umno pusat kerana tidak berpuas hati dengan proses pemilihan itu dan berharap Jawatankuasa Pemilihan Umno memberi keputusan secepat mungkin.
"Jika boleh, sebelum 19 Okt ini dan pemilihan semula diadakan secara adil," kata Hamisa.
Dalam pemilihan itu, beliau tewas kepada Cahaya Sulaiman dengan majoriti 33 undi bagi jawatan Ketua Wanita bahagian dan menurut Hamisa, beliau memperoleh 384 undi berbanding 417 yang diraih Cahaya manakala 10 undi lagi rosak.
Wanita Kalabakan, katanya, mempunyai 825 perwakilan yang layak mengundi pada kali ini tetapi 764 orang yang hadir pada mesyuarat Sabtu lepas.
"Saya curiga dari mana dapat 47 undi yang lebih itu. Beberapa perwakilan telah pulang dan tidak sempat mengundi," dakwanya.
Beliau turut melahirkan kekecewaannya dengan proses pemilihan kali ini, yang didakwanya dicampuri banyak pihak.
"Ketika proses pengundian, ramai yang tidak berkenaan seperti kaum lelaki masuk ke dalam pusat pengundian. Ini tidak sepatutnya berlaku," dakwa Hamisa.
Bagaimanapun, Hamisa yang yakin dengan keputusan Umno pusat kelak setelah menghantar bantahan, meminta anggota Wanita Umno Kalabakan supaya bertenang dan meneruskan perjuangan parti. -- Bernama
Bernama
Wed Oct 16 2013
![14 AJK Wanita Umno Kalabakan letak jawatan 14 AJK Wanita Umno Kalabakan letak jawatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-10/81381534232_295x200.jpg)
![Rusuhan Bangladesh: Perintah berkurung dilanjut, pelajar terus desak kerajaan Rusuhan Bangladesh: Perintah berkurung dilanjut, pelajar terus desak kerajaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721635956_BangladeshCampusVi.jpg)
Rusuhan Bangladesh: Perintah berkurung dilanjut, pelajar terus desak kerajaan
Perintah berkurung di Bangladesh memasuki hari ketiga berturut-turut pada Isnin selepas para pelajar mendesak kerajaan mengeluarkan notis rasmi mengenai kuota baharu bagi perkhidmatan awam.
![Tiga pasukan 'World Team' hangatkan LTdL 2024 Tiga pasukan 'World Team' hangatkan LTdL 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721641402_tbPetronasLeTourd.jpg)
Tiga pasukan 'World Team' hangatkan LTdL 2024
Tiga pasukan berstatus 'World Team' bakal memeriahkan perlumbaan Petronas Le Tour de Langkawi (LTdL) 2024.
![Penyakit kardiovaskular menyumbang 23.3 peratus kematian di Malaysia Penyakit kardiovaskular menyumbang 23.3 peratus kematian di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718435808_tbDzulkeflyAhmadS.jpg)
Penyakit kardiovaskular menyumbang 23.3 peratus kematian di Malaysia
Beliau berkata kolesterol tinggi adalah faktor risiko utama bagi penyakit kardiovaskular aterosklerotik, yang merupakan penyebab utama morbiditi dan kematian.
![Sarawak tidak berhasrat jadi 'country within a country' - Abang Johari Sarawak tidak berhasrat jadi 'country within a country' - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81704527264_AbangJohari.jpg)
Sarawak tidak berhasrat jadi 'country within a country' - Abang Johari
Sarawak tidak berhasrat menjadi 'country within a country', sebaliknya Sarawak adalah Malaysia.
![JAKOA hadkan kemasukan kenderaan pacuan empat roda ke kawasan pedalaman Orang Asli JAKOA hadkan kemasukan kenderaan pacuan empat roda ke kawasan pedalaman Orang Asli](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721640547_SapiahMohdNor.jpg)
JAKOA hadkan kemasukan kenderaan pacuan empat roda ke kawasan pedalaman Orang Asli
JAKOA mengehadkan kemasukan kenderaan pacuan empat roda kepada badan bukan kerajaan untuk ke kawasan pedalaman Orang Asli terutamanya pada musim tengkujuh.
![ASEAN perlu lebih lantang suarakan isu Palestin - Rais Yatim ASEAN perlu lebih lantang suarakan isu Palestin - Rais Yatim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/61653325874_TBRAIS.jpg)
ASEAN perlu lebih lantang suarakan isu Palestin - Rais Yatim
Isu Palestin boleh disuarakan negara anggota ASEAN menerusi platform seperti forum, majlis menteri-menteri luar dan majlis ketua-ketua kerajaan.
![Agong zahir ucapan Selamat Hari Sarawak Agong zahir ucapan Selamat Hari Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721640457_TBYDPAHariSarawak.jpg)
Agong zahir ucapan Selamat Hari Sarawak
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan Selamat Hari Sarawak kepada seluruh rakyat negeri itu, yang meraikannya hari ini.
![Harris tidak dapat akses dana kempen Biden kerana risiko undang-undang Harris tidak dapat akses dana kempen Biden kerana risiko undang-undang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721601738_JoeBidenKamalaHa.jpg)
Harris tidak dapat akses dana kempen Biden kerana risiko undang-undang
Biden dan Harris perlu dicalonkan secara rasmi oleh konvensyen Parti Demokrat sebagai calon parti untuk presiden dan naib presiden.
![KPM kemas kini garis panduan kemasukan guru Bahasa Inggeris dari Singapura - Fadhlina KPM kemas kini garis panduan kemasukan guru Bahasa Inggeris dari Singapura - Fadhlina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721639524_FadhlinaSidek.jpg)
KPM kemas kini garis panduan kemasukan guru Bahasa Inggeris dari Singapura - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) sedang mengemas kini garis panduan dan mekanisme kemasukan tenaga pengajar Bahasa Inggeris dari Singapura.
Niaga AWANI: S P Setia rai sambutan ke-50, perbaharui komitmen dan identiti jenama
S P Setia Berhad sebuah syarikat hartanah terkemuka tempatan meraikan sambutan Jubli Emas 50 tahun dengan tema 'Shaping Spaces That Shape Us All' melambangkan janji Setia untuk mencipta ruang hidup berteraskan empat komponen utama.
![Keputusan pecat Isham dibuat MT UMNO - Ahmad Zahid Keputusan pecat Isham dibuat MT UMNO - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41702113803_AhmadZahidHamidi.jpg)
Keputusan pecat Isham dibuat MT UMNO - Ahmad Zahid
Beliau berkata keputusan itu dibuat oleh MT parti tanpa perlu melalui Jawatankuasa Disiplin.
![Zuraida tandatangani dokumen iktiraf saya sebagai presiden PBM - Larry Sng Zuraida tandatangani dokumen iktiraf saya sebagai presiden PBM - Larry Sng](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/71681207233_larrysngnzuraida.jpg)
Zuraida tandatangani dokumen iktiraf saya sebagai presiden PBM - Larry Sng
Presiden Parti Bangsa Malaysia (PBM) Datuk Larry Sng mendedahkan bekas timbalannya Datuk Zuraida Kamaruddin ada menandatangani dokumen mengiktiraf sebagai presiden parti itu.
![Pengukuhan UMNO tepis persepsi parti dalam cacamarba - Ahmad Zahid Pengukuhan UMNO tepis persepsi parti dalam cacamarba - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/61679668883_ZahidHamidiSantun.jpg)
Pengukuhan UMNO tepis persepsi parti dalam cacamarba - Ahmad Zahid
Pengukuhan UMNO yang sedang dilakukan sekarang adalah untuk menepis persepsi kononnya parti itu kini dalam keadaan cacamarba.
![Semua ahli perlu akur dan patuh keputusan MKT UMNO - Ahmad Zahid Semua ahli perlu akur dan patuh keputusan MKT UMNO - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/41677770540_ZahidHamidi.jpg)
Semua ahli perlu akur dan patuh keputusan MKT UMNO - Ahmad Zahid
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan semua anggota parti agar sentiasa akur dan patuh dengan keputusan dibuat Majlis Kerja Tertinggi (MT) UMNO.
![Pintu PBB kini terbuka kepada belia, medan bincang aspirasi anak muda - Syed Hamzah Pintu PBB kini terbuka kepada belia, medan bincang aspirasi anak muda - Syed Hamzah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/81655624292_TBPBBSYEDHAMZAH.jpg)
Pintu PBB kini terbuka kepada belia, medan bincang aspirasi anak muda - Syed Hamzah
PBB melakar sejarah dengan kemenangan calon termuda, Syed Hamzah Datuk Wan Hamid, 37, sebagai Ahli Majlis Tertinggi (MT) parti itu.
![Belum terima cadangan tarikh PRU15 - Perdana Menteri Belum terima cadangan tarikh PRU15 - Perdana Menteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/71647501293_KetuaPemudaUMNOD.jpg)
Belum terima cadangan tarikh PRU15 - Perdana Menteri
Sebarang perkara berkaitan Pilihan Raya Umum ke-g15 (PRU15) akan dibincangkan secara bersama di dalam parti, kata Ismail Sabri Yaakob.
![Darurat diisytihar di Sudan, kerajaan dibubarkan Darurat diisytihar di Sudan, kerajaan dibubarkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/41635165066_TBAbdelFattahBurhan.jpg)
Darurat diisytihar di Sudan, kerajaan dibubarkan
Ketua Majlis Tertinggi Sudan pada Isnin mengisytiharkan pelaksanaan darurat sekaligus membubarkan sistem pemerintahan negara itu.
![Penangguhan pemilihan UMNO tidak sah, kata RoS Penangguhan pemilihan UMNO tidak sah, kata RoS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/81623737821_pas.jpg)
Penangguhan pemilihan UMNO tidak sah, kata RoS
Ketua Pengarahnya Jasri Kasim menjelaskan ia disebabkan tempoh pemegang jawatan MKT bagi penggal 2018/2021 telah tamat pada 30 Jun 2021.
![UMNO tarik diri: Perlu tindakan, fakta sokong kenyataan Ahmad Zahid - Pakar Perlembagaan UMNO tarik diri: Perlu tindakan, fakta sokong kenyataan Ahmad Zahid - Pakar Perlembagaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/81616906845_AhmadZahidHamidi.jpg)
UMNO tarik diri: Perlu tindakan, fakta sokong kenyataan Ahmad Zahid - Pakar Perlembagaan
Ia (kenyataan Ahmad Zahid) masih perlu dibuktikan menerusi instrumen undang-undang sedia ada seperti akuan bersumpah.
![Mesyuarat MKT UMNO: Ahmad Zahid perlu berjiwa besar, letak jawatan demi parti - Zahidi Mesyuarat MKT UMNO: Ahmad Zahid perlu berjiwa besar, letak jawatan demi parti - Zahidi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2015-09/41442031551_DatukZahidiZainul.jpg)
Mesyuarat MKT UMNO: Ahmad Zahid perlu berjiwa besar, letak jawatan demi parti - Zahidi
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi perlu berjiwa besar untuk mengundur diri selepas terpalit dengan kes mahkamah.