KUALA LUMPUR: Seramai 131 mangsa jenayah pemerdagangan manusia berjaya diselamatkan sehingga 30 Julai lalu dalam operasi yang dijalankan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di seluruh negara.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Rina Harun berkata, kesemua mangsa telah diberikan perintah perlindungan interim (IPO) di rumah perlindungan kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Menurut Rina, daripada jumlah itu, 35 mangsa telah mendapat perintah perlindungan dan majoriti mereka merupakan buruh paksa, pemerdagangan seks dan penjualan kanak-kanak dari Vietnam, Thailand dan Indonesia.
Bertindak atas maklumat, setiap aduan, jelas Rina, akan disalurkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk menyelamatkan mangsa serta menangkap individu yang terlibat dalam sindiket itu.
Sehingga kini, kata beliau, kerajaan telah menyediakan rumah-rumah perlindungan khusus untuk menempatkan mangsa wanita, lelaki serta kanak-kanak yang telah beroperasi di seluruh negara
Rina berkata, lima buah rumah perlindungan wanita terdapat di Kuala Lumpur sementara di negeri-negeri Johor, Sabah dan Kelantan pula mempunyai sebuah pusat yang sama.
Di Melaka pula, terdapat sebuah rumah perlindungan untuk menempatkan mangsa lelaki manakala dua buah penempatan sama terdapat di Negeri Sembilan dikhususkan untuk kanak-kanak.
Terdapat juga dua buah rumah perlindungan yang diusahakan oleh NGO di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.
Selain menyelamatkan mangsa, tambah Rina, pelbagai aktiviti serta kursus turut disediakan kepada mereka termasuk bengkel kemahiran, latihan dan pembelajaran Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET).
"Melalui KPWKM, kita beri latihan pembelajaran TVET supaya mereka ini ada sesi mendapatkan kemahiran apabila keluar dapat membantu mereka cari pekerjaan dan sebagainya," kata Rina ketika berucap di Majlis Sambutan Hari Antipemerdagangan Orang Sedunia Tahun 2022 di Rumah Perlindungan Wanita di ibu negara pada Khamis.
Sambutan Hari Antipemerdagangan Orang Sedunia Tahun 2022 dilancarkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.
Fareez Azman
Thu Aug 04 2022
Menurut Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Rina Harun, kesemua mangsa telah diberikan perintah perlindungan interim (IPO) di rumah perlindungan kerajaan dan ngo. Gambar: Astro AWANI/ Shahir Omar
Tumpuan Rabu – 25 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
American Airlines tarik balik pemberhentian penerbangan sementara
Menerusi hantaran media sosial di X, syarikat tersebut memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku serta akan berusaha untuk menyelesaikan masalah ini dengan secepat mungkin.
Bekas ketua dadah Mexico dibebaskan dari penjara Amerika Syarikat
Ochoa dihantar pulang oleh Kerajaan Amerika Syarikat dan kini diisytiharkan bebas daripada sebarang tuduhan undang-undang.
10 Berita Pilihan - (24 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Menara Eiffel akan dibuka secara berperingkat
Namun begitu, menurut kenytaan media syarikat yang menguruskan menara itu berkata, pengunjung hanya diberikan akses sehingga tingkat dua.
12 maut, empat cedera kilang bahan letupan meletup
Menurut Menteri dalam Negeri Ali Yerlikaya, pihaknya sedang menjalankan siasatan terperinci untuk mengenal pasti punca letupan itu berlaku.
Polis Marin rekod hasil rampasan tertinggi libatkan kontraban
Pasukan Polis Marin (PPM) merekodkan nilai rampasan kira-kira RM216 juta bagi tempoh Januari hingga November tahun ini.
Dongeng Sang Kancil sentuhan moden cerita rakyat
Selepas karya Upin dan Ipin dikenali ramai, Les' Copaque kini melakar kejayaan lebih jauh dengan watak popular cerita rakyat menerusi filem ‘Dongeng Sang Kancil’.
Pengasas dan Pengarah Urusan Les' Copaque, Burhanuddin Md Radzi berkata, lebih membanggakan, ia merupakan filem animasi tempatan pertama menggunakan teknik hibrid 3D dan kesan khas 2D.
Pengasas dan Pengarah Urusan Les' Copaque, Burhanuddin Md Radzi berkata, lebih membanggakan, ia merupakan filem animasi tempatan pertama menggunakan teknik hibrid 3D dan kesan khas 2D.
PETRONAS rai tahun baru dengan filem perayaan 'Setulus Hati'
PETRONAS menyambut tahun baharu dengan filem istimewa bertajuk ‘Setulus Hati’ yang mengetengahkan keunikan budaya Peranakan.
Model adaptasi kaji iklim, bencana mampu buat ramalan lebih tepat
Mendepani dua dekad Tsunami yang mengorbankan ratusan ribu nyawa, Universitas Syiah Kual, Aceh melakukan pengadaptasian model perubahan iklim yang menggabungkan kajian perubahan iklim dan bencana.
Kewangan Bersatu kritikal - Rina Harun
Kedudukan kewangan Bersatu agak kritikal ketika ini, susulan pembekuan dan sitaan oleh SPRM sejak Januari 2023.
Pemilihan Bersatu: Rina Harun tarik diri bertanding Ketua Srikandi
Datuk Seri Rina Harun sah tidak mempertahankan jawatan Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada pemilihan parti itu bagi penggal 2024-2027.
Pemilihan Bersatu: Mas Ermieyati sah tawar diri tanding jawatan Ketua Srikandi
Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin menawarkan diri untuk merebut jawatan Ketua Srikandi Bersatu.
PRN Selangor: Isu pembangunan Batu Tiga jadi fokus Rina, Danial dan Cheda
Pelbagai perubahan dari sudut infrastruktur dan ekonomi sosial boleh dibuat di DUN Batu Tiga sekiranya diberi mandat pada 12 Ogos ini.
PRN Selangor: Rina Harun kembali, Ayahanda Cik Ton, anak Noh Omar muka baharu PN
Datuk Seri Rina Harun membuat kemunculan semula selepas dicalon di DUN Batu Tiga bagi mewakili Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN), 12 Ogos depan.
'Srikandi Bersatu tak macam Wanita UMNO, ketepikan yang muda dan baharu' - Rina
Datuk Seri Rina Harun menyifatkan Srikandi Bersatu tidak sama dengan Wanita UMNO yang dilihat bersikap mengetepikan muka baharu dan muda dalam parti.
Srikandi Bersatu gesa segerakan Akta Pendanaan Politik, senaraikan yayasan dikecuali cukai
Srikandi Bersatu mendesak agar pelaksanaan Akta Pendanaan Politik disegerakan bagi memastikan tiada lagi individu menjadi mangsa kezaliman politik.
PRU15: Tersungkur di Sepang, Rina Harun anggap bukan rezeki
Rina tetap berbangga kerana telah berusaha untuk kampung halamannya.
PRU15: Rina Harun mahu jadikan Sepang hab ekonomi dan pelancongan
Datuk Seri Rina Harun berhasrat menjadikan Sepang sebagai hab ekonomi dan pelancongan negara.
PRU15: Bersatu keluar PH bukan tindakan pengkhianat - Rina Harun
Sebaliknya, Rina berkata, tindakan itu diambil kerana mahu menyelamatkan agama, bangsa dan negara.