KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan Selamat Hari Sarawak kepada seluruh rakyat negeri itu, yang meraikannya hari ini.

Ucapan itu dibuat menerusi satu hantaran yang dimuat naik di laman Facebook Sultan Ibrahim hari ini.

Sambutan Hari Sarawak diadakan pada setiap 22 Julai sejak 2016.

-- BERNAMA