Seramai 13 orang nelayan warganegara tempatan ditahan dalam satu operasi bersepadu membabitkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) negeri Kedah dan Perlis serta Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Langkawi di sekitar kawasan perairan pulau peranginan tersebut pada Selasa.
Kesemua yang ditahan didapati positif dadah jenis syabu dan heroin selepas ujian saringan air kencing dijalankan ke atas mereka.
Menurut Pengarah Maritim Kedah dan Perlis, Laksama Pertama Maritim Rozali Mohd Said, pihaknya telah melakukan saringan air kencing terhadap 60 individu yang bekerja sebagai kru kapal tangki minyak, kru feri penumpang dan juga nelayan di kawasan perairan Pulau Langkawi.
Operasi tersebut berlangsung selama 10 jam bermula 9 pagi Selasa.
Daripada jumlah terbabit, pihak AADK Daerah Langkawi serta Maritim Kedah dan Perlis mendapati 13 nelayan yang diperiksa, positif dadah jenis heroin dan syabu.
Jelasnya, kesemua yang ditahan telah menjalani proses dokumentasi berlandaskan prosedur yang ditetapkan pihak AADK.
Tambah Rozali, operasi yang dijalankan bertujuan membasmi penagihan dan penyalahgunaan dadah dalam kalangan nelayan dan pekerja pekerja di kawasan perairan di samping mencegah beberapa jenayah maritim lain.
Selain itu, operasi bersepadu terbabit juga bertepatan dengan projek rintis AADK terutama di Pulau Langkawi dalam menangani masalah sosial berkaitan penyalahgunaan dadah.
Tegas beliau, pihak maritim turut tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melanggar undang-undang perairan negara dan berharap orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan aktiviti penyalahgunaan dadah di kawasan pengairan agar segera melaporkannya kepada pihak bertanggungjawab.
Abd Hadi Che Awang
Wed Aug 07 2019
![13 nelayan Langkawi ditahan, 'lalok' di tengah laut 13 nelayan Langkawi ditahan, 'lalok' di tengah laut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-08/61565171252_TBLALOKjpg.jpg)
Operasi tersebut berlangsung selama 10 jam bermula 9 pagi Selasa. - Astro AWANI
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Pindaan RUU Akta Penagih Dadah bawa semangat nyah jenayah penagih, penyalah guna Pindaan RUU Akta Penagih Dadah bawa semangat nyah jenayah penagih, penyalah guna](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720246308_AbdHalimMohdHussi.jpg)
Pindaan RUU Akta Penagih Dadah bawa semangat nyah jenayah penagih, penyalah guna
Beliau berkata perkara itu selari dengan prinsip kerajaan dan dunia menerusi United Nations Office on Drugs and Crime (UNODC).
![Penubuhan Majlis Profesion Pegawai Pemulihan iktiraf kompetensi, tugas pegawai Penubuhan Majlis Profesion Pegawai Pemulihan iktiraf kompetensi, tugas pegawai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41711517619_TBSHAMSUL.jpg)
Penubuhan Majlis Profesion Pegawai Pemulihan iktiraf kompetensi, tugas pegawai
Penubuhan Majlis Profesion Pegawai Pemulihan bagi mengawal selia profesion itu antara yang dicadang dalam Rang Undang-Undang Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) (Pindaan) 2024.
![Pindaan Akta Penagih Dadah 1983 angkat kedudukan pegawai AADK - Saifuddin Pindaan Akta Penagih Dadah 1983 angkat kedudukan pegawai AADK - Saifuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719706929_SaifuddinNasutionI.jpg)
Pindaan Akta Penagih Dadah 1983 angkat kedudukan pegawai AADK - Saifuddin
Melalui pindaan itu, mereka yang datang secara sukarela ke pusat pemulihan untuk rawatan akan dirujuk terus kepada pegawai pemulihan AADK.
![12 daripada 14 klien AADK lulus SPM 12 daripada 14 klien AADK lulus SPM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716813657_SPMAADK.jpg)
12 daripada 14 klien AADK lulus SPM
Seramai 12 klien Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) daripada 14 klien lulus dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan pada Isnin.
![Ubah stigma negatif terhadap penagih dadah - Wan Azizah Ubah stigma negatif terhadap penagih dadah - Wan Azizah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713946696_WANAZIZAHjpg.jpg)
Ubah stigma negatif terhadap penagih dadah - Wan Azizah
Stigma negatif terhadap penagih dadah perlu diubah bagi membolehkan golongan itu tampil mendapatkan rawatan dan bantuan profesional untuk pulih daripada penagihan.
![61 klien AADK terima bantuan keperluan sambut Aidilfitri 61 klien AADK terima bantuan keperluan sambut Aidilfitri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61711983102_AidilfitriAADK.jpg)
61 klien AADK terima bantuan keperluan sambut Aidilfitri
Seramai 61 klien Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Kuala Selangor menerima sumbangan bantuan barang keperluan sebagai persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri akan datang.
![Aidilfitri: AADK adakan sesi lawatan khas bermula 14 April Aidilfitri: AADK adakan sesi lawatan khas bermula 14 April](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/41681814606_AADK.jpg)
Aidilfitri: AADK adakan sesi lawatan khas bermula 14 April
AADK akan mengadakan sesi lawatan khas keluarga atau penjaga klien yang sedang mengikuti RPDI di 30 PUSPEN di seluruh negara sempena sambutan Aidilfitri.
![AADK pantau PPDP agar tiada unsur dera, aniaya atau buli pelanggan AADK pantau PPDP agar tiada unsur dera, aniaya atau buli pelanggan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51711583761_SuteknoAhmadBelon.jpg)
AADK pantau PPDP agar tiada unsur dera, aniaya atau buli pelanggan
Katanya, meskipun PPDP menggunakan kaedah tersendiri dalam silibus pemulihan mereka, tidak bermakna pengusaha boleh melanggar peraturan.
![AADK sasar 16 kawasan berisiko tinggi ditukar status kepada berisiko rendah tahun ini AADK sasar 16 kawasan berisiko tinggi ditukar status kepada berisiko rendah tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81708757469_operasipenagihdada.jpg)
AADK sasar 16 kawasan berisiko tinggi ditukar status kepada berisiko rendah tahun ini
Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) menyasarkan 16 kawasan yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi (KBT) penagih dadah untuk ditukar statusnya menjadi kawasan berisiko rendah (KBR) tahun ini.
![AADK lancar rumah perantaraan tingkatkan usaha pemulihan dadah AADK lancar rumah perantaraan tingkatkan usaha pemulihan dadah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81708355362_SuteknoAhmadBelon.jpg)
AADK lancar rumah perantaraan tingkatkan usaha pemulihan dadah
AADK dengan kerjasama MAIWP menyediakan kemudahan Rumah Perantaraan AADK kepada penagih dadah bagi membantu golongan itu pulih daripada penagihan.